Search this site or the web powered by FreeFind

Site search Web search

 

______________________________________

Selamat Datang ke Laman Web Institut Perguruan Tuanku Bainun Pulau Pinang. Semoga anda akan mendapat maklumat-maklumat terkini berkaitan dengan kursus-kursus yang ditawarkan serta aktiviti institut dari masa ke semasa.

Berita-Berita JPP IPGM Kampus Tuanku Bainun

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang aktiviti yang telah dijalankan oleh pata pelajar terutam di bawah JPP IPGM Kampus tuanku Bainun sila KLIL Pada pautan Ruangan JPP IPTB di sebelah. JPP IPTB

Sumber; Biro Penerbitan JPP IPGM Kampus Tuanku Bainun

Konvokesyen Kali ke-15 IPGM Kampus Tuanku Bainun

Pada 23 April 2009 bersamaan 27 Rabiulakhir 1430H telah berlangsung Majlis Konvokesyen IPGM Kampus Tuanku Bainun kali ke-15. Majlis tersebut telah diadakan di Sunway Carnival Convention Centere, Seberang Jaya Pulau Pinang. TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr) Hj. Abdul Rahman bin Haji Abbas Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Y.A.Bhg. Toh Puan Dato' Seri Utama Hajjah Majimor binti Shariff telah berkenan menyempurnakan serta menyampaikan diploma serta sijil kepada para graduan. Seramai 327 graduan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI-SR) telah berjaya dianugerahkan diploma pendidikan sementara 10 orang graduan telah dianugrahkan sijil perguruan khas (KSPK). Selain daripada itu seramai 13 orang pelajar telah dianugerahkan pelajar terbaik pengkhususan. Helmy Irwan Bin Md Jusoh telah dipilih sebagai pelajar terbaik keseluruhan KPLI. Beliau juga telah menerima anugerah terbaik kepimpinan. Hoo Chia Yee pula telah terpilih menerima anugerah terbaik keseluruhan KSPK dan Terbaik Akademik (Bahasa Cina). Anugerah terbaik Akademik KPLI telah diberikan kepada Aw Ai Yin. Anugerah terbaik Praktikum telah diberikan kepada Norliza Binti Baharudin dan Tan Bee Ling. Sementara Anugerah GERKO terbaik telah diberikan kepada Wan Nor Elyza Binti Md. Nor.

Tetamu Kehormat berada di atas pentas utama

Sebahagian pensyarah dan graduan yang berada di dewan konvokesyen

Penerima anugerah Terbaik Keseluruhan KPLI, Helmi Irwan Bin Md. Jusoh. Gambar lain sila KLIK

Persiapan Terakhir Konvokesyen Kali ke 15 IPGM Kampus Tuanku Bainun

Konvokesyen ke 15 IPGM Tuanku Bainun kali ini akan diadakan di luar institut iaitu di Sunway Carnival Convention Centre, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Jarak tempat berlangsung nya majlis tersebut dari institut lebih kurang 10 KM. Walaubagaimanapun pelbagai aktiviti turut diadakan di kampus Tuanku Bainun sempena majlis tersebut. Antaranya ialah pameran, pertandingan-pertandingan yang akan disertai oleh pelajar-pelajar sekolah serta acara sukan di padang..Tahniah kepada semua yang terlibat di dalam menganjurkan konvokesyen kali ini kerana semuanya telah berjalan dengan lancar.

Sebahagian pelajar yang akan mengadakan persembahan pada majlis konokesyen ke-15

Juruacara dan kumpulan koir. Gambar lain sila KLIK

Minggu Menelusuri Kemerdekaan 2009

Jabatan Kajian Sosial IPGM Kampus Tuanku Bainun telah menganjurkan Minggu Menelusuri Kemerdekaan bermula 20 hingga 23 April 2009. Program ini dikelolakan oleh pelajar-pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Deakin University dan KPLI Ambilan Januari 2009. Program ini juga bertepatan dengan Majlis Konvokesyen IPGM Kampus Tuanku Bainun yang akan di adakan pada 23 April 2009. Perasmian Program ini telah disempurnakan oleh Pn. Hjh. Rohani Ismail, Pengarah IPGM Kampus Tuanku Bainun pada 22 April 2009 di Dewan Aminuddin Baki. Dalam majlis tersebut dua orang tetamu dari Denmark yang sedang membuat kajian tentang kebudayaan Asia telah diberi penghormatan untuk menyertai program tersebut. Di antara objektif program ini ialah untuk memberikan pendedahan tentang kepentingan perpaduan dan patriotisme kapada warga institut. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu tersebut ialah, nyanyian lagu-lagu patriotik, sajak, tarian kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia serta pameran.

Puan Pengarah, Timbalan Pengarah serta tetamu dari Denmark bersama-sama pelajar menyanyikan lagu-lagu patriotik di Pentas Dewan Aminuddin Baki. Gambar lain sila KLIK

Pameran Kebudayaan dan Kemerdekaan di Pusat Sumber Zaa'ba

Kenali Barisan Exco JPP IPGM Kampus Tuanku Bainun Sesi 2001/2010

Tahniah kepada barisan kepimpinan JPP yang baru dilantik bagi sesi 2009/2010. Diharapkan barisan kepimpinan kali ini lebih mantap dan menyerlah dalam menaikan lagi imej dan pencapaian institut dalam pelbagai bidang dan lapangan. Mungkin ada di kalangan warga IPGM KTB belum lagi berkesempatan mengenali mereka. Sila klik pada ruangan JPP IPTB di pautan sebelah. Ruangan JPP IPTB

MOHD SYUKRI ALIFF B. MOHD AZIZ - Yang Di Pertua JPP Sesi 2009/2010

67 Pelajar KPLI Ambilan Januari 2009 Ditauliahkan Leftenan Muda (KRS)

Pada 13 hingga 16 April yang lalu seramai 67 orang pelajar KPLI Ambilan Januari 2009 telah mengikuti Perkhemahan KRS Wilayah Utara yang dijalan kan di PULAKO, IPSAH dan Pantai Merdeka. Pelbagai latihan dan ujian telah dilalui sepanjang tempoh tersebut. Antaranya ialah ujian kawat, perkhemahan, tali-temali, pertolongan cemas, orienteering, kembara, air, kayak dan sebagainya. Di akhir kursus semua ahli KRS dari IPGM Kampus Tuanku Bainun telah lulus dalam ujian tersebut dan berjaya ditauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda (KRS).

Kumpulan KPLI Ambilan Januari 2009 bersama sebahagian jurulatih di akhir Majlis Pentauliahan Leftenan Muda (KRS). Gambar lain sila KLIK

Pertunjukkan Seni Mempertahankan Diri

Pada 20 April yang lalu telah diadakan satu pertunjukkan Seni Mempertahankan Diri anjuran pelajar-pelajar 2PISMP PJ/PI/PM di hadapan Astaka. Pertunjukan ini telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Daud Timbalan Pengarah IPGM Kampus Tuanku Bainun. Antara kumpulan pelajar yang membuat persembahan ialah Seni Silat Pulut, Muay Thai, Silat Teralak Asli Kelantan, Islamic Taekwando dan Silat Pusaka Gayung.

Timbalan Pengarah sedang memukul gong bagi merasmikan pertunjukan seni mempertahankan diri

Antara pelajar yang mengambil bahagian. Gambar lain sila KLIK

Pelancaran Bulan Pembestarian sekolah IPGM Kampus Tuanku Bainun

Pada 4 April yang lalu telah diadakan satu majlis Pelancaran Bulan Pembestarian Sekolah yang telah disempurnakan oleh Pn. Hjh. Rohani Ismail (Pengarah IPGM Kampus Tuanku Bainun). Pelbagai program telah dirancang dan telah dilaksanakan sepanjang bulan April tahun ini. Antaranya ialah seminar, bengkel, kursus Adobe Photoshop, Microsoft Word 2007, Microsoft Eccess, KursuPortal, PBL, penyelenggaraan komputer dan sebagainya. Sepanjang program tersebut pelbagai pihak akan dilibatkan, antaranya ialah pelajar, pensyarah, staf bukan akademik dan juga guru-guru sekolah.

Pn. Hjh. Rohani Ismail (Pengarah) sedang merasmikan Pelancaran Bulan Pembestarian Sekolah peringkat IPGM Kampus Tuanku Bainun. Gambar lain sila KLIK

Antara guru-guru dari SK Kampung Baru yang menghadiri Kursus Adobe Photoshop sempena Bulan Pembestarian sekolah di IPTB. Gambar lain sila KLIK

KONVOKESYEN IPGM KAMPUS TUANKU BAINUN KALI KE-15 200

IPGM Kampus Tuanku Bainun ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua lulusan KPLI ambilan Januari 2008 dan guru KSPK yang telah berjaya menamatkan kursus masing-masing. Majlis tersebut akan di jalankan pada 23 April 2009 bertempat di Sunway Carnival Convention Centere, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Seramai 317 lulusan KPLI dan 10 lulusan KSPK akan diraikan pada majlis tersebut. Penganugerahan akan disempurnakan oleh T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Maklumat lanjut sila layari Blog Jabatan HEP

Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT)

Pada 31 March 2009 satu Kejohanan Olahraga Tahunan(KOT) kali yang ke-13 telah diadakan yang bertempat di padang Astaka Waja IPTB. Ucara sukan tahunan ini telah dikelolakan oleh guru-guru pelatih Kursus Perguruan Lepasan Ijazah(KPLI). Setiap kelas telah diberikan tanggungjawab dalam mengendalikan kejohanan sukan KOT ini yang diwakili oleh setiap ketua kumpulan kelas masing-masing. Sebagai selaku Pengarah Program saudara Noor Isahisham Bin Ismail telah bertukus lumus dalam menjayakan KOT kali yang ke-13 ini. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Tuanku Bainun, Puan Hajah Rohani Binti Ismail. Rumah sukan yang mendapat tempat pertama ialah rumah Bestari dengan pungutan mata sebanyak 662 mata diikuti dengan rumah Dinamik, Rumah cemerlang dan Rumah Amanah.

Johan KOT 2009, Rumah Bestari sedang menerima hadiah dari Pn. Pengarah IPGM Kampus Tuanku Bainun

Johan Perbarisan KOT 2009 Pasukan Bulan Sabit Merah

Bagi unit beruniform pula juara perbarisan jatuh kepada Persatuan Bulan Sabit Merah diikuti dengan Puteri Islam. Bagi tempat ketiga pula jatuh kepada Pengakap, seterusnya diikuti dengan Pandu Puteri dan Kadet Remaja Sekolah mendapat tempat kelima. Penilian yang dibuat dalam perbarisan merangkumi aspek tingkah laku guru pelatih dalam perbarisan, pergerakan dalam kumpulan, pakaian dalam perbarisan, kepekaan pada arahan yang diberikan, serta kekemasan perbarisan. Laporan: Sanusi Omar JK Dokumentasi KOT . Gambar lain sila KLIK

Kampus Dalam Taman

Persekitaran IPGM Kampus Tuanku Bainun yang hijau dan ceria selepas musim hujan,awal bulan Mac 2009. Gambar lain sila KLIK

Kejohan Olahraga Tahunan SK Mengkuang bersama Pelajar Kursus KPLI

Pada 12 Februari 2009 yang lepas telah berlansung Kejohanan Olahraga SK Mengkuang di Padang IPGM Kampus Tuanku Bainun. Program ini adalah kerjasama antara SK Mengkuang dengan guru-guru pelatih, Jabatan PJK, Unit Gerko dan Jabatan HEP IPGM Kampus Tuanku Bainun. Antara objektif program ini ialah untuk memberi senario awal tentang pengurusan sukan olahraga sekolah rendah kepada bakal-bakal guru. Melalui program seperti ini guru pelatih mendapat pengalaman secara praktikal bagaimana menguruskan peserta rumah untuk setiap acara yang diadakan. Selain itu guru pelatih juga akan mempelajari tentang pengurusan secara teknikal, pemarkahan, pengadilan dan sebagainya. Diharapkan melalui program seperti ini juga akan dapat mengeratkan silaturahim antara guru-guru sekolah di sekitar Mengkuang dengan warga IPGM Kampus Tuanku Bainun..

Sebahagian Pelatih KPLI bersama pelajar-pelajar SK Mengkuang. KLIK untuk gambar lain.

Selamat Berforum Kembali

Kepada semua warga IPGM kampus Tuanku Bainun selamat berforum kembali. Pihak pengurusan tertinggi institut ini telah membenarkan ruangan ini dibuka kembali setelah ditutup pada akhir tahun lepas. Ruangan Forum IPTB telah dimurnikan dari segi rekabentuknya, dimana pengunjung perlu mendaftar dengan menyertakan alamat e-mail sebenar terlebih dahulu sebelum dibenarkan mengikuti ruangan forum tersebut. Disamping itu pengguna berdaftar juga boleh berbincang secara sinkroni melalui Ruangan Chating. Walau bagaimanapun semua yang terlibat di dalam forum ini perlu sentiasa mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Pengarah IPTB kerana memberikan kepercayaan kepada webmaster untuk mengendalikan ruangan ini. - Admin Forum IPTB

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina - Gong Xi Fat Chai

Semua warga IPGM kampus Tuanku Bainun ingin merakamkan ucapan Gong Xi Fat Chai kepada warganya yang berbangsa Tionghua. Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting masyarakat Cina dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Tahun ini merupakan tahun chou (lembu).

Bagi kaum Cina tahun baru melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei

Wakil pelajar menyerahkan kad ucapan Gong Xi Fat Chai kepada wakil pensyarah En. Chin Swee Thoon

Pelancaran Tabung Palestin dan Sambutan Maal Hijrah

Jawatan kuasa Penghayatan Islam dan Moral, dengan kerjasama Badan Kebajikan surau IPGM kampus Tuanku Bainun telah mengadakan pelancaran Tabung Palestin dan Sambutan Maal Hijrah pada 19 Januari yang lalu. Di antara objektif sambutan ini adalah untuk mendedahkan para pelatih mengenai sejarah, dan erti sebenar Maal hijrah. Disamping itu adalah sebagai melahirkan rasa simpati di atas penderitaan rakyat Palestin yang sedang diserang oleh tentera Israil. Di antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang minggu ini ialah kutipan derma tabung Palestin, ceramah, pameran, tayangan video, jualan buku, dan gotong royong menyediakan bahan dan memasak bubur a'syura.

Pelancaran Tabung Palestin oleh Pn. Hjh. Rohani Ismail. Pengarah IPGM Kampus Tuanku Bainun. Gambar lain sila KLIK

Pendaftaran Pelajar KPLI ambilan Januari 2009

Warga IPTB mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar baru yang telah mendaftarkan diri di institut ini pada 12 Januari yang lalu. Berdasarkan data yang telah dikeluarkan oleh Jabatan HEP sehingga 13 Januari 2009 seramai 336 pelajar dari pelbagai kursus telah disahkan pendaftarannya. Antara kursus yang akan diikuti ialah Kursus Sijil Perguruan Khas, Kurusus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI SR ), dan Program KPLI SR LPBS-jQAF. Berikut adalah perincian pengambilan pelajaran baru Ambilan Januari 2009 IPGM Kampus Tuanku Bainun.

Sumber: Jabatan HEP IPTB

Semak Penempatan Praktikum dan Nama Pensyarah Pembimbing

Para pelajar yang terlibat dengan rancangan praktikum boleh menyemak penempatan serta pensyarah pembimbing masing-masing dalam pautan Berita Praktikum di ruangan sebelah. Anda digalakkan untuk menghubungi pensyarah pembimbing untuk mendapatkan bimbingan seawal yang mungkin. Selamat menjalani praktikum.

 

Slia KLIK untuk membaca berita-berita yang lepas 1I 2 I 3



SEMAK KEPUTUSAN Peperiksaan Akhir Nov 2008

KUMPULAN PPISMP


 


27 IPG Seluruh Malaysia

  1. IP Perlis
  2. IP Darul Aman
  3. IP Sultan Abdul Halim
  4. IP Persekutuan P.Pinang
  5. IP Tuamku Bainun
  6. IP Ipoh
  7. IP Bahasa Melayu Malaysia
  8. IP Bahasa-Bahasa Antarabangsa
  9. IP Ilmu Khas
  10. IP Teknik
  11. IP Islam
  12. IP Raja Melewar
  13. IP Perempuan Melayu Melaka
  14. IP Tun Hussein Onn
  15. IP Temenggung Ibrahim
  16. IP Tengku Ampuan Afzan
  17. IP Kuala Terengganu
  18. IP Sultan Mizan
  19. IP Kota Baharu
  20. IP Gaya
  21. IP Kent
  22. IP Tawau
  23. IP Keningau
  24. IP Batu Lintang
  25. IP Serawak
  26. IP Rajang
  27. IP Tun Abdul Razak

Sekiranya anda ada pandangan atau cadangan

Sila Hubungi Webmaster;

Jabatan Teknologi Maklumat
Institutu Perguruan Tuanku Bainun
14000 Mengkuang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tel: 04-5215227 Fax: 04-5214955
 
Website ini dibangunkan menggunakan Macromedia DreamWeaver, Flash & Adobe Fhotoshop