Selamat
Datang ke Laman Web IInstitut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun.
Semoga anda akan mendapat maklumat-maklumat terkini berkaitan dengan
kursus-kursus yang ditawarkan serta aktiviti institut dari masa ke semasa.
Welcome to
the Institute of Teacher Education Tuanku Bainun Campus website. Hopefully
you'll get the latest information related to the courses offered and
activities of the institute.

Lagu
Tema Hari Guru 2010: Guru Pembina Negara Bangsa

Rombongan
Pendidikan dari Universiti Rajabhat Sonkhla
Pada
26 Julai 2010 yang lalu serama 30 orang pensyarah dari Universiti
Rajabhat Thailand telah mengadakan lawatan ke IPG Kampus Tuanku Bainun.
Rombongan telah sampai ke perkarangan IPGKTB pada pukul 10.00 pagi
dan telah disambut oleh Timbalan Pengarah serta para pensyarah kanan.
Di dalam lawatan tersebut delegasi telah melawat sekitar kampus serta
bertukar-tukar pengalaman dalam bidang berkaitan kurikulum serta penggunaan
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Rombongan telah meninggalkan
IPGKTB pada jam 12.30 tengah hari.

Sebahagian
rombongan dari Universiti Rajabhat yang hadir telah disambut oleh
para pensyarah IPGKTB

Wakil
dari Universiti Rajabhat sedang berbincang
dengan Timbalan Pengarah IPGKTB

Syarahan
Perdana
Pada
22 Julai 2010 yang lalu Jabatan Bahasa Melayu IPG KTB bersama DBP
Wilayah Utara telah menganjurkan Syarahan Perdana bertajuk 'Bahasa
Melayu Bahasa Dunia'. Program tersebut telah berlangsung di Dewan
Aminuddin Baki IPG Kampus Tuanku Bainun dan dihadiri oleh para pensyarayarahan
tersebut telah disampaikan oleh h serta pelajar IPGKTB. Dato' Dr.
Hassan Ahmad yang merupakan mantan Ketua Pengarah DBP telah berjaya
menarik perhatian pendengar yang memenuhi dewan pada hari tersebut.
Tahnriah dan syabas kepada pihak penganjur kerana telah berjaya menganjur
dan menjemput tokoh bahasa yang tersohor bagi membincangkan isu bahasa
Melayu yang sedang hangat diperbincangkan pada waktu ini.

Pn. Hjh. Rohani menyampaikan
cendera mata kepada
Dato' Dr. Hassan Ahmad

Dato'
Dr. Hassan Ahmad
sedang berjalan menninggalkan dewan dan beramah mesra dengan
tetamu yan hadir pada program tersebut
Lawatan
Rasmi Rektor IPGM ke Kampu Tuanku Bainun
Pada 14 Jul 2010
yang lalu Rektor IPGM Datuk Dr. Haili Dolhan telah membuat lawatan
rasmi ke IPG Kampus Tuanku Bainun. Di sebelah pagi telah diadakan
perjumpaan dengan HEP, para tutor dan pelajar. Selepas itu beliau
telah dibawa melawat ke sekitar kampus. Sebelah tengahari satu perjumpaan
dengan semua pensyarah telah diadakan di Dewan Kirkby. Seluruh warga
IPG Kampus Tuanku Bainun mengalu-alukan lawatan tersebut dan banyak
maklumat terkini berhubung dengan IPG telah dibincangkan dalam pertemuan
tersebut.
.jpg)
Datuk
Dr. Haili (Rektor IPGM) bertemu dengan para pensyarah di Dewan Kirkby)
.jpg)
Rektor
sedang bertanya sesuatu kepada pelajar pra sekolah IPG KTB
.jpg)
Pn.
Hjh Rohani (Pengarah KTB) menyampaikan cenderahati kepada Datuk
Dr. Haili (Rektor IPGM)

Pelancaran
Minggu Menghayati Israk dan Mikraj
Pada 12 Jul 2010
yang lalu telah dijalankan Majls Pelancaran Minggu Menghayati Israk
dan Mikraj peringkat IPG Kampus Tuanku Bainun. Program ini adalah
anjuran JAPIM dan BKSA. Program tersebut telah dimpurnakan oleh Timbalan
Pengarah IPG KTB Tn. Hj Daud Md. Saman. Sempena pelancaran tersebut
satu ceramah mengigati perjuangan palestin telah disampaikan oleh
En. Mustafa Mansor yang merupakan salah seorang aktivis yang menyertai
misi penghantaran bantuan ke Gaza. Di dalam ceramah bertajuk "
Menyoroti Pelayaran Mavi Marmara" beliau telah menyampaikan cerita-cerita
berdasarkan pengalaman beliau dan rakan-rakan sewaktu detik-detik
diserang tentera Israil, sehingga beliau dibebaskan.

En.
Mustafa Mansor aktivis Misi Kemanusiaan Ke Gaza menerima cendera hati
dari Tn. Hj. Daud Md Saman

Selamat
Datang Pelajar-Pelajar Baru Ambilan Jun 2010
TAHNIAH DIUCAPKAN
KEPADA SEMUA PELAJAR BAHARU KPLI/PPISMP. KAMI MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN
SAUDARA/SAUDARI KE INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS TUANKU BAINUN,
BUKIT MERTAJAM, SEBERANG PERAI, P.PINANG.
Berikut adalah
jumlah pendaftaran pelajar baru ambilan Jun 2007 mengikut kursus yang
telah dikeluarkan oleh Jabatan HEP. Selamat menjalani minggu orentasi,
dan selamat menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar di Institut
Pendidikan Guru.

Sebahagian
pelajar baru sedang membuat pendaftaran

Sumber:
http://hepipgktb.blogspot.com
Maklumat pendaftaran adalah seperti berikut;
* Tarikh : 28
JUN 2010 (15 REJAB 1431)
* Hari : Isnin
* Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari
* Tempat : Dewan Aminuddin Baki (Dewan Besar)
* Pakaian : Formal (Kemas dan sopan)
Sila muat turun
maklumat dan cetak di pautan berikut;
Jabatan
HEP IPG Kampus Tuanku Bainun
Sambutan
Hari Guru Peringkat IPG Kampus Tuanku Bainun 2010
Sambutan
Hari Guru Peringkat IPG Kampus Tuanku Bainun pada tahun ini telah
diraikan pada 2 Jun 2010 yang lalu. Sambutan tersebut telah dianjurkan
oleh Jabatan Kajian Sosial dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar (JPP) IPG KTB 2010/2011. Antara objektif sambutan hari guru
ialah untuk memupuk kesedaran tentang peranan guru dalam pembinaan
dan pembangunan negara serta perkhidmatan kepada masyarakat. Tema
hari guru pada tahun ini ialah " Guru Pembina Negara Bangsa".
Sambutan
dimulai dengan bacaan perutusan-perutusan Hari Guru daripada Rektor
IPG, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan Menteri Pelajaran Malaysia.
Aktiviti lain yang telah dijalankan ialah seperti senam tari, sukaneka,
pertandingan badminton, persembahan pra sekolah, persembahan multimedia,
nyayian lagu-lagu patriotik, tarian 1 Malaysia, dikir barat, puisidra,
nasyid, sketsa serta persembahan muzik. Sambutan Hari Guru 2010 telah
dirasmikan oleh Pn. Hjh. Rohani Ismail selaku Pengarah IPG Kampus
Tuanku Bainun. Tahniah kepada semua yang terlibatan kerana telah menganjurkan
program tersebut dengan begitu berkesan dan menarik. Diharapkan melalui
program tersebut akan dapat meningkatkan rasa kasih di kalangan warga
pendidik terhadap profesion keguruan yang diceburi.
.jpg)
Wakil
pelajar menyerahkan kad ucapan Hari Guru kepada Pn. Hjh Rohani
Ismail (Pengarah IPG KTB)
Sebahagian
pensyarah dan pelajar sedang mengikuti senam tari sempena sambutan
Hari Guru 2010. Gambar lain sila KLIK

Majlis
Perasmian Pusat Seni IPG Kampus Tuanku Bainun
Pada
2 Jun 2010 yang lalu Pusat Seni IPG Kampus Tuanku Bainun telah dibuka
dengan rasminya oleh Pn. Hjh. Rohani Binti Ismail, Pengarah IPG Kampus
Tuanku Bainun. Bersempena dengan majlis perasmian tersebut satu pameran
proses yang memaparkan karya-karya pelajar major dan minor Pendidikan
Seni Visual juga turut diadakan. Pameran tersebut berlangsung selama
tiga hari mulai 2 hingga 5 Jun 2010.
Pusat
Seni IPG Kampus Tuanku Bainun telah berpindah ke bangunan baru dua
tahun yang lalu. Bermula dengan rumah pengakap, bangunan ini telah
dinaik taraf menjadi sebuah Pusat Seni yang serba lengkap. Terdapat
bilik studio serta ruang-ruang pameran yang selesa bagi pelajar menjalani
pembelajaran seni visual. Unit Seni telah diberi tanggung jawab untuk
mengendalikan kursus Pendidikan Seni Visual bagi kumpulan major dan
minor Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP) dan juga Kursus Perguruan
Lepasan Ijazah (KPLI). Tahniah kepada para pensyarah dan pelajar yang
telah berjaya mengendalikan kedua-dua program tersebut dengan jayanya.
.jpg)
Pn.
Hjh. Rohani menerima cenderahati berupa raplika Arca Pusat Seni
daripada En. Azman sempena Majlis Perasmian Pusat Seni IPG Kampus
Tuanku Bainun
.jpg)
Sebahagian
pensyarah dan pelajar di hadapan Arca Pusat Seni
.jpg)
Antara
para pengunjung yang melawat pameran proses di Pusat Seni IPGKTB.
Gambar lain sila KLIK

Hari
Terbuka Kolej Kediaman 2010
Pada
13-15 Mei 2010 yang lalu, program Hari Terbuka Kolej Kediaman 2010 telah
diadakan di IPG Kampus Tuanku Bainun. Program ini anjuran Boro Kolej
Kediaman, JPP, Unit Kolej Kediaman dan HEP IPG Kampus Tuanku Bainun.
Ianya merupakan program tahunan yang dijalankan di peringkat institut.
Program ini bertujuan untuk memupuk semangat persaingan yang sihat,
menerapkan nilai-nilai murni serta mengeratkan hubungan antara penghuni
dan warden serta pihak pengurusan kolej kediaman. Di samping itu, program
ini juga dijana untuk mencungkil bakat guru-guru pelatih dalam pelbagai
bidang termasuklah sukan permainan, kreativiti dan keusahawanan.
Program dimulakan
dengan pertandingan futsal (lelaki) dan permainan Pro Evolution Soccer
(PES) pada 13 Mei 2010. Pada 14 Mei 2010 pula, pertandingan futsal
(perempuan), bola jaring dan menyusun puzzle dijalankan. Program diteruskan
dengan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik pada hari yang berikutnya.
Penghuni kolej kediaman, warden-warden, Ketua Warden dan Timbalan
Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun telah bersama-sama melakukan senamrobik
yang diketuai oleh guru pelatih dari opsyen Kemas di gelanggang sepak
takraw.
Timbalan Pengarah,
Tn. Hj. Daud Md Saman sedang merasmikan Hari Terbuka Kolej Kediaman
Program ini telah
dirasmikan oleh Tuan Haji Daud bin Md Saman, Timbalan Pengarah IPG Kampus
Tuanku Bainun. Ia turut dihadiri oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
dari IPG Kampus Darul Aman dan IPG Kampus Persekutuan Pulau Pinang.
Seterusnya, Timbalan Pengarah diiringi exco Biro Kolej Kediaman dan
Majlis Tertinggi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar melawat ke bilik-bilik
tercantik di setiap blok dan tapak jualan. Pelbagai barangan dan makanan
dijual di gerai ini dan yang paling mendapat perhatian adalah aktiviti
flying fox. Di samping itu, Timbalan Pengarah turut melawat tapak pameran
oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, Agensi Anti
Dadah Kebangsaan dan sebagainya. Demonstrasi kebakaran selama satu jam
dari Jabatan Bomba dan Penyelamat menyaksikan cubaan memadamkan api
oleh Timbalan Pengarah dan beberapa orang guru pelatih.
Aktiviti sukaneka
iaitu Tarik Tali, Apple Bite, Siapa Pantas?, Water Bomb, Musical Chair,
Dizzy Needle, Motor Lambat dan Anyaman Ketupat merupakan acara kemuncak
yang dinantikan-nantikan oleh semua guru pelatih. Pertandingan sukaneka
ini secara tidak langsung memberi mata kepada blok masing-masing. Jumlah
pungutan mata tertinggi merangkul gelaran Juara Keseluruhan sekali gus
menerima Piala Ketua Warden dimenangi oleh Blok Damai.
Majlis penyampaian hadiah dan perasmian penutupan sekali lagi disempurnakan
oleh Timbalan Pengarah. Program berakhir pada jam 3.00 petang. Sekalung
penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Timbalan Pengarah,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Ketua Warden, warden-warden, Unit Kolej Kediaman,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2010/2011, penghuni kolej kediaman dan
semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan
program ini. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua.-
Disediakan
oleh, Nurasyikin binti Aimi - Setiausaha Biro Kolej Kediaman IPG Kampus
Tuanku Bainun
Program
Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM)
Pada
10-13 Mei 2010 yang lalu Jabatan Pengajian Melayu dan Persatuan Bahasa
Melayu IPG Kampus Tuanku Bainun telah menganjur pelbagai aktivi sempena
Program Memartabatkan Bahasa Melayu. Majlis pelancaran telah disempurnakan
oleh Pn. Hjh. Rohani Ismail, Pengarah IPG KTB. Di antara tujuan utama
program tersebut adalah untuk memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu
di kalangan warga kampus. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang
program tersebut ialah Malam Kebudayaan yang melibatkan bacaan puisi,
nyanyian lagu puisi, lagu patriotik, simfoni muzik, dikir barat, boria
dan silat. Selain itu dijalankan juga pertandingan bahas ala parlimen.
Bahasa
Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Berunei, serta
salah satu bahasa rasmi di Singapura. Menurut statistik penggunaan
bahasa di dunia penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih
300 juta dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur
terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa
Inggeris dan bahasa Hindi/Urdu. Diharapkan melalui program seperti
kita dapat memartabatkan dan mengembalikan kedaulatan Bahasa Melayu
ke landasan yang betul selepas hampir-hampir dipinggirkan peranannya
sebagi bahasa ilmu dalam sejarah sistem pendidikan di negara ini.
Seminar
Integriti Warga Pendidik
Pada
4 Mei 2010 yang lalu telah berlangsung Seminar Integriti yang yang
berlangsung di Dewan Kirkby. Seminar tersebut telah dirasmikan oleh
Pn. Hjh Rohani Ismail selaku Pengarah IPG KTB. Peserta seminar adalah
terdiri daripada kumpulan pelajar KPLI dan PISMP Semester 5. Antara
tujuan seminar ini diadakan ialah memberi maklumat kepada warga pendidik
tentang hala tuju serta menyemai sistem kehidupan bermasyarakat dan
bernegara dalam usaha membina sebuah masyarakat yang bermoral dan
beretika, sekaligus negara yang berintegriti. Tiga orang tokoh telah
dijemput untuk membentangkan kertas kerja pada seminar tersebut. Mereka
ialah En. Faison Hamdi bin Ahmad, Pen Pengurus IIM, En. Mhd. Shokkeri
Hj. Ismail, Ketua Jabatan Bimbingan dan Kaunseling IPG Kampus Darul
Aman dan Tn. Hj. Jamian Jaafar, mantan Tim. Pengarah Jabatan Pelajaran
Johor.
Pn.
Hjh Rohani (Pengarah IPGKTB) bersama para pembentang kertas kerja
Sebahagian
pelajar IPG KTB yang menyertai Seminar Integriti Warga Pendidik. Gambar
lain KLIK
Seminar
Pendidikan Ke-XI Peringkat Zon Utara
Pada
29 April 2001 yang lalu Jabatan Ilmu Pendidikan dengan kerjasama kumpulan
pelajar KPLI Ambilan Januari telah menganjurkan Seminar Pendidikan
ke-XI peringkat Zon Utara. Tajuk seminar kali ini ialah "Cabaran
Masa Depan Profesion Keguruan" dan telah dirasmikan oleh Tn.
Hj. Daud Md. Saman Timbalan Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun. Seminar
sehari itu telah diadakan di Dewan Aminuddin Baki IPG Kampus Tuanku
Bainun Pulau Pinang. Antara pembentang kertas kerja ialah Tn. Hj.
Ibrahim Mohamad (Pengarah JPN Pulau Pinang), En. Rijeng Jahet (Pengarah
IPG Kampus Pulau Pinang) dan En. Ow Yong Kean Guan (Ketua Nazir Negeri
P. Pinang).
En.
Rijeng Jahet (Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang) sedang membentangkan
kertas kerja beliau
Program
Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBI)
Ramai
di kalangan pendidik khususnya para pensyarah dan pelajar IPG KTB masih
tertanya-tanya apakah sebenarya Program MBI. Di antara abjektif MBI
ialah untuk;
Menaik
taraf dan memperkukuhkan profisiensi dan kemahiran pedagogi guru-guru
Bahasa Inggeris
Melaksanakan
matlamat memberi akses dan pendidikan sama rata melalui sokongan kepada
guru-guru yang berkerja dalam konteks yang mencabar
Menyediakan
peluang-peluang tambahan untuk peningkatan dan perkembangan profesional
guru-guru Bahasa Inggeris
Untuk mengetahui
lebih lanjut berhubung dengan Program MBI sila muaturun fail yang
berkenaan. Program
MBI.
Salah
satu aktiviti MBI yang dianjurkan oleh Jabatan Bahasa Inggeris di Pusat
Info IPGKTB
Kejohanan
Olahraga Tahunan (KOT) IPG Kampus Tuanku Bainun Kali ke-14
Pada
27 April 2010 yang lalu telah berlangsung Kejohanan Olahraga Tahunan
kali ke-14 IPG Kampus Tuanku Bainun. KOTyang berlangsung di Astaka
Waja tahun ini adalah antara yang terbaik kerana ada beberapa kelainan
berbanding dengan yang sebelumnya. Antara kekuatan KOT kali ini, persiapan
telah dirancang dengan rapi dan melibatkan semua pelajar dan pensyarah.
Selain itu terdapat kumpulan sorak, gimnastik serta gimik perasmian.
Syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola kerana telah berjaya
melaksanakan amanah menganjurkan KOT dengan jayanya.
Secara
keseluruhan johan rumah sukan pada tahun ini telah jatuh kepada rumah
Bestari, diikuti rumah Gemilang di tempat kedua, Amanah tempat ke
tiga dan Dinamik tempat ke empat. Olahragawan tahun ini telah diberikan
kepada saudara Kalidasnan a/l Punusamy. Sementara olahragawati pula
telah diberikan kepada saudari Ching Wei Peng. Kedua-duanya dari rumah
Amanah. Sementara itu dalam acara perbarisan pula Unit KRS telah menduduki
tempat pertama diikuti oleh Unit Pengakap di tempat ke dua. Tahniah
kepada semua yang telah berjaya dan cuba lagi di KOT yang akan datang.
Puan
Hjh. Rohani Ismail (Pengarah IPGKTB) sedang merasmikan KOT ke 14
Johan
rumah sukan pada tahun ini telah jatuh kepada rumah Bestari
Persembahan
kumpulan sorak
KRS
selaku Johan Perbarisan Unit Beruniform
Sekitar
Majlis Konvokesyen Kali ke-16, 2010 IPGM Kampus Tuanku Bainun
Konvokesyen ke
16, IPG Kampus Tuanku Bainun telah diadakan pada 8 April 2010, di
Dewan Aminuddin Baki. Majlis telah bermula seawal 8.00 pagi, dimulai
dengan perarakan para graduan ke dalam dewan diikuti oleh perarakan
masuk ketua-ketua jabatan dan pensyarah kanan. Pada jam 9.15 pagi,
perarakan masuk tetamu kehormat iaitu T.Y.T Tun Dato' Seri Utama (Dr.)
Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang
dan Y.A Bhg. Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor binti Shariff
telah diiringi oleh Timbalan Rektor IPG, Pengarah BPG dan pengarah
IPG KTB. Para
graduan kali ini adalah terdiri daripada kumpulan KPLI Ambilan Januari
2009, KSPK, KPLI_SKM dan KDPM_Perpaduan. Sepanjang
majlis penganugerahan tersebut para graduan dan tetamu telah dihiburkan
dengan persembahan koir, gamelan serta ensembel muzik. Sementara itu
para tetamu juga boleh membeli pelbagai barangan yang boleh diperolehi
di gerai-gerai konvo yang diusahakan oleh persatuan pelajar serta
peniaga-peniaga luar. Majlis konvo kali ini telah berjalan dengan
lancar dan mariah. Setinggi-tinggi tahniah kepada para graduan diatas
kejayaan yang telah dicapai. Setinggi tahniah juga kepada jawatan
kuasa Majlis Konvokesyen kali ini serta semua warga IPGKTB kerana
telah berjaya mengendalikan majlis tersebut dengan baik dan lancar.

Dari
kiri Pn. Hjh. Rohani Ismail (Pengarah IPGKTB), Dr. Amin Senin (Timbalan
Rektor IPG) serta T.Y.T Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman
bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.
Sebahagian
graduan KPLI yang berada di dalam Dewan Aminuddin Baki untuk majlis
Konvokesyen ke 16.
Noor
IsmaHisham Ismail (KPLI SR Pengajian Sains)
Penerima Anugerah Pengarah serta Anugerah Terbaik Kepimpinan
Kumpulan
Koir IPGKTB
Selamat
Datang ke Konvokesyen Kali ke 16 IPGM Kampus Tuanku Bainun
Konvokesyen
ke 16 IPG Kampus Tuanku Bainun kali ini akan diadakan pada 8 April
2010 (Khamis) berlangsung di Dewan Aminuddin Baki. Para graduan kali
ini adalah terdiri daripada kumpulan KPLI Ambilan Januari 2009, KSPK,
|KPLI_SKM dan KDPM_Perpaduan. Raptai untuk para graduan akan dijalankan
pada pada 7 April (Rabu) mulai 11.00 pg hingga 12.30 tgh di Dewan
Aminuddin Baki. Maklumat lanjut tentang majlis konvokesyen sila KLIK
ke pautan Laman
Blog HEP IPG Kampus Tuanku Bainun.
Kejohanan
Merentas Desa Kali Ke-14
Pada
1 Mac 2010 yang lalu telah berlangsung Kejohanan Merentas Desa Kali
Ke-4 peringkat IPG Kampus Tuanku Bainun. Kejohanan kali ini telah
dianjurkan oleh Unit Kokurikulum dengan kerjasama KPLI Ambilan Januari
2010. Acara ini telah dimulakan seawal 2.30 petang dan berakhir jam
6.00 petang. Program kali ini telah dirasmikan oleh Pn. Hjh. Rohani
Binti Ismail Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun.
Sebahagian
pelajar yang telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Merentas Desa
Kali Ke-14 2010.
Pada
23 Februari 2010 yang lalu IPG Kampus Tuanku Bainun dengan kerjasama
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
telah menganjurkan Program Kurangkan Gula. Di antara objektif program
ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada warga kampus mengenai
bahayanya pengambilan gula yang tidak sesuai dan berlebihan serta
kesannya kepada kesihatan. Di antara pengisian program tersebut ialah
ceramah, pameran serta pemeriksaan kesihatan. Program tersebut telah
dirasmikan oleh Pn. Hjh Rohani Binti Ismail, Pengarah IPG Kampus Tuanku
Bainun.
Simbolik
kempen kurangkan gula oleh Tuan Pengarah IPG KTB
Sebahagian
warga IPG KTB yang melawat tapak pameran Kempen Kurangkan Gula
Lawatan
HEP ke Universiti Rajabhat Songkla Tailand
Para pensyarah
serta staf dari Jabatan HEP IPG Kampus Tuanku Bainun telah membuat
lawatan ke Universiti Rabjbhat pada 14 Februari 2010 (Ahad) yang lalu
Ketua Delegasi dalam lawatan tersebut ialah En. Ibarahim bin Ismail
selaku Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Tahniah kepada Jabatan HEP
kerana dapat mengatur program tersebut yang tentunya memberi pengalaman
yang banyak kepada para peserta lawatan tersebut. Sumber
Laman Blog HEP.
Dr.
Saensak Siriphanich (Vice President), Prof. Dr. Kanut Thattong (Pengarah
bidang kebudayaan) & Dr.Juraisiri Choorak (Dekan Fakulti Pendidikan)
dengan KJ HEP
Selamat
Tahun Baru Cina 2010
Seluruh
warga IPG Kampus Tuanku Bainun ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru
"Gong Xi Fa Cai" kepada semua pensyarah dan pelajar yang berbangsa
Cina. Sempena sambutan tersebut telah diadakan satu Perhimpunan Khas
bagi meraikan kehadiran tahun baru kali ini. Sambutan kali ini sangat
meriah dengan pelbagai persembahan oleh para pelajar. Antaranya ialah
tarian singa, tarian pelbagai kaum di Malaysia, persembahan pukulan
gendang, koir dan sebagainya. Tahniah kepada kumpulan PISMP SNPIPJ Samester
5 yang telah mengendalikan Perhimpunan kali ini.
Tuan
Pengarah sedang menulis kaligrafi Cina sempena meraikan Tahun Baru
Cina 2010
Antara
persembahan pelajar yang menarik perhatian hadirin. Gambar lain sila
KLIK
Muktamar
Sanawi Kali Pertama & Malam Rejuvenasi
Muktamar
Thanawi atau Perjumpaan Tahunan peringkat IPG Kampus Tuanku Bainun telah
di adakan pada 4 Februari 2010 buat julung kalinya di Dewan Aminuddin
Baki IPG Kampus Tuanku Bainun bagi membincangkan isu-isu berbangkit
yang berkaitan. Muktamar ini diketuai oleh pengerusi tetap, saudara
Mahzan bin Abu Mutalib dan naib pengerusi tetap, saudara Mohd Khairuddin
seterusnya Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan Surau (BKS) 2008/2009.
Dimulakan dengan ucapan dasar Pengerusi BKS 2008/2009, kemudian disusuli
dengan pembentangan laporan aktiviti oleh setiausaha dan pembentangan
kewangan oleh bendahari BKS seterusnya pembentangan usul yang di mulakan
oleh pengerusi tetap. Sebanyak 4 usul yang telah dipilih oleh AJK Berpandukan
Usul untuk dibahaskan oleh para pelajar. Usul-usul ini telah dibahaskan
kemudian di terima dan di sahkan sebulat suara. Seterusnya majlis diteruskan
lagi dengan peletakan jawatan AJK BKS 2008/2009 dan pelantikan AJK BKS
2010/2011 yang telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan JPIM, Tuan Hj. Haron
bin Haya.
Malam Rejuvenasi
Badan Kebajikan surau Al-Ghazali yang diadakan pada 15 Februari 2010,
merupakan satu majlis pengiktirafan kepada Ahli Jawatankuasa Badan
Kebajikan Surau (BKS) 2008/2009 yang telah bertungkus lumus melaksanakan
tanggungjawab yang diberi dengan penuh dedikasi selama 2 tahun. Bertunjangkan
tema BKS iaitu ‘Menjana Fikrah Insani, Menjulang ‘Izzah
Insani’, majlis ini juga di harapkan dapat menyuntik semangat
kepada AJK Badan Kebajikan Surau 2010/2011 yang baru dilantik untuk
meneruskan perjuangan dakwah di bumi IPG Kampus Tuanku Bainun ini.
Persembahan pentomen ‘Ku Temui CintaNYA’ yang di pentaskan
oleh AJK Lajnah Usrah & Dakwah bertujuan membuka satu perspektif
baru dalam memberi kesedaran dan ingatan kepada para pelajar mengenai
tujuan penciptaan manusia di bumi ini. Majlis diteruskan lagi dengan
gimik pelancaran logo dan perlembagaan bertulis Badan Kebajikan Surau
yang dibawa oleh pengerusi Badan Kebajikan Surau, saudara Muhammad
Khairul Anwar dan diserahkan kepada Timbalan Pengarah, Tuan Haji Daud
bin Md Saman untuk dirasmikan. Majlis ini di akhiri dengan penyampaian
cenderahati kepada AJK BKS 2008/2009 dan seterusnya nyanyian lagu
tema ‘Beramal kerana ALLAH’. Laporan oleh;
qila_handrieana89@yahoo.com

Majlis
Perasmian Malam
Rejuvenasi Badan Kebajikan surau Al-Ghazali .
Gambar lain sila KLIK
Selamat
Datang Pelajar Baru KPLI Ambilan Januari 2010
Pada
18 Januari yang lalu seramai 55 orang pelajar baru KPLI Ambilan Januari
2010 telah mendaftarkan diri di IPG Kampus Tuanku Bainun. Pengambilan
kali ini hanya melibatkan tiga kumpulan sahaja berbanding 17 kumpulan
pada pengambilan Januari 2009 yang lalu. Antara pengkhususan yang akan
diikuti oleh pelajar KPLI pada kali ini laiah bidang Kemahiran Hidup,
Pendidikan Pemulihan dan Pengajian Agama Islam. Selamat memulakan pengajian
dan selamat maju jaya.
Sebahagian
pelajar baharu KPLI ambilan Ja nuari 2010sedang membuat pendaftaran
Sambutan
Ma'al Hijrah Peringkat IPG Kampus Tuanku Bainun
Sambutan Ma'al
Hijrah peringkat IPG KTB pada tahun ini telah disambut pada 14 Januari
2010 bersamaan 28 Muharam 1431H. yang lalu. Program dimulakan dengan
gotong royong memasak bubur asura di sebelah petang dan diikuti dengan
forum di sebelah malamnya. Program tersebut telah berlangsung di Surau
Al-Ghazali. Sambutan daripada warga IPGKTB sangat menggalakkan.
Sebahagian
warga IPGKTB yang hadir di Program Sambutan Ma'al Hijrah
Majlis
Pelancaran Majalah Mengkuang Edisi ke-7
Pada
11 Januari Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun telah melancarkan Majalah
Mengkuang Edisi ke-7 2009. Majlis tersebut telah berlangsung di Dewan
Aminuddin Baki. Setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang terlibat
di dalam penerbitan Majalah Mengkuang tersebut khususnya, Biro Penerbitan
JPP di bawah ketua editornya Saudari Nurul Farhana dan pensyarah penasihat
En Teh Koon Hoo. Tahniah juga kepada semua yang telah bertungkus lumus
untuk merialisasikan kelahiran majalah berkenaan yang telah sekian
lama tehenti penerbitannya. Majalah Mengkuang Edisi Pertama telah
diperkenalkan pada tahun 1995 dengan memaparkan pelbagai informasi
mengenai institut yang dulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan Tuanku
Bainun. Namun demikian penerbitannya telah terhenti pada edisi ke-6
iaitu pada tahun 2001. Tuan Pengarah di dalam ucapannya telah merakamkan
setinggi-tinggi tahniah kepada JK Perwakilan Pelajar Sesi 2009/10
kerana telah berjaya menghidupkan kembali majalah tersebut setalah
hampir 10 tahun menghilang yang pada suatu masa dahulu pernah menjadi
kebanggaan semua. Kepada semua warga IPG Kampus Tuanku Bainun dan
semua pengunjung laman ini sila dapatkan majalah tersebut melalui
JPP.


Pn.
Hjh. Rohani Ismail (Pengarah IPG Kampus Tuangku Bainun) sedang melancarkan
Majalah Mengkuang Edisi-7
Selamat
Kembali ke IPG Kampus Tuanku Bainun, yang semakin ceria dengan suasan
persekitaran yang lebih segar dan mendamaikan. Di samping itu, proses
naik taraf kumudahan insfrastuktur juga sedang giat dijalankan sekarang
ini. Semoga persekitaran yang kondusif akan lebih memotivasikan warganya
bagi mencapai misi dan visi IPG Kampus Tuanku Bainun iaitu;
Visi:
"Memartabatkan profesion keguruan yang berkualiti dan berinovatif
selaras dengan pendidikan guru bertaraf dunia".
Misi:
"Ke arah mengamalkan pendidikan berkualiti dan berinovatif sera
membudayakan pembelajaran ilmu sepanjang hayat untuk melahirkan guru
yang berintegriti dan bersifat global"
Blok
Pentadbiran IPG Kampus Tuanku Bainun
SELAMAT
MENJALANKAN TUGAS KEPADA KUMPULAN KPLI AMBILAN JANUARI
Seramai
334 orang pelajar Kumpulan KPLI Ambilan Januari 2009 telah berjaya
menamatkan kursus masing-masing dan kini telah di tempatkan di sekolah-sekolah
seluruh negara. Selamat menjalankan tugas, semoga melalui latihan
yang diberikan semua guru permulaan mempunyai motivasi yang tinggi
bagi memartabatkan profesion keguruan yang berkualiti dan berinovatif
selaras dengan pendidikan guru bertaraf dunia. Keputusan
Peperiksaan Akhir 2009 boleh disemak melalui pautan
di sebelah. Tahniah dan syabas kepada semua yang telah berjaya.
Mesyuarat
Staf Akademik akan dijalankan seperti maklumat berikut;
Tarikh: 30 Disember 2009
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Kirkby IPG Kampus Tuanku Bainun
Selamat
bermusyuarat dan merancang persiapan bagi sesi Januari yang akan bermula
pada 4 januari 2010
Majlis
Penutupan GERKO 2009
Majlis
Penutupan GERKO pada tahun telah dijalankan pada 29 Oktober 2009.
Seperti biasa majlis ini dimulakan dengan upacara perbarisan, diikuti
dengan pertandingan-pertandingan antara unit, kelab peratuan serta
permainan. Majlis penutupan GERKO kali ini telah disempurnakan oleh
Tn. Hj. Daud Md. Saman (Timbalan Pengarah IPTB KTB). Di dalam pertandingan
kawad kaki unit KRS telah menduduki tempat pertama manakala Pengakap
tempat ke dua. Di dalam pertandingan perkhemahan dan gajet, Pengakap
menduduki tempat pertama sementara KRS tempat ke dua. Manakala dalam
pertandingan kraf, Pengakap menduduki tempat pertama sementara Pandu
Puteri menduduki tempat ke dua. Tahniah kepada kumpulan KPLI Ambilan
Januari 2009 kerana telah berjaya mengelolakan majlis tersebut dengan
lancar.
Catatan:
Bagi memenuhi permintaan para pengunjung laman web ini yang meminta
supaya diuploadkan video persembahan Okestra IPGM KTB pengendali laman
web telah menuguploadkannya di youtube kerana fail video agak besar.
Video lain akan menyusul
Y.Bhg.
Dato’ Azman Amin b. Hassan, Ketua Pengarah JPNIN Malaysia diiringi
oleh Pn. Hjh. Rohani sedang keluar dari Dewan Aminuddin Baki selepas
upacara Perasmian Penutupan Program Semarak Perpaduan. Gambar lain
sila KLIK
Audit
Dalaman 2/2009 MS ISO
Seluruh
warga IPGM KTB mengalu-alukan kehadiran para juru audit yang akan hadir
ke IPGM Kampus Tuanku Bainun Pada 14 Oktober 2009.
Pameran
"Mengenali Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran"
Satu
pameran berkaitan dengan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
telah diadakan di Pusat Sumber Za'ba akan diadakan pada 13-15 Oktober
2009. Pameran tersebut adalah hasil projek yang telah dijalankan oleh
kumpulan pelajar PISMP Semester 4 dengan kerjasama JK Inovasi &
Rekacipta serta Jabatan Teknologi Pendidikan. Semua warga IPGM KTB dijemput
hadir untuk menyaksikan pameran tersebut.
Pengunjung-pengunjung
Pameran “Mengenali Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran”
tergamam melihat letusan model gunung berapi buatan kumpulan 4 PISMP
MT/PJ/PI. Tahniah kepada kumpulan 4 PISMP MT/PJ/PI kerana telah menjuarai
pertandingan tersebut. Laporan lanjut tentang pameran dan pertandingan
tersebut sila KLIK pada pautan berikut. Berita
lanjut oleh Zen Sheng Lim.
Perkhemahan
Unit Berunifom Kumpulan PISMP dan KEMAS Semester 4 2009.
Perkhemahan
selama empat hari tiga malam telah diadakan di Pusat Latihan Kokurikulum
(PULAKO) Sungai Petani Kedah pada 7-10 Oktober 2009 yang lalu. Perkhemahan
ini merupakan perkhemahan wajib seperti yang terkandung di dalam Sukatan
PISMP dan KDPM KEMAS. Pelbagai aktiviti telah dijalankan mengikut unit
masing-masing. Di IPGM KTB terdapat lima unit berunifom iaitu; Pengakap,
PBSM, Pandu Putri, Putri Islam dan Kadet Remaja Sekolah (KRS). Sementera
itu kumpulan KPLI ambilan Jun 2009 akan mengadakan perkhemahan di tempat
yang sama mulai 11-14 Oktober 2009.
Sebahagian
pelajar PISMP Semester 4 dan KDPM Kemas. Gambar lain KLIK
Seminar
Integriti Warga Pendidik
Program
ini akan di adakan di Dewan Aminuddin Baki pada 8 September 2009. Seminar
ini adalah program kerjasama antara IPGM Kampus Tuanku Bainun dengan
Institut Integriti Malaysia. para peserta seminar ini adalah terdiri
daripada warga pensyarah dan pelajar IPGM KTB. Slamat Berseminar.
Seluruh
warga IPGM Kampus Tuanku Bainun Pulau Pinang ingin mengucapkan "Selamat
Hari Raya Maaf Zahir dan Bathin" kepada para mengunjung laman
Web ini.
Perhimpunan
Sambutan Hari Raya 2009
Sempena
cuti panjang sambutan Aidil fitri (18-27 September 2009) telah di adakan
perhimpunan khas di Dataran Perhimpunan untuk saling mengucapkan salam
antara pelajar dan para pensyarah. Majlis seperti ini diharap akan dapat
merapatkan ukhuwah antara warga IPGM KTB yang terdiri dari pelbagai
bangsa dan agama. Di dalam majlis tersebut juga para pelajar diingatkan
supaya berhati-hati semasa pulang ke kampung serta merayakannya seperti
yang dikhendaki oleh ajaran Islam sebenar. Di dalam kesempatan ini seluruh
warga IPGM KTB ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf
Zahir dan Bathin kepada seluruh pengunjung Laman Web ini. Jamauan Aidil
Fitri telah diadakan selepas kembali dari bercuti.
Sebahagian
pelajar dan pensyarah IPGM KTB sedang beratur untuk menikmati Jamuan
Hari Raya yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Ihya' Ramadhan dan JPPP.
Gambar lain sila KLIK
Sebahagian
pelajar sedang bersalaman dengan para pensyarah sebelum pulang berhari
raya ke kampung masing-masing. Gambar lain sila
KLIK
Sambutan
Bulan Kemerdekaan Peringkat IPGM Kampus Tuanku Bainun
Sambutan
Bulan Kemerdekaan Ke-52 Peringkat IPGM Kampus Tuanku Bainun telah berlangsung
di Dewan Aminuddin Baki pada 21 Ogos 2009 yang lalu. Pelbagai acara
telah dipersembahkan bagi mengingati peristiwa kemerdekaan negara 52
tahun yang lalu. Antaranya ialah deklamasi sajak, nyanyian lagu-lagu
patriotik, dan persembahan teater oleh para pelajar dan pensyarah IPGM
KTB.Tahniah dan syabas kepada Jabatan Kajian Sosial khususnya Unit Pendidikan
Seni yang telah bertungkus lumus menjayakan program tersebut.
Pn.
Hjh Rohani Ismail (Pengarah) sedang merasmikan Sambutan Bulan Kemerdekaan
Ke-52 Peringkat IPGM Kampus Tuanku Bainun. Gambar lain sila KLIK
Ihya'
Ramadhan 1430H/2009
| Ihya'
Ramadhan kembali lagi. Setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT,
kerana masih memanjangkan umur kita untuk bertemu lagi di Ramadhan
kali ini. Marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan dan
takaruf kita ke hadrat Allah SWT dengan memperbanyakkan mengingati
Allah dan memperbanyakkan ibadah di bulan yang mulia ini. Mudah-mudahan
madrasah Ramadhan kali ini benar-benar dapat mendidik jiwa dan
rohani kita untuk terus istiqomah dengan amalan-amalan yang
mulia dan dapat menjauhi segala kemungkaran di masa-masa yang
akan mendatang.
Jawatankuasa
Program Ihya' Ramadhan 1403 IPGM Kampus Tuanku Bainun telah
merancang pelbagai aktiviti, seperti iftar, solat tarawikh,
tazkirah dan sebagainya. Sehubungan dengan itu bagi pihak Jawatankuasa
program, kami sangat-sangat mengalukan seluruh warga IPGM KTB
untuk sama-sama memberikan sumbangan mengikut kebolehan masing-masing
di dalam menjayakan semua aktiviti yang dirancang secara berjamaah.
Mudah-mudahan disamping menambahkan bekalan yang akan kita bawa
menemui Maha Pencipta, melalui program-program tersebut ianya
akan merapatkan lagi ukhuwah dan tali persaudaraan sesama kita. |
 |