Selamat Datang ke Laman Web Institut Perguruan Tuanku Bainun Pulau Pinang. Semoga anda akan mendapat maklumat-maklumat terkini berkaitan dengan kursus-kursus yang ditawarkan serta aktiviti institut dari masa ke semasa.

 

KLIK Untuk Maklumat KONVOKESYEN ke 13 2007

 

Selamat Bersara - En. Ahmad Zaki Md Taha - by Admin Today at 9:39 am

Pada 12 Februari yang lalu satu Majlis Persaraan telah diadakan untuk meraikan hari akhir En. Ahmad Zaki Bin Md Taha bertugas sebagai penjawat awam. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Aminuddin Baki. Sebahagian besar pensyarah dan pelajar telah hadir dalam majlis tersebut. En. Ahmad Zaki merupakan antara pensyarah yang terawal berkhidmat di IPTB. Beliau merupakan pensyarah bahasa Inggeris dan berkelulusan TESCOL dari Watt University, Edinburg UK. Beliau telah memegang pelbagai tugas dan jawatan sepanjang bertugas sebagai pendidik. Tugasnya yang terakhir ialah sebagai Ketua Unit Khidmat Pengurusan. Sepanjang perkhidmatan, beliau adalah seorang pensyarah yang berdedikasi serta disenangi oleh rakan-rakan dan pelajar. Seluruh warga IPTB mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala sumbangan yang telah diberikan serta mendoakan keselamatan beliau agar dapat terus menabur bakti kepada agama bangsa dan negara.

En. Ahmad Zaki Md. Taha

Selamat Datang Pelajar Baru ambilan Januari 2008

Pada 14 Januari 2008 yang lalu seramai 340 orang pelajar baru telah ditawarkan untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di institut ini. Antara pengkhususan yang ditawarkan ialah Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Kajian Sosial, Kemahiran Hidup, Pendidikan Seni, Matematik, Bahasa Tamil, Bahas Inggeris, Pengajian Islam, Pendidikan Jasmani, Sains dan Pengajian Muzik. Tuan Pengarah di dalam alu-aluannya mengharapkan para pelajar yang telah terpilih mengikuti kursus di institut ini dapat menggunakan peluang dan kemudahan yang diberikan bagi mengembangkan potensi mereka sebagai insan guru. Gunakanlah masa dan peluang yang diberikan bagi melengkapkan diri untuk menjadi seorang guru yang dapat memenuhi keperluan negara dan kehendak zaman.

Sebahagian pelajar baru KPLI ambilan Januari 2008 sedang mendaftar. KLIK untuk melihat gambar-gambar lain

Kembali ke atas

Majlis Perpisahan dengan Pn. Hjh. Asmah Bt. Yahya

Satu majlis perpisahan dengan Pn. Hjh Asmah Bt Yahaya iaitu mantan pegarah IPTB ke-7 telah di adakan pada 9 Januari 2008 di Dewan Aminuddin Baki. Majlis tersebut telah diadakan bagi mengenang jasa-jasa beliau selama lebih kurang satu tahun dua bulan bertugas sebagai Pengarah IPTB. Beliau kini bertugas sebagai pengarah Institut Perguruan Raja Melewar Negeri sembilan. Semua warga IPG ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas dedikasi dan sumbangan beliau selama berada di IPTB. Selamat meneruskan tugas di tempat yang baru dan kami mendoakan semoga beliau terus sihat dan cemerlang di dalam kepimpinannya.

Pn. Hjh Asmah sempat bersalaman dengan para pensyarah dan pelajar IPTB sebelum meninggalkan Dewan Aminudin Baki. Untuk melihat gambar lain sila KLIK.

Kembali ke atas

Selamat Berpisah dan Selamat Datang

Sesi baru 2008 yang bermula pada 3 Januari 2008 ini, membawa satu perubahan kepimpinan bagi seluruh warga IPTB. Pn. Hjh Asmah Yahya yang merupakan Pengarah ke-7 IPTB telah bertukar sebagai Pengarah Institut Perguruan Raja Malewar Negeri Sembilan mulai 2 Januari yang lalu. Beliau adalah seorang pengarah yang berpengalaman dan seluruh warga IPTB mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas segala sumbangan dan jasa bakti yang telah diberikan sepanjang perkhidmatannya di sini. Kami mengharapkan beliau akan kembali semula untuk beberapa hari ke IPTB kerana belum diadakan lagi majlis perpisahan dengan warga IPTB.

Pn. Hjh. Asmah Bt. Yahya (Mantan Pengarah IPTB)

Pn. Hjh. Rohani Bt. Ismail (Pengarah baru IPTB)

Warga IPTB juga mengalu-alukan serta mengucapkan selamat datang kepada pengarah IPTB yang ke-8 iaiatu Pn. Hjh Rohani Ismail yang juga telah mendaftarkan diri di institut ini mulai 2 Januari yang lalu. Beliau juga adalah seorang pengarah yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan dan pentadbiran. Pernah bertugas di Jabatan Pelajaran Kedah, Pensyarah di IPDA, Ketua Unit LDP, BPG dan terakhir sebagai Timbalan Pengarah Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang. Di dalam ucapan sulungnya di institut ini, antara lain beliau mengharapkan agar segala aktiviti yang akan dilaksanakan di institut ini hendaklah selari dengan Budaya IPG dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Beliau juga telah menyarankan agar semua warga IPG memahami keperluan MQA dan MQF bagi menjamin kualiti ijazah yang akan diberikan kepada pelajar-pelajar lulusan IPG di masa akan datang mendapat pengiktirafan. Beliau juga berhasrat untuk membawa IPTB membina imej yang tersendiri disamping dapat melahirkan pelajar-pelajar kelas pertama. Di samping itu beliau juga amat menekankan budaya ICT dan juga budaya penyelidikan serta penulisan. Semoga cita-cita beliau akan tercapai dan mendapat kerjasama yang sepenuhnya daripada seluruh warga IPTB. Kembali ke atas

Apakah yang anda perlu tahu tentang MQA?

Di antara perkara penting yang perlu difahami oleh warga pendidik khususnya para pensyarah dan pelajar IPTB menjelang 2008 ini ialah apa yang disebut-sebut sebagai MQA. Mungkin sebelum ini kita sudah biasa dengan LAN (Lembaga Akreditasi Negara) iaitu sebuah entiti yang bertanggungjawab keatas jaminan kualiti pengajian tinggi negara terutama IPTS.

Namun begitu pada 21 Disember 2005, Kerajaan telah memutuskan untuk menggabungkan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi (BJK,KPT) menjadi sebuah entiti baru yang bertanggungjawab ke atas jaminan kualiti pengajian tinggi negara bagi sektor awam dan swasta. Entiti berkenaan yang dinamakan sebagai Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah ditubuhkan pada 1 November 2007 ekoran penguatkuasaan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 dan secara rasminya dilancarkan oleh YB Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi pada 2 November 2007.

Peranan utama MQA adalah untuk melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) sebagai landasan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi dan titik rujukan kriteria dan standard kelayakan kebangsaan. MQA berperanan sebagai badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi negara.

IPTB yang juga merupakan sebuan intitusi yang menawarkan kurusu di peringkat ijazah sarjana muda mesti memenuhi kreteria-kreteria yang telah ditetapkan oleh MQF untuk memastikan kursus-kursus dan ijazah yang dianugerahkan nanti diiktiraf bukan sahaja oleh JPA tetepi juga di peringkat antarabangsa. Untuk maklumat lanjut mengenai MQA sila layari laman web rasmi MQA. KLIK Ditulis oleh, Dr. Sajap Maswan Kembali ke atas

Selamat Tahun Baru 2008

Pada 17 Disember yang lalu telah diadakan mesyuarat Staf Akademik di Kulim Golf Resort. Sebahagian besar pensyarah lama dan baru telah menghadri mesyuarat tersebut bermula seawal 8.00 pagi. Pada perjumpaan tersebut antara lain Tuan Pengarah, Pn. Hjh Asmah Yahya telah memaklumkan pertukaran beberapa orang pensyarah IPTB yang akan bertukar ke IPG lain. Antaranya ialah, Pn. Hjh. Salmah dan En. Kasran yang akan bertukar ke IPG Ipoh. Pn. Zainab Bee dan En. Zulkifli akan bertukar ke IPG Sultan Abdul Halim. Sementara itu Pn. Murniza akan bertukar ke IPG Bahasa-Bahasa Antarabangsa. Tn. Pengarah juga telah memperkenalkan para pensyarah yang baru mendaftar untuk bertugas di IPTB. Antaranya ialah, Pn. Zairihan, Pn Khairiah, En. Khor, En. Shahanudin, Dr. Chuah, Pn. Amanisah dan lain-lain lagi. Pn. Pengarah juga telah memaklumkan tentang jadual anjal yang akan mula dilaksanakan pada sesi akan datang.

Sesi baru akan datang bermula pada hari Khamis 3 Januari 2008. Pelajar PPISMP tahun satu (sebelum ini telah tamat kursus PPPRET di IPTB) dan pelajar KPLI ambilan Januari seramai 380 akan mendaftar di IPTB pada 14 Januari 2008. Sementara itu, Timb. Pengarah, Tn. Hj. Daud Md. Saman telah membentangkan perancangan aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2008 yang akan datang. Beliau juga telah membentangkan struktur Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran serta Jawatankuasa-Jawatankuasa Aktiviti bagi tahun 2008. Antara perubahan yang agak ketara ialah Perlantikan Pn. Hjh Khartijah Bebe sebagai Ketua Jabatan Kajian Sosial. Sebelum ini beliau adalah Ketua Unit LDP dan tempat beliau telah diserahkan kepada En. Md. Razhi Hassan. Bidang Kemahiran Hidup telah dinaikkan menjadi Jabatan Kemahiran Hidup dengan Tn. Hj. Ismail Ahmad sebagai Ketua Jabatan.

Selepas mesyuarat tersebut telah diadakan jamuan perpisahan untuk meraikan dua orang pensyarah IPTB yang akan mula bersara pada sesi akan datang. Majlis ini juga adalah untuk memberi Anugerah Kualiti (Anugerah Q) peringkat IPTB bagi tahun 2007. Majlis ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Kelab Kebajikan Staf. Selamat bersara kepada Pn. Elsie Chin Li Yin, pensyarah Jabatan Sains yang terkenal dengan petikan pianonya di majlis-majlis rasmi IPTB. Beliau kelihatan masih cegas dan muda serta ramai yang tidak menyangka beliau akan bersara. Selamat bersara juga kepada Tn. Hj. Mohd. Fathil Abd. Majid, mantan Ketua Jabatan Kajian Sosial yang kelihatan sentiasa tenang ketika manjalankan tugas. Beliau adalah antara perintis yang mula-mula membuka MPTB pada sejarah awalnya dahulu. Pihak IPTB mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan mendoakan kedua-dua mereka terus sihat dan dapat terus menabur bakti kepada agama bangsa dan negara.

Pn. Elsie Chin Li Yin
Tn. Hj. Mohd. Fathil Abd. Majid

Tahniah kepada mereka yang telah berjaya menerima anugerah Q, pada tahun ini. Antaranya ialah En. Eow Boon Hin (Anugerah Pensyarah Terbaik), En. Nik Ibrahim Nik Mat (Anugerah Inovasi), J/K Praktikum, J/K R&D, J/K Kelab Kebajikan Staf, Pusat Sumber Za'ba, Jabatan Teknologi Pendidikan dan lain-lain lagi yang tak disebutkan di sini. Kembali ke atas

Mesyuarat Penanda Aras dan Penilaian Program 'Team Building' KDP 14M KPM-OUM ke Serawak.

Pada 30 November 2007 yang lepas kami para pensyarah dari pelbagai jabatan telah berpeluang menyertai lawatan muhibah serta penanda aras ke dua IPG di Serawak iaitu Institut Perguruan Serawak (IPS) di Miri dan Institut Perguruan Tun Abdul Razak (IPTAR) di Kota Samarahan, Kucing Serawak. Kami telah bertolak dari Lapangan Terbang Bayan Lepas jam 5.00 petang dan seterusnya bertolak dari KLIA ke Miri jam 8.45 malam. Sesampainya di Lapangan Terbang Miri lebih kurang jam 11.00 malam rombongan kami telah disambut oleh rakan-rakan pensyarah IPS. Kami telah di bawa dengan bas IPS untuk menginap di asrama Institut Perguruan Serawak. Keesokan harinya seawal jam 6.30 pagi rombongan kami telah di bawa melawat bandar Miri, untuk menikmati makanan tradisi Serawak. Pagi itu juga kami berpeluang mengunjungi tamu atau di sini disebut pasar. Di tamu kami sudah mula membeli oleh-oleh uantuk di bawa pulang nanti. Antaranya ialah beras borneo, buah salak dan udang halus yang terkenal di Serawak ini. Kami juga di bawa melawat Muzium Minyak yang mana perlombongan petrolium adalah merupakan industri utama di Miri. Kami dimaklumkan Miri adalah bandar kedua besar selepas Bandaraya Kucing. Rumah-rumah kediaman yang tersergam banyak kelihatan di sekitar Miri.

Lawatan & Dialog di Institut Perguruan Serawak

Lebih kurang jam 10.00 pagi rombongan kami telah dibawa untuk melawat persekitaran dan kemudahan-kemudahan yang terdapat di Institut Perguruan Serawak. kami juga telah bertukar-tukar maklumat dan cenderamata dalam sesi dialog. Antara kelaianan yang terdapat di sini ialah terdapat kursus-kursus yang melatih guru-guru yang akan di tempatkan di kawasan pendalaman. Oleh kerana negeri Serawak adalah luas, ada sebahagian pensyarah yang terpaksa keluar berhari-hari untuk membuat bimbingan dan penyeliaan ke atas guru pelatih yang sedang mengikuti latihan mengajar. Malah ada setengah sekolah untuk sampai di kawasan tersebut kos menyewa kenderaan sahaja mencecah lebih daripada RM 2,000.00. Kami juga telah dijamu dan dihadiahkan dengan pelbagai cenderamata oleh pihak IPS. Terima kasih banyak-banyak kepada rakan-rakan dan pihak pengurusan IPS yang telah bersusah payah menyambut kami.

Bergambar di hadapan salah sebuah sekolah di perkampungan air Bandar Seri Bangawan Brunei

Oleh kerana Miri adalah bersempadan dengan Brunei kami sangat teruja untuk melawat Bandar Seri Bangawan. Kami telah merancang untuk masuk ke Brunei dengan menaiki kereta yang dipandu oleh beberapa rakan pensyarah IPS yang juga sebagai pemandu pelancong kami. Kami semua telah menukar matawang Brunei. RM 100.00 lebih kurang bersamaan dengan Dollar Brunei 45.00. Perjalanan dari Miri ke Bandar Seri Bangawan melalui lebuh raya mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sepanjang perjalanan masih banyak kawasan hutan yang masih belum di terokai di kiri kanan lebuh raya yang kami lalui. Walaubagaimanapun saya berpendapat jika dibandingkan dengan Lebuhraya Utara Selatan di negara kita adalah lebih baik dari segi lanskap dan kualitinya.

Di Brunei sangat mengutamakan penggunaan Bahasa Melayu. Ini dapat dilihat melalui sepanduk-sepanduk yang menyarankan rakyatnya menggunakan Bahasa Melayu. Kebanyakkan papan tanda jalan dan papan tanda kawasan perniagan atau jabatan-jabatan kerajaan di tulis dengan tulisan jawi. Apabila menghadiri majlis-majlis seperti perkahwinan dan sebagainya mereka akan mengenakan baju kurung dan baju melayu serta bersamping.

Kami agak terkejut, kerana selama ini kami beranggapan bahawa bandar Seri Bangawan adalah satu bandaraya yang besar dan sibuk. Sesampainya kami di bandar tersebut kami beranggapan bahawa bandar Miri adalah jauh lebih sibuk dan besar jika dibandingkan dengan Bandar Seri Bangawan. Kami dimaklumkan bahawa tidak sampai setengah juta mendiami bandar ini. Bandar Seri Bangawan sangat tenang dan tidak terasa kesesakan jalanraya seperti bandaraya di negara lain. Masih ramai rakyatnya yang mendiami perkampungan air di tengah-tengah Bandar Seri Bengawan. Kami juga telah melawat beberapa tempat yang menarik di Brunei seperti masjid Omar Sifuddin, kampung air, pusat membelibelah dan muzium. Petang itu kami kembali semula ke Miri dan menginap di Hotel Mega Miri dengan seribu kenangan. Sepanjang jalan memasuki sempadan Malaysia kami lihat banyak kereta rakyat Brunei yang berduyun-duyun pulang dari membelibelah di Miri

.

Melihat kemudahan-kemudahan yang terdapat di IPTAR Kota Samarahan

Seawal 8.30 pagi 3 Disember 2007 kami meninggalkan Lapangan Terbang Miri menuju ke Lapangan Terbang Kucing. Perjalanan dari Miri ke Kucing mengambil masa lebih kurang sejam dengan kapal terbang. Di lapangan terbang rakan-rakan dari Institut Perguruan Tun Abdul Razak (IPTAR) telah menunggu dengan bas IPTAR dan membawa kami tinggal di asrama LDP. Seterusnya kami telah diraikan dengan membawa melawat persekitaran IPTAR yang mempunyai rekabentuk bangunan yang agak baru dan menampakkan cirir-ciri kesenian Islam. Setelah sesi dialog dan bertukar-tukar cenderahati kami telah diraikan dengan jamauan yang sungguh lazat bersama-sama rombongan dari Institut Perguruan Sultan Abdul Halim yang juga kebetulan membuat lawatan ke IPTAR. Inilah kali pertama saya menikmati kerabu obor-obor yang masam-masam manis itu.

Bandaraya Kucing adalah sebuah bandaraya yang besar dan sibuk. Pertama kali menjejakkan kaki di bandar Kucing anda akan begitu teruja untuk membeli pelbagai cenderamata/kraf, makanan dan sebagainya yang begitu banyak sekali. Kami telah meninggalkan Kucing pada jam 6.30 petang 4 Disember menuju ke KLIA dan seterusnya ke Pulau Pinang. Kami sampai di Lapangan Terbang Bayan Lepas lebih kurang jam 11.00 malam dengan membawa pelbagai pengalaman baru dan seribu kenangan terutama yang berkaitan dengan tugas kami sebagai tenaga pengajar di sebuah IPG yang kian mencabar. Akhirnya ribuan terima kasih kepada semua pihak terutama pihak pentadbir IPTB, IPS dan IPTAR serta rakan-rakan dari IP Serawak di atas segala kerjasama dan bantuan yang telah diberikan. Sila KLIK untuk melihat gambar-gambar lain. Ditulis oleh; Dr. Sajap Maswan Kembali ke atas

Selamat Kembali dari Menjalani Praktikum

Kepada semua pelajar KPLI dan PISMP OUM - IPTB selamat kembali dari menjalani praktikum di sekolah-sekolah di sekitar negeri Pulau Pinang, Perak, Kedah, Kelantan, Wilayah Persekutuan, Selangor dan Negeri Sembilan. Semoga segala pengalaman pahit manis sepanjang menjalani praktikum akan menambahkan keyakinan kita semua untuk terus menjadi guru yang lebih cemerlang pada masa akan datang. Bagi kumpulan KPLI-KDC latihan praktikum telah pun tamat pada 6 September 2007 sementara kumpulan KPLI-SR ambilan hanya akan berakhir pada 28 Sept 2007 Diharapkan semua guru pelatih telah memberikan komitmen yang tinggi serta menjaga hubungan yang baik dengan pihak sekolah masing-masing serta sentiasa menjaga nama baik institut. Kembali ke atas

 

Kursus Mentoring Untuk Guru Pembimbing Praktikum KPLI SR

Unit Praktikum IPTB sekali lagi telah berjaya menganjurkan kursus tersebut pada 15 hingga 16 Ogos 2007 di Dewan Kirkby. Seramai 43 orang guru pembimbing praktikum KPLI SR dan 10 orang pensyarah baru telah berpeluang mengikuti kursus tersebut.

Antara objektif kursus ini adalah untuk memperjelas peranan dan tanggungjawab guru pembimbing, membina kemahiran mentoring dan kemahiran pencerapan praktikum secara klinikal dalam kalangan peserta kursus.

Para fasilitator kursus adalah terdiri daripada En. Ismail b. Hj. Abdullah (KJ R & D), En. Abd Rashid b. Ismail (KU Praktikum), En. Shaari b. Husin (PKU Praktikum), Tn. Hj. Daud b. Md Saman (B), (Unit Praktikum) dan Pn. Jong Cherng Meei (Jabatan Matematik). Terima kasih diucapkan kepada barisan fasilitator atas sumbangan kepakaran yang telah diberikan.

Dalam sesi penilaian kursus, maklum balas yang positif dan menggalakkan telah diberikan oleh para peserta. Mereka juga telah mencadangkan agar kursus mentoring diadakan lebih awal lagi, iaitu sebelum penempatan praktikum guru pelatih di sekolah. - KU Praktikum

Laman web KRS IPTB

Dapatkan pelbagai maklumat khususnya berkaitan dengan aktiviti Kadet Remaja Sekolah di laman web ini. Anda juga boleh mendapatkan pelbagai sumber rujukan seperti kurikulum, uniform, panduan kawat, pangkat-pangkat dalam KRS dan sebagainya melalui laman ini.Sila KLIK

Tahniah dan Syabas

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para pensyarah IPTB yang telah menerima Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) masing-masing sempena Majlis Konvokesyen Universiti Sains Malaysia pada 15 Ogos yang lalu. Mereka ialah, Dr. Hj. Ishak B. Saat dari Jabatan Kajian Sosial, Dr.Kim Teng Siang dari Jabatan R&D, Dr. Siti Rohani Bt. Mohd. Zain dari Jabatan Bahasa dan Dr.Siti Zabidah Bt. Mohamed dari Jabatan Ilmu Pendidikan. Tahniah juga kepada para pensyarah yang telah menyelesaikan Ph.D masing-masing dan sedang menunggu hari konvokesyen masing-masing.

Dr. Hj. Ishak B. Saat

 

Dr.Kim Teng Siang

 

Dr.Siti Zabidah Bt. Mohamed

Dr.Siti Rohani Bt. Mohd. Zain

Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat IPTB 2007

Pada 17 Ogos yang lepas, satu majlis pelancaran bulan kemerdekaan peringkat IPTB telah di adakan di Dewan Aminudin Baki. Antara acara yang telah dijalankan ialah bacaan doa, nyanyian lagu-lagu patriotik, persembahan dikir barat, bacaan sajak dan menanam bunga raya. Tn. Hj. Mohd. Fathil Bin Abdul Majid, selaku Pengarah Projek Sambutan Bulan Kemerdekaan IPTB 2007 di dalam ucapannya menyatakan bahawa pelbagai aktiviti seperti mengibarkan bendera kebangsaan, pertandingan pidato, sajak, pameran, bacaan tahlil dan sebagainya akan dijalankan sepanjang sebulan sambutan ini dijalankan Sementara itu Pengarah IPTB Pn. Hjh. Asmah Bt. Yahya di dalam ucapannya mengingatkan semua warga IPTB agar menjaga perpaduan kaum serta mengisi kemerdekaan dengan perkara-perkara yang lebih berfaedah dan bukan menyambutnya dengan hiburan semata-mata.

Pengarah IPTB sedang menarik reben perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan 2007 pringkat IPTB

Kakitangan IPTB yang dilahirkan pada tahun kemerdekaan sedang memotong kek

Perdana Menteri Melawat IPTB

Pada 4 Ogos 2007 yang lalu ribuan orang ramai dari segenap lapisan masyarakat telah membanjiri padang Astaka IPTB kerana menyambut kehadiran Y.A.B Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi perdana menteri Malaysia. Pada hari itu telah diadakan perhimpunan mesra rakyat sempena sambutan 50 tahun kemerdekaan negara. Di antara aktiviti lain yang turut dijalankan sempena perhimpunan tersebut ialah pameran berkaitan dengan pendidikan. IPTB juga tidak ketinggalan menyertai pameran tersebut dan telah mendapat kunjungan yang sangat menggalakkan terutama di kalangan pelajar-pelajar sekolah.

Pn. Hjh. Asmah (Pengarah IPTB) sedang menyampaikan cenderahati kepada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia

Antara orang ramai yang mengunjungi bilik pameran IPTB sempena Majlis Mesra Rakyat bersama Y.A.B Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi

Selamat Datang Pelajar Baru

Pada 16 Julai yang lepas seramai 190 orang pelajar baru telah mendaftarkan diri untuk mengikuti pelbagai kursus di institut ini. Seramai 36 orang pelajar akan mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) sekolah rendah dalam bidang Pengajian Melayu dan Kajian Sosial. Manakala selebihnya akan mengikuti Kursus Persediaan Program Perguruan Rendah Empat Tahun (PPPRET) dalam bidang-bidang seperti Pengajian Melayu, Bahasa Cina, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Agama Islam dan sebagainya.

Sebahagian pelajar baru sedang mendaftar

Jom Makan Durian

Sempena musim durian tahun ini, Jabatan Agama Islam dan Moral telah menganjurkan "Jom Makan Durian" di tempat parking kereta Astaka IPTB. Pada hari tersebut semua pensyarah, kakitangan, pekerja serta pelajar telah berpeluang untuk makan durian dengan sepuas-puasnya. Sehingga jam 2.00 petang durian masih belum dapat dihabiskan dan sebahagiannya terpaksa di bawa pulang dan di hantar ke surau untuk dihabiskan oleh pelajar-pelajar yang tinggal di asrama. Semoga dengan program seperti ini ianya akan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara kita..Terima kasih JAPIM.

Jom makan durian....

Selamat Menjalani Praktikum

Kepada semua pelajar KPLI IPTB selamat menjalani praktikum di sekolah-sekolah di sekitar negeri Pulau Pinang, Perak, Kedah, Kelantan, Wilayah Persekutuan, Selangor dan Negeri Sembilan. Para guru pelatih diminta untuk menghubungi pensyarah penyelia masing-masing seperti yang tertera pada laman web ini di ruangan Berita Praktikum. Terdapat dua kumpulan pelajar KPLI yang sedang menjalani praktikum iaitu KPLI-KDC mulai 10 Jun hingga 6 Sept 2007dan KPLI-SR mulai 2 Julai hingga 28 September 2007.

Diharapkan semua guru pelatih sentiasa memberikan komitmen yang tinggi serta menjaga hubungan yang baik dengan pihak sekolah masing-masing serta sentiasa menjaga nama baik institut.

Majlis Hari Guru Peringkat IPTB

Sambutan Hari Guru Peringkat Institut telah diadakan pada 18 Mei 2007 bertempat di Dewan Aminuddin Baki. Majlis bermula seawal jam 8.00 pagi di mana semua pensyarah telah di arak dengan paluan kompang dan bunga manggar oleh guru-guru pelatih dari Pejabat Pentadbiran sehingga di perkarangan Dewan Aminuddin Baki. Di perkarangan dewan tersebut para pensyarah telah disambut dengan persembahan silat gayung dan pemberian cenderamata oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.

Majlis pada hari itu telah dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan dan negeri serta bacaan doa. Majlis diteruskan dengan bacaan perutusan Hari Guru daripada Pengarah IPG, KPPM dan Menteri Pelajaran Malaysia. Hadirin seterusnya dihidangkan dengan pelbagai persembahan seperti koir, dikir barat, tarian dan sajak oleh guru-guru pelatih dan pensyarah. Pada sambutan Hari Guru tahun ini para pensyarah telah dikejutkan dengan 'Penyampaian Anugerah untuk Pensyarah' yang pertama kali diadakan. Pemilihan tersebut adalah berdasarkan penilaian yang telah dibuat oleh guru-guru pelatih. Di antara pensyarah yang telah menerima anugerah pada hari tersebut ialah, En. Rosdi, Pn. Noor Miza, Pn. Siti Zabedah, En. Lau, Pn. Asmahan, En. Eow, Pn. Elsie dan Ust. Nazmi. Tahniah dan syabas kepada semua yang terpilih. Majlis diakhiri dengan acara memotong Kek Hari Guru dan penyampaian Kad Hari Guru. Setinggi-tinggi tahniah kepada Jawatankuasa Sambutat Hari Guru pada tahun ini kerana telah berjaya menganjurkan majlis tersebut dengan jaya dan penuh bermakna. Terima kasih juga kepada semua guru pelatih yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis tersebut walaupun ketika ini mereka sedang bertungkus lumus untuk menghadapi peperiksaan samester. Semoga semuanya akan mencapai keputusan yang cemerlang di dalam peperiksan itu nanti.

Sebahagian pensyarah dan guru pelatih sedang menyaksikan persembahan Hari Guru peringkat IPTB 2007

Timbalan Pengarah, Ketu-Ketua Jabatan serta JPP sedang memotong Kek Hari Guru

Sila lawati Galeri Sambutan Hari Guru 2007

Majlis Konvokesyen Ke 13 Meriah

Majlis Konvokesyen ke-13 IPTB telah berlangsung pada 10 Mei 2007 dan telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abas Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Majlis bermula sawal jam 7.45 pagi dengan ketibaan para jemputan dan para graduan. Majlis konvokesyen kali ini telah berlangsung sehingga jam 12.00 tengahari. Seluruh warga IPTB ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para jemputan dan tetamu yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis konvbokesyen tersebut.

Seluruh warga IPTB juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua graduan yang telah berjaya memperolehi Diploma dan Sijil Perguruan Malaysia masing-masing. Pada tahun ini seramai 284 graduan telah lulus di dalam Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM), 157 graduan telah lulus di dalam Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan 42 graduan telah lulus Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK).

Sebahagian graduan sedang beratur menuju Dewan Aminuddin Baki

Perarakan masuk T.Y.T Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang

Salah seorang graduan sedang menerima Diploma Perguruan Malaysia daripada T.Y.T Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang

Gambar-Gambar lain sila klik Galeri Konvokesyen

Selamat Berkonvokesyen

Seluruh warga IPTB mengalu-alukan kehadiran semua para graduan dan para tetamu yang akan menghadiri Majlis Konvokesyen kali ke 13 pada 10 Mei 2007 tahun ini. Para graduan diminta mendaftarkan diri pada 9 Mei 2007 (Rabu) mulai jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari bertempat di Dewan Tun Hamdan. Jubah boleh diambil pada 9 Mei 2007 di Bilik Urus Setia MS ISO, Aras 1, Blok A mulai jam 10.30 pagi hingga 1.30 tengah hari. Para graduan diwajibkan menghadiri sesi raptai pada 9 Mei 2007 (Rabu) di Dewan Aminuddin Baki mulai jam 2.15 petang. Seterusnya para graduan akan diraikan pada satu Majilis Jamuan Makan Malam di Hotel Sunway pada sebelah malamnya (9 Mei 2007). Selamat Berkonvokesyen...

Persiapan terakhir raptai konvo di Dewan Aminuddin Baki

Jurutera bahagian "sounds sistem" sedang bertungkus lumus bagi memastikan majlis konvo akan berjalan lancar

Kumpulan Gemalan IPTB yang akan mengiringi majlis konvo esok sedang mendengar taklimat daripada sifu.

Perdana Menteri Melawat IPTB

Pada 4 Ogos 2007 yang lalu ribuan orang ramai dari segenap lapisan masyarakat telah membanjiri padang Astaka IPTB kerana menyambut kehadiran Y.A.B Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi perdana menteri Malaysia. Pada hari itu telah diadakan perhimpunan mesra rakyat sempena sambutan 50 tahun kemerdekaan negara. Di antara aktiviti lain yang turut dijalankan sempena perhimpunan tersebut ialah pameran berkaitan dengan pendidikan. IPTB juga tidak ketinggalan menyertai pameran tersebut dan telah mendapat kunjungan yang sangat menggalakkan terutama di kalangan pelajar-pelajar sekolah.

Antara orang ramai yang mengunjungi bilik pameran IPTB sempena Majlis Mesra Rakyat bersama Y.A.B Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi

Selamat Datang Pelajar Baru

Pada 16 Julai yang lepas seramai 190 orang pelajar baru telah mendaftarkan diri untuk mengikuti pelbagai kursus di institut ini. Seramai 36 orang pelajar akan mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) sekolah rendah dalam bidang Pengajian Melayu dan Kajian Sosial. Manakala selebihnya akan mengikuti Kursus Persediaan Program Perguruan Rendah Empat Tahun (PPPRET) dalam bidang-bidang seperti Pengajian Melayu, Bahasa Cina, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Agama Islam dan sebagainya.

Sebahagian pelajar baru sedang mendaftar

Jom Makan Durian

Sempena musim durian tahun ini, Jabatan Agama Islam dan Moral telah menganjurkan "Jom Makan Durian" di tempat parking kereta Astaka IPTB. Pada hari tersebut semua pensyarah, kakitangan, pekerja serta pelajar telah berpeluang untuk makan durian dengan sepuas-puasnya. Sehingga jam 2.00 petang durian masih belum dapat dihabiskan dan sebahagiannya terpaksa di bawa pulang dan di hantar ke surau untuk dihabiskan oleh pelajar-pelajar yang tinggal di asrama. Semoga dengan program seperti ini ianya akan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara kita..Terima kasih JAPIM.

Jom makan durian....

Selamat Menjalani Praktikum

Kepada semua pelajar KPLI IPTB selamat menjalani praktikum di sekolah-sekolah di sekitar negeri Pulau Pinang, Perak, Kedah, Kelantan, Wilayah Persekutuan, Selangor dan Negeri Sembilan. Para guru pelatih diminta untuk menghubungi pensyarah penyelia masing-masing seperti yang tertera pada laman web ini di ruangan Berita Praktikum. Terdapat dua kumpulan pelajar KPLI yang sedang menjalani praktikum iaitu KPLI-KDC mulai 10 Jun hingga 6 Sept 2007dan KPLI-SR mulai 2 Julai hingga 28 September 2007.

Diharapkan semua guru pelatih sentiasa memberikan komitmen yang tinggi serta menjaga hubungan yang baik dengan pihak sekolah masing-masing serta sentiasa menjaga nama baik institut.

Majlis Hari Guru Peringkat IPTB

Sambutan Hari Guru Peringkat Institut telah diadakan pada 18 Mei 2007 bertempat di Dewan Aminuddin Baki. Majlis bermula seawal jam 8.00 pagi di mana semua pensyarah telah di arak dengan paluan kompang dan bunga manggar oleh guru-guru pelatih dari Pejabat Pentadbiran sehingga di perkarangan Dewan Aminuddin Baki. Di perkarangan dewan tersebut para pensyarah telah disambut dengan persembahan silat gayung dan pemberian cenderamata oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.

Majlis pada hari itu telah dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan dan negeri serta bacaan doa. Majlis diteruskan dengan bacaan perutusan Hari Guru daripada Pengarah IPG, KPPM dan Menteri Pelajaran Malaysia. Hadirin seterusnya dihidangkan dengan pelbagai persembahan seperti koir, dikir barat, tarian dan sajak oleh guru-guru pelatih dan pensyarah. Pada sambutan Hari Guru tahun ini para pensyarah telah dikejutkan dengan 'Penyampaian Anugerah untuk Pensyarah' yang pertama kali diadakan. Pemilihan tersebut adalah berdasarkan penilaian yang telah dibuat oleh guru-guru pelatih. Di antara pensyarah yang telah menerima anugerah pada hari tersebut ialah, En. Rosdi, Pn. Noor Miza, Pn. Siti Zabedah, En. Lau, Pn. Asmahan, En. Eow, Pn. Elsie dan Ust. Nazmi. Tahniah dan syabas kepada semua yang terpilih. Majlis diakhiri dengan acara memotong Kek Hari Guru dan penyampaian Kad Hari Guru. Setinggi-tinggi tahniah kepada Jawatankuasa Sambutat Hari Guru pada tahun ini kerana telah berjaya menganjurkan majlis tersebut dengan jaya dan penuh bermakna. Terima kasih juga kepada semua guru pelatih yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis tersebut walaupun ketika ini mereka sedang bertungkus lumus untuk menghadapi peperiksaan samester. Semoga semuanya akan mencapai keputusan yang cemerlang di dalam peperiksan itu nanti.

Sebahagian pensyarah dan guru pelatih sedang menyaksikan persembahan Hari Guru peringkat IPTB 2007

Timbalan Pengarah, Ketu-Ketua Jabatan serta JPP sedang memotong Kek Hari Guru

Sila lawati Galeri Sambutan Hari Guru 2007

Majlis Konvokesyen Ke 13 Meriah

Majlis Konvokesyen ke-13 IPTB telah berlangsung pada 10 Mei 2007 dan telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abas Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Majlis bermula sawal jam 7.45 pagi dengan ketibaan para jemputan dan para graduan. Majlis konvokesyen kali ini telah berlangsung sehingga jam 12.00 tengahari. Seluruh warga IPTB ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para jemputan dan tetamu yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis konvbokesyen tersebut.

Seluruh warga IPTB juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua graduan yang telah berjaya memperolehi Diploma dan Sijil Perguruan Malaysia masing-masing. Pada tahun ini seramai 284 graduan telah lulus di dalam Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM), 157 graduan telah lulus di dalam Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan 42 graduan telah lulus Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK).

Sebahagian graduan sedang beratur menuju Dewan Aminuddin Baki

Perarakan masuk T.Y.T Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang

Salah seorang graduan sedang menerima Diploma Perguruan Malaysia daripada T.Y.T Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang

Gambar-Gambar lain sila klik Galeri Konvokesyen

Selamat Berkonvokesyen

Seluruh warga IPTB mengalu-alukan kehadiran semua para graduan dan para tetamu yang akan menghadiri Majlis Konvokesyen kali ke 13 pada 10 Mei 2007 tahun ini. Para graduan diminta mendaftarkan diri pada 9 Mei 2007 (Rabu) mulai jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari bertempat di Dewan Tun Hamdan. Jubah boleh diambil pada 9 Mei 2007 di Bilik Urus Setia MS ISO, Aras 1, Blok A mulai jam 10.30 pagi hingga 1.30 tengah hari. Para graduan diwajibkan menghadiri sesi raptai pada 9 Mei 2007 (Rabu) di Dewan Aminuddin Baki mulai jam 2.15 petang. Seterusnya para graduan akan diraikan pada satu Majilis Jamuan Makan Malam di Hotel Sunway pada sebelah malamnya (9 Mei 2007). Selamat Berkonvokesyen...

Persiapan terakhir raptai konvo di Dewan Aminuddin Baki

Jurutera bahagian "sounds sistem" sedang bertungkus lumus bagi memastikan majlis konvo akan berjalan lancar

Kumpulan Gemalan IPTB yang akan mengiringi majlis konvo esok sedang mendengar taklimat daripada sifu...

Selamat Bertugas Di Tempat yang Baru

Saya baru mendapat berita mengenai beberapa orang pensyarah IPTB yang akan bertukar ke tempat yang baru mulai bulan Mei 2007 ini. Mereka ialah En. Norazman Abdul Wahab dari Jabatan Teknologi Maklumat, En. Khalid Jonit dari Jabatan Pendidikan dan En. Mohd Razali Jaafar dari Jabatan Kajian Sosial. En. Norazman akan bertukar ke Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka. Beliau adalah antara orang kuat di dalam mengendalikan internet serta ICT di institut ini. Beliau juga adalah antara orang yang bertanggungjawab di dalam mengendalikan laman web ini terutama sebagai moderator yang sentiasa 'cool' di dalam ruangan forum yang banyak mendapat sambutan di kalangan pelajar IPTB. Pemergiannya amat dirasai di kalangan rakan-rakan terutama di Jabatan TM dan selpas ini tentunya agak sukar untuk mencari pengganti yang sehebat beliau. En. Khalid akan bertukar ke Bahagian Pendidikan Guru di Putra Jaya, sementara En. Mohd. Razali akan bertukar ke Institut Perguruan Ipoh. Kepada mereka semua, selamat bertugas di tempat yang baru semoga lebih berjaya dan sentiasa mendapat perlindungan Allah SWT.

En. Norazman Abdul Wahab

En. Khalid Jonit

En. Mohd. Razali

Kejohanan Olahraga Tahunan IPTB Ke-11 2007 Meriah

Tahniah kepada semua yang terlibat khususnya pihak pentadbiran IPTB, SU Sukan, para pensyarah Jabatan PJK, pelajar KPLI dan semua sekali yang telah menjayakan KOT kali ini kerana telah berjalan dengan lancar dan meriah. Sekali lagi tahniah dan syabas!. Jawatankuasa kejohanan juga telah menjemput penyertaan luar seperti IPG-IPG berhampiran, sekolah dan tadika untuk memeriahkan lagi KOT kali ini. Seperti yang dijangkakan pasukan BESTARI telah mengungguli kejohanan kali ini dengan kutipan mata sebanyak 490 meninggalkan pasukan CEMERLANG di tempat ke dua dengan 298 mata, DINAMIK 290 mata dan AMANAN 286 mata. Olahragawan kali ini ialah Saudara Mohd Farihan Md Said. Sementara olahragawati pula ialah Saudari Krisna Veni. Kedua-duanya dari pasukan BESTARI. Walau bagaimanapun tahniah juga buat pasukan CEMERLANG kerana mengungguli dalam acara perbarisan menewaskan pasukan BESTARI di tempat ke dua. Tahniah! KRS kerana tahun ini melonjak ke tempat pertama acara perbarisan pasukan unit berunifom setelah hanya menduduki tempat ke dua dalam kejohanan yang lalu. Hidup Shahjahan!!!!

Tahniah! Sebahagian ahli pasukan Bestari yang menjuarai KOT ke-11 2007

Sebahagian pasukan KRS yang telah menjuarai perbarisan pasukan berunifom IPTB

Kembali Ke Rahmatullah

Pagi tadi saya baru menerima panggilan daripada En. Azman yang memberitahau seorang kakitangan IPTB En. Mohd Sofi Bin Ismail telah kembali ke Rahmatullah kerana serangan sakit jantung. Saya agak terkejut dan bila saya buka website IPTB, Pn Noridah sudah post berita tersebut dalam ruangan forum berkaitan pemergian beliau. Benarlah berita tersebut. Allahyarham Mohd Sofi telah meninggalkan kita semua pada hari ini 13 Februari 2007. Saya masih terbayang-bayang kerana baru beberapa hari lepas berbual-bual dengan beliau dan tidak menampakkan tanda-tanda menghadapi masalah kesihatan. Sama-samalah kita berdoa semoga rohnya dirahmati serta mendapat keampunan Allah SWT.

Dalam kenangan... Allahyarham Mohd Sofi Bin Ismail

Sambutan Maal Hijrah Peringkat IPTB

Sambutan tersebut telah di adakan pada 12 Februari 2007 bersamaan dengan 24 Muharam 1428 H di Surau al Ghazali IPTB. Ceramah Perdana telah disampaikan oleh seorang tokoh yang tidak asing lagi di Pulau Pinang ini iaitu Dr. Danial Zainal Abidin selepas solat maghrib. Sempena sambutan tersebut para pelajar, para pensyarah dan kakitangan IPTB telah pun bergotong royong memasak bubur Asura dan Gulai Batang Pisang. Terima kasih Tok Mat...sebagai ketua tukang masak... sungguh sedap jamuan yang disediakan pada malam itu. Lain kali boleh buat lagi kerana selain majlis ilmu dan jamuan aktiviti seperti ini boleh mengeratkan lagi tali silaturrahim sesama kita Insya'Allah.

Sebahagian pelajar muslimat sedang membuat persiapan untuk memasak gulai

Sebahagian pelajar lelaki sedang bertungkus lumus menyediakan bubur Asura

Selamat Datang Pelajar Baru Ambilan Januari 2007

Seramai 602 daripada 671 orang calon yang telah ditawarkan tempat untuk mengikut berbagai kurus perguruan telah pun selamat mendaftar sebagai pelajar baru IPTB pada 15 Januari 2007 yang lalu. Sebahagian kecil calon masih belum mendaftar kerana disebabkan oleh terputus hubungan akibat banjir yang telah melanda beberapa buah negeri pada masa ini dan juga masalah teknikal yang lain. Antara kursus-kursus yang akan diikuti oleh pelajar-pelajar baru di institutut ini ialah Program Perguruan Sekolah Rendah 4 Tahun, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), KDPM KDC dan Kursus KDP OUM 14 minggu. Semua pelajar baru telah diingatkan oleh Tuan pengarah IPTB di dalam Majlis Perasmian Minggu Pengurusan Pelajar Baru supaya memberikan komitmen di dalam pengajian mereka sepanjang berada di institut ini. Ini adalah kerana mereka adalah di kalangan kira-kira 8000 orang pelajar baru yang bernasib baik diterima untuk mengikuti kursus di institut-institut perguruan daripada lebih 60,000 orang calon yang telah menghantar permohonan mereka untuk pengambilan kali ini.

Sebahagian pelajar baru IPTB sedang membuat pendaftaran di Dewan Aminudin Baki pada 15 Januari 2007 yang lalu

Selamat Kembali ke IPTB

Para pelajar IPTB akan kembali semula ke kampus dan memulakan pengajian di semester baru mulai 3 Januari 2006. Bagi pelajar-pelajar yang baru menamatkan kursus selamat memulakan tugas sebagai pendidik di tempat yang bar

Selamat Menduduki Peperiksaan

Sekarang ini adalah minggu peperiksaan bagi semua kursus perguruan di IPTB. Semoga semuanya telah pun membuat persiapan yang rapi dan berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan masing-masing. Peperiksaan akan berakhir pada 16 November 2006 sebelum para pelajar bercuti panjang akhir samester.

Selamat Bersara

Tiga orang pensyarah IPTB yang sangat berpengalaman telah pun bersara pada penghujung tahun ini. Mereka ialah Tn. Hj. Abdul Rahman Bin Abdullah (Ketua Jabatan HEP), En. Ahmad Bin Salleh ( Pen. Ketua Jabatan Bahasa Melayu) dan En. En. Chin Fuan Hong (Ketua Jabatan Bahasa). Mereka telah pun diraikan di hari persaraan masing-masing di Dewan Aminuddin Baki oleh seluruh warga IPTB. Satu majlis jamuan khas juga telah diadakan khusus bersama staf IPTB di Pusat Info pada 6 November yang baru lalu. Semua warga IPTB mengucapkan selamat bersara dan mendoakan kesejahteraan mereka semua agar dapat meneruskan usaha menabur bakti khususnya dalam bidang pendidikan kepada agama bangsa dan negara. Terima kasih dan Tahniah! diatas kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang kerjaya mereka sebagai pendidik. Tahniah kepada En. Chin yang telah berjaya menyiapkan disertatasi Doktor Pendidikannya di hari-hari terakhir persaraan beliau.

Tn. Hj. Abdul Rahman Bin Abdullah (Ketua Jabatan HEP),

En. Ahmad Bin Salleh ( Pen. Ketua Jabatan Bahasa Melayu)

En. Chin Fuan Hong (Ketua Jabatan Bahasa)

Selamat Datang Tuan Pengarah yang Baru

Warga IPTB mengalu-alukan kedatangan Tuan Pengarah yang baru Puan Hajah Asmah Bt Yahya pada 5 Oktober yang lepas. Beliau telah sampai ke pekarangan IPTB lebih kurang jam 11.50 pagi dan disambut oleh staf akdemik dan bukan akademik. Selepas bersalaman beliau terus menekan kad perakam waktu. Seterusnya beliau telah melawat jabatan-jabatan serta persekitaran IPTB dan mengadakan perjumpaan dengan M3P.

Pengarah IPTB yang baru Puan Hajah Asmah Bt. Yahya berbaju merah sedang mendaftar masuk kali pertama di mesin "Finger Flex"

Lawatan Tuan Pengarah BPG ke IPTB Pulau Pinang

Pada 2 Oktober 2006 Tuan Pengarah BPG Tn. Hj. Wan Mustama Bin abdul Hayat dan rombongannya telah melawat sekitar IPTB dan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan staf serta pelajar IPTB. Pihak IPTB mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada beliau kerana dapat meluangkan masa melawat kampus ini.`

Tuan Pengarah BPG sedang berbual dengan kakitangan IPTB . Galeri

Hari Kuiliti dan Majlis Perpisahan dengan Tn. Hj. Adenan Deraman

Majlis tersebut telah diadakan di Kulim Golf Resort pada 22 September 2006 yang lalu. Majlis anjuran Kelab Kebajikan Staf IPTB tersebut adalah sebagai meraikan perpisahan dengan mantan Pengarah IPTB Tn. Hj. Adenan Deraman yang telah dinaikkan pangkat ke Kementerian Pelajaran Malaysia Putera Jaya sebagai Timbalan Pengarah Bahagian BPG.Sempena Sambutan Hari Q ini juga sebahagian pensyarah dan kakitangan IPTB telah menerima berbagai anugerah di atas perkhidmatan cemerlang mereka. Majlis tersebut telah berjalan dengan lancar dan meriah. Tahniah kepada pihak penganjur yang telah berjaya mengadakan majlis tersebut.

Antara pensyarah IPTB yang telah menerima anugerah Hari Q pada majlis tersebut.Gambar lain sila lawati, . Galeri

Anugerah Inovasi 2006

Tahniah kepada IPTB khususnys En. Nik Ibrahim Nik Mat dari Jabatan Teknologi Maklumat kerana telah mendapat tempat ke dua di dalam Anugerah Inovasi Peringkat Kebangsaan 2006 anjuran Bahagian Sumber Manusia Kementerian pelajaran Malaysia. Beliau telah mendapat hadiah wang tunai sejumlah RM 3,000.00 di atas projek "Sever On-CD".

En. Nik Ibrahim Nik Mat sedang menjelaskan sesuatu kepada orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang "Projek Sever On-CD"

Kursus Online Learning

Unit LDP telah berjaya menganjurkan Kursus Online Learning di Hotel Seri Malaysia Alor Star pada 20 hingga 22 September. Para peserta yang terlibat di dalam kursus ini adalah terdiri daripada kalangan para pensyarah dari IPTB.

Sebahagian peserta Kursus Online Learning - Galeri

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan dan Perpisahan Pengarah IPTB

Majlis penutupan Bulan Kemerdekaan dan Perpisahan dengan Pengarah Tn. Hj. Adenan Deraman telah di adakan di Dewan Aminudin Baki IPTB pada 15 September 2006. Di dalam majlis penutupan tersebut telah diadakan berbagai aktiviti seperti, ucapan kemerdekaan, persembahan pelajar serta penyampaian hadiah-hadiah pertandingan sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan. Seluruh warga IPTB ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih diatas segala sumbangan yang telah diberikan oleh Tn. Hj.Adenan sepanjang menerajui barisan kepimpinan IPTB. Walaupun dalam waktu yang singkat beliau telah berjaya melaksanakan pelbagai pembaharuan samada dari segi pembangunan kemudahan fizikal ataupun pembangunan modal insan. Kami juga mengucapkan setinggi tahniah kepada beliau di atas kenaikan pangkat sebagai Timbalan Pengarah BPG yang baru. Semoga beliau akan terus berjaya di dalam tugas yang diamanahkan demi agama, bangsa dan negara.

Tn. Pengarah, Timbalan Pengarah serta Penyelaras Program Sambutan Bulan Kemerdekaan sedang menyaksikan pelbagai persembahan di Dewan Aminudin Baki . Galeri

Program Wacana Ilmu 2006

Program ini adalah bertujuan untuk mencetuskan budaya ilmu di kalangan warga IPTB dan pendidikan umumnya. Program ini merangkumi tiga program dalam satu (3-in-1) iaitu;
  • Seminar Penyelidikan Kali ke 3.
  • Perasmian Pusat infomasi Dato' Dr. Hj. Ahmad Bin Sipon dan
  • Pelancaran buku 'Jejak Pendidik' dan buku-buku hasil penulisan pensyarah IPTB.

Program ini melibatkan seluruh warga IPTB, para pensyarah IPTA, IPG serta guru-guru di sekitar Pulau Pinang, Kedah Selatan dan Perak Utara. Galeri

Pelancaran buku 'Jejak Pendidik' dan buku-buku hasil penulisan pensyarah IPTB oleh Dato' Dr. Hj. Ahamad Bin Sipon

 


Sekiranya anda ada pandangan atau cadangan

Sila Hubungi Webmaster;

Jabatan Teknologi Maklumat IPTB