
Majlis
Penutupan Bulan Pembestarian Sekolah
Majlis
Penutupan Bulan Pembestarian Sekolah peringkat IPTB telah dilaksanakan
dengan jayanya pada 25 April yang lalu. Antara jemputan yang hadir
ialah, Timbalan Pengarah BTP, Pengarah-pengarah IPG, pegawai-pegawai
pelajaran daerah serta semua warga IPTB. Setinggi-tinggi tahniah
diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan
majlis tersebut. Sebelum itu di sebelah pagi telah diadakan Majlis
Perasmian Pusat Komputert Al-Khawarizmi oleh Pengarah IPTB iaitu
Pn. Hjh. Rohani Binti Ismail. Pada jam 10.00 pagi telah diadakan
Majlis Penutupan Bulan Pembestarian Sekolah peringkat IPTB oleh
Yang Berbahagia Dr. Faridah Binti Mohamed, Timbalan Pengarah Pembangunan
Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. Antara aktiviti
yang telah dijalankan di dalam majlis tersebut ialah persembahan
video aktiviti sepanjang bulan pembestarian sekolah, persembahan
koir, serta penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan
merekabentuk blog dan laman web pendidikan serta pertandingan
menulis esei pembestarian sekolah. Dalam masa yang sama juga telah
di adakan pameran bahan-bahan pengajaran yang telah dihasilkan
oleh para pelajar IPTB. Pameran tersebut akan berlangsung sehingga
29 April akan datang.

Pn.
Hjh. Rohani sedang memotong riben di Bilik Sever baru IPTB. Gambar
lain sila KLIK

Majlis
Penutupan Bulan Pembestarian Sekolah Peringkat IPTB. Gambar
lain KLIK

Sebahagian
pelajar yang sedang mengunjungi Pameran Bahan P&P. Gambar
lain KLIK
Kembali
ke atas

Selamat
Bertugas Ke Tempat Baru
Selamat
bertugas ke tempat yang baru diucapkan kepada Dr. Hj. Ishak Bin
Saat dari Jabatan Kajian Sosial IPTB. Beliau akan memulakan tugas
sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Luar Kampus Universiti Sains
Malaysia Pulau Pinang mulai 1 Mei 2008. Kami rakan-rakan semua
ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas segala komitmen
yang telah diberikan untuk memajukan IPTB yang kita sayangi ini.
Beliau juga telah menghubungi pengendali laman ini untuk mengucapkan
ribuan teriama kasih khususnyan kepada para pentadbir, pensyarah
dan para pelajar serta memohan ampun dan maaf di atas apa jua
kesilapan dan kesalahan yang mungkin beliau lakukan. Terima kasih.

Dr.
Hj. Ishak Saat
Kembali
ke atas

Pra
Sekolah Institut Perguruan Tuanku Bainun
Sebagai
warga IPTB adakah anda pernah menjenguk ke dalam kawasan Pra Sekolah
IPTB. Sekiranya belum anda dicadangkan untuk mengunjunginya. Kebanyakkan
pelajar di situ adalah di kalangan anak-anak staf IPTB. Tahniah
kepada semua pihak yang bertanggungjawab seperti pengurusan pusat
asuhan dan juga Jabatan Ilmu Pendidikan kerana telah berjaya mewujudkan
persekitaran yang sangat bersih, ceria. kondusif dan selamat.

Sebahagian
kanak-kanak yang sedang mengikuti pembelajaran.
KLIK
untuk melihat gambar lain.
Kembali
ke atas

Majlis
Konvokesyen IPTB 2008
Majlis
Konvokesyen IPTB akan diadakan Pada 29 April 2008 (Selasa), jam
8.00 pagi, bertempat di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan
Tuanku Bainun. Majlis Konvokesyen Kali Ke-14 ini akan disempurnakan
oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji
Abdul Rahman bin Haji Abbas, Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua
Negeri Pulau Pinang. Untuk maklumat lanjut sila KLIK pada pautan
berikut; Majlis
Konvokesyen IPTB 2008.
Kembali
ke atas

Taman
Negara Pulau Pinang
Mungkin
ramai lagi warga IPTB yang tidak menyedari kewujudan Taman Negara
Pulau Pinang. Taman Negara Pulau Pinang terletak di barat laut
Pulau Pinang. Pintu masuk utama adalah melalui Teluk Bahang, kira-kira
30km dari Georgetown, Pulau Pinang. Taman Negara Pulau Pinang
menawarkan peluang untuk penyelidikan, pembelajaran, rekreasi
dan aktiviti ekopelancongan. Di samping itu anda juga boleh mendaki
bukit, berjalan dalam rentisan hutan, berenang di tepian pantai,
memerhati hidupan liar serta menikmati keindahan alam ciptaan
Tuhan hasil adunan hutan dan lautan.
Pada
5 dan 6 April baru-baru kami dari kumpulan PPISMP pengkhususan
Sains dan pengajian Cina telah membuat kajian alam sekitar di
Taman Negara Pulau Pinang. Kami sangat bertuah kerana berkesempatan
untuk melihat alam yang masih lagi asli di negeri Pulau Pinang.
Di sinil masih lagi terdapat air sungai yang sangat bersih dan
selamat untuk diminum. Di Taman Negara inilah terletaknya Tasik
Meromectic yang mengandungi campuran air tawar dan masin. Hanya
terdapat dua tasik seumpama ini di dunia. Kami juga berpeluang
melihat anak-anak penyu yang baru menetas dan sangat comel di
Jabatan Perikanan pantai Keracut. Pusat ini berfungsi sebagai
pemelihara kawasan pendaratan penyu di Pulau Pinang. Dari maklumat
yang kami terima rekod menunjukkan ada penyu sebesar kereta kancil
pernah mendarat di pantai tersebut. Akhirnya kami telah menaiki
bot ke Monkey Bay dan mendirikan khemah serta bermalam di situ.
Pantai Monkey Bay masih kurang tercemar dan sangat sesuai untu
mandi kerana keadaannya yang sangat landai. Banyak lagi pengalaman
yang sangat menarik telah kami perolehi sepanjang dua hari merentasi
Taman negara melalui jalan darat dan air. Kami menyeru rakan-rakan
lain agar tidak melepaskan peluang mengunjungi Taman negara Pulau
Pinang. - PPISMP SNPC1.

Kami
dari PPISMP SNPC1 bersama tutor dan jurulatih berehat sebentar
di satu kawasan tanah tinggi Taman Negara Pulau Pinang

Anak-anak
penyu yang baru menetas sebelum dilepaskan ke laut di pantai Karacut
Taman Negara Pulau Pinang. KLIK
untuk melihat gambar-gambar lain.
Kembali
ke atas

Bulan
Pembestarian Sekolah Peringkat IPTB
Sempena
Bulan Pembestarian Sekolah peringkat IPTB, pelbagai aktiviti telah
dirancang dan akan dilaksanakan. Antaranya ialah seminar, pameran,
bengkel, pertandingan ICt dan sebagainya Segala maklumat tentang
tentetif akan dimaklumkan dari masa ke semasa oleh Sekretariat
Bulan Pembestarian Sekolah, Jabatan Teknologi Pendidikan dan Biro
Komputer Jabatan Perwakilan Pelajar.Semua palajar IPTB sangat
dialu-alukan untuk menyertai pertandingan menulis esei dan membina
blog/laman web pendidikan. Tunjukkanlah bakat dan kreativiti anda
yang terpendam selama ini. Anda boleh mendapatkan maklumat tentang
pertandingan tersebut melalui pautan berikut;