Selamat
Datang ke Laman Web Institut Perguruan Tuanku Bainun Pulau Pinang.
Semoga anda akan mendapat maklumat-maklumat terkini berkaitan dengan
kursus-kursus yang ditawarkan serta aktiviti institut dari masa
ke semasa.
Anda
perlu mendaftar untuk terlibat dalam diskusi online ini. Untuk
mendaftar, sila
klik
di sini.

KLIK
Untuk Maklumat KONVOKESYEN ke 13 2007
Selamat
Kembali dari Menjalani Praktikum
Kepada
semua pelajar KPLI dan PISMP OUM - IPTB selamat kembali
dari menjalani praktikum di sekolah-sekolah di sekitar negeri
Pulau Pinang, Perak, Kedah, Kelantan, Wilayah Persekutuan,
Selangor dan Negeri Sembilan. Semoga segala pengalaman pahit
manis sepanjang menjalani praktikum akan menambahkan keyakinan
kita semua untuk terus menjadi guru yang lebih cemerlang
pada masa akan datang. Bagi kumpulan KPLI-KDC latihan praktikum
telah pun tamat pada 6 September 2007 sementara kumpulan
KPLI-SR ambilan hanya akan berakhir pada 28 Sept 2007
Diharapkan
semua guru pelatih telah memberikan komitmen yang tinggi serta
menjaga hubungan yang baik dengan pihak sekolah masing-masing
serta sentiasa menjaga nama baik institut.

Salah
seorang guru pelatih sedang menjalani praktikum di S. K. Pauh
Jaya
Program
School-Based Experience (SBE) PISMP Kolaborasi KPM – Deakin
University, Australia
Seramai
50 orang pelajar PISMP Deakin University telahpun sempurna menjalani
SBE di SK Seri Penanti, Bukit Mertajam pada 9/7/07, 17/7/07,
25/7/07, 3/8/07, 9/8/07 dan 15/8/07. Para pelajar telah dibimbing
dan diselia oleh 6 orang pensyarah dari Jabatan Matematik dan
Jabatan Sains IPTB.
Para
pensyarah dari Deakin University telah mengadakan lawatan pemantauan
program tersebut ke SK Seri Penanti pada 15/8/07. Berdasarkan
maklum balas yang diberikan, mereka sangat mengagumi dan tertarik
hati dengan cara para pelajar PISMP mengendalikan tugasan SBE;
penuh komitmen, inovatif, menggunakan pelbagai ABM dan strategi.
Unit
Praktikum IPTB ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan,
tahniah dan syabas kepada semua pelajar PISMP Deakin University
atas kejayaan cemerlang mereka dalam program SBE tersebut. -
KU Praktikum
Kursus
Mentoring Untuk Guru Pembimbing Praktikum KPLI SR
Unit
Praktikum IPTB sekali lagi telah berjaya menganjurkan kursus
tersebut pada 15 hingga 16 Ogos 2007 di Dewan Kirkby. Seramai
43 orang guru pembimbing praktikum KPLI SR dan 10 orang pensyarah
baru telah berpeluang mengikuti kursus tersebut.
Antara objektif kursus ini adalah untuk memperjelas peranan
dan tanggungjawab guru pembimbing, membina kemahiran mentoring
dan kemahiran pencerapan praktikum secara klinikal dalam kalangan
peserta kursus.
Para
fasilitator kursus adalah terdiri daripada En. Ismail b. Hj.
Abdullah (KJ R & D), En. Abd Rashid b. Ismail (KU Praktikum),
En. Shaari b. Husin (PKU Praktikum), Tn. Hj. Daud b. Md Saman
(B), (Unit Praktikum) dan Pn. Jong Cherng Meei (Jabatan Matematik).
Terima kasih diucapkan kepada barisan fasilitator atas sumbangan
kepakaran yang telah diberikan.
Dalam
sesi penilaian kursus, maklum balas yang positif dan menggalakkan
telah diberikan oleh para peserta. Mereka juga telah mencadangkan
agar kursus mentoring diadakan lebih awal lagi, iaitu sebelum
penempatan praktikum guru pelatih di sekolah. -
KU Praktikum
Laman
web KRS IPTB
Dapatkan
pelbagai maklumat khususnya berkaitan dengan aktiviti Kadet Remaja
Sekolah di laman web ini. Anda juga boleh mendapatkan pelbagai
sumber rujukan seperti kurikulum, uniform, panduan kawat, pangkat-pangkat
dalam KRS dan sebagainya melalui laman ini.
Sila
KLIK

Tahniah
dan Syabas
Setinggi-tinggi
tahniah dan syabas kepada para pensyarah IPTB yang telah menerima
Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) masing-masing sempena Majlis Konvokesyen
Universiti Sains Malaysia pada 15 Ogos yang lalu. Mereka ialah,
Dr. Hj.
Ishak B. Saat
dari Jabatan Kajian Sosial, Dr.Kim
Teng Siang dari Jabatan R&D, Dr. Siti Rohani Bt. Mohd. Zain
dari Jabatan Bahasa dan Dr.Siti Zabidah Bt. Mohamed dari Jabatan
Ilmu Pendidikan. Tahniah juga kepada para pensyarah yang telah
menyelesaikan Ph.D masing-masing dan sedang menunggu hari konvokesyen
masing-masing.

Dr. Hj.
Ishak B. Saat
|

Dr.Kim
Teng Siang
|

Dr.Siti
Zabidah Bt. Mohamed |

Dr.Siti
Rohani Bt. Mohd. Zain
|
Pelancaran
Bulan Kemerdekaan Peringkat IPTB 2007
Pada
17
Ogos
yang lepas, satu majlis pelancaran bulan kemerdekaan peringkat
IPTB telah di adakan di Dewan Aminudin Baki. Antara acara yang
telah dijalankan ialah bacaan doa, nyanyian lagu-lagu patriotik,
persembahan dikir barat, bacaan sajak dan menanam bunga raya.
Tn.
Hj. Mohd. Fathil Bin Abdul Majid,
selaku Pengarah Projek Sambutan Bulan Kemerdekaan IPTB 2007 di
dalam ucapannya menyatakan bahawa pelbagai aktiviti seperti mengibarkan
bendera kebangsaan, pertandingan pidato, sajak, pameran, bacaan
tahlil dan sebagainya akan dijalankan sepanjang sebulan sambutan
ini dijalankan Sementara itu Pengarah IPTB Pn. Hjh. Asmah Bt.
Yahya di dalam ucapannya mengingatkan semua warga IPTB agar menjaga
perpaduan kaum serta mengisi kemerdekaan dengan perkara-perkara
yang lebih berfaedah dan bukan menyambutnya dengan hiburan semata-mata.

Pengarah
IPTB sedang menarik reben perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan
2007 pringkat IPTB

Kakitangan
IPTB yang dilahirkan pada tahun kemerdekaan sedang memotong kek
Perdana
Menteri Melawat IPTB
Pada 4 Ogos
2007 yang lalu ribuan orang ramai dari segenap lapisan masyarakat
telah membanjiri padang Astaka IPTB kerana menyambut kehadiran
Y.A.B Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi perdana menteri Malaysia.
Pada hari itu telah diadakan perhimpunan mesra rakyat sempena
sambutan 50 tahun kemerdekaan negara. Di antara aktiviti lain
yang turut dijalankan sempena perhimpunan tersebut ialah pameran
berkaitan dengan pendidikan. IPTB juga tidak ketinggalan menyertai
pameran tersebut dan telah mendapat kunjungan yang sangat menggalakkan
terutama di kalangan pelajar-pelajar sekolah.

Pn.
Hjh. Asmah (Pengarah IPTB) sedang menyampaikan cenderahati kepada
Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia
Antara
orang ramai yang mengunjungi bilik pameran IPTB sempena Majlis
Mesra Rakyat bersama Y.A.B Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi
Selamat
Datang Pelajar Baru
Pada 16 Julai
yang lepas seramai 190 orang pelajar baru telah mendaftarkan diri
untuk mengikuti pelbagai kursus di institut ini. Seramai 36 orang
pelajar akan mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)
sekolah rendah dalam bidang Pengajian Melayu dan Kajian Sosial.
Manakala selebihnya akan mengikuti Kursus Persediaan Program Perguruan
Rendah Empat Tahun (PPPRET) dalam bidang-bidang seperti Pengajian
Melayu, Bahasa Cina, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Agama Islam
dan sebagainya.
Sebahagian
pelajar baru sedang mendaftar
Sempena
musim durian tahun ini, Jabatan Agama Islam dan Moral telah menganjurkan
"Jom Makan Durian" di tempat parking kereta Astaka IPTB.
Pada hari tersebut semua pensyarah, kakitangan, pekerja serta
pelajar telah berpeluang untuk makan durian dengan sepuas-puasnya.
Sehingga jam 2.00 petang durian masih belum dapat dihabiskan dan
sebahagiannya terpaksa di bawa pulang dan di hantar ke surau untuk
dihabiskan oleh pelajar-pelajar yang tinggal di asrama. Semoga
dengan program seperti ini ianya akan dapat mengeratkan hubungan
silaturahim antara kita..Terima kasih JAPIM.
Jom
makan durian....
Selamat
Menjalani Praktikum
Kepada
semua pelajar KPLI IPTB selamat menjalani praktikum di sekolah-sekolah
di sekitar negeri Pulau Pinang, Perak, Kedah, Kelantan, Wilayah
Persekutuan, Selangor dan Negeri Sembilan. Para guru pelatih diminta
untuk menghubungi pensyarah penyelia masing-masing seperti yang
tertera pada laman web ini di ruangan Berita Praktikum. Terdapat
dua kumpulan pelajar KPLI yang sedang menjalani praktikum iaitu
KPLI-KDC
mulai 10 Jun hingga 6 Sept 2007dan KPLI-SR
mulai 2 Julai hingga 28 September 2007.
Diharapkan
semua guru pelatih sentiasa memberikan komitmen yang tinggi serta
menjaga hubungan yang baik dengan pihak sekolah masing-masing
serta sentiasa menjaga nama baik institut.
Majlis
Hari Guru Peringkat IPTB
Sambutan
Hari Guru Peringkat Institut telah diadakan pada 18 Mei 2007 bertempat
di Dewan Aminuddin Baki. Majlis bermula seawal jam 8.00 pagi di
mana semua pensyarah telah di arak dengan paluan kompang dan bunga
manggar oleh guru-guru pelatih dari Pejabat Pentadbiran sehingga
di perkarangan Dewan Aminuddin Baki. Di perkarangan dewan tersebut
para pensyarah telah disambut dengan persembahan silat gayung dan
pemberian cenderamata oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.
Majlis
pada hari itu telah dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan
dan negeri serta bacaan doa. Majlis diteruskan dengan bacaan perutusan
Hari Guru daripada Pengarah IPG, KPPM dan Menteri Pelajaran Malaysia.
Hadirin seterusnya dihidangkan dengan pelbagai persembahan seperti
koir, dikir barat, tarian dan sajak oleh guru-guru pelatih dan
pensyarah. Pada sambutan Hari Guru tahun ini para pensyarah telah
dikejutkan dengan 'Penyampaian Anugerah untuk Pensyarah' yang
pertama kali diadakan. Pemilihan tersebut adalah berdasarkan penilaian
yang telah dibuat oleh guru-guru pelatih. Di antara pensyarah
yang telah menerima anugerah pada hari tersebut ialah, En. Rosdi,
Pn. Noor Miza, Pn. Siti Zabedah, En. Lau, Pn. Asmahan, En. Eow,
Pn. Elsie dan Ust. Nazmi. Tahniah dan syabas kepada semua yang
terpilih. Majlis diakhiri dengan acara memotong Kek Hari Guru
dan penyampaian Kad Hari Guru. Setinggi-tinggi tahniah kepada
Jawatankuasa Sambutat Hari Guru pada tahun ini kerana telah berjaya
menganjurkan majlis tersebut dengan jaya dan penuh bermakna. Terima
kasih juga kepada semua guru pelatih yang telah bertungkus lumus
menjayakan majlis tersebut walaupun ketika ini mereka sedang bertungkus
lumus untuk menghadapi peperiksaan samester. Semoga semuanya akan
mencapai keputusan yang cemerlang di dalam peperiksan itu nanti.

Sebahagian
pensyarah dan guru pelatih sedang menyaksikan persembahan Hari
Guru peringkat IPTB 2007
Timbalan
Pengarah, Ketu-Ketua Jabatan serta JPP sedang memotong Kek Hari
Guru
Sila
lawati Galeri
Sambutan Hari Guru 2007
Majlis
Konvokesyen Ke 13 Meriah
Majlis
Konvokesyen ke-13 IPTB telah berlangsung pada 10 Mei 2007 dan telah
dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji
Abdul Rahman bin Haji Abas Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Majlis
bermula sawal jam 7.45 pagi dengan ketibaan para jemputan dan para
graduan. Majlis konvokesyen kali ini telah berlangsung sehingga
jam 12.00 tengahari. Seluruh warga IPTB ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada para jemputan dan tetamu yang hadir bagi memeriahkan
lagi majlis konvbokesyen tersebut.
Seluruh
warga IPTB juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua
graduan yang telah berjaya memperolehi Diploma dan Sijil Perguruan
Malaysia masing-masing. Pada tahun ini seramai 284 graduan telah
lulus di dalam Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM), 157 graduan
telah lulus di dalam Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan
42 graduan telah lulus Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK).
Sebahagian
graduan sedang beratur menuju Dewan Aminuddin Baki
Perarakan
masuk T.Y.T Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji
Abbas Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang
Salah
seorang graduan sedang menerima Diploma Perguruan Malaysia daripada
T.Y.T Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas
Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang
Gambar-Gambar
lain sila klik Galeri
Konvokesyen
Seluruh
warga IPTB mengalu-alukan kehadiran semua para graduan dan para
tetamu yang akan menghadiri Majlis Konvokesyen kali ke 13 pada
10 Mei 2007 tahun ini. Para graduan diminta mendaftarkan diri
pada 9 Mei 2007 (Rabu) mulai jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah
hari bertempat di Dewan Tun Hamdan. Jubah
boleh diambil pada 9 Mei 2007 di Bilik Urus Setia MS ISO, Aras
1, Blok A mulai jam 10.30 pagi hingga 1.30 tengah hari. Para graduan
diwajibkan menghadiri sesi raptai pada 9 Mei 2007 (Rabu) di Dewan
Aminuddin Baki mulai jam 2.15 petang.
Seterusnya para graduan akan diraikan pada satu Majilis Jamuan
Makan Malam di Hotel Sunway pada sebelah malamnya (9 Mei 2007).
Selamat Berkonvokesyen...
Persiapan
terakhir raptai konvo di Dewan Aminuddin Baki
Jurutera
bahagian "sounds sistem" sedang bertungkus lumus bagi
memastikan majlis konvo akan berjalan lancar
Kumpulan
Gemalan IPTB yang akan mengiringi majlis konvo esok sedang mendengar
taklimat daripada sifu.