HARI TERBUKA KOLEJ KEDIAMAN

Pada 5 April 2009, Biro Asrama JPP telah menganjurkan satu program, Hari Terbuka Kolej Kediaman peringkat IPGM Kampus Tuanku Bainun. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah, Puan Hajjah Rohani binti Ismail di blok kediaman Damai pada jam 8 pagi. Selepas upacara perasmian, Puan Hajjah Rohani, diiringi Timbalan Pengarah dan Jawantankuasa Perwakilan Pelajar untuk melawat ke blok-blok kediaman bermula dari blok Damai, Ceria, Budiman, Aman dan Gemilang. Pertandingan bilik tercantik juga telah diadakan untuk para penghuni blok kediaman. Pada jam 2 petang, HTKK diteruskan lagi dengan acara sukaneka yang diwakili penghuni setiap blok kediaman, wakil JPP dan beberapa orang warden. Majlis berakhir dengan majlis penutupan oleh Timbalan Pengarah kira – kira jam 5 petang.

Puan Pengarah sedang melawat kolej kediaman. Gambar lain sila KLIK


KEMPEN DERMA DARAH

Pada 21 April 2009, Bulan Sabit Merah Sem 3 telah menganjur satu kempen, iaitu Kempen Derma Darah telah diadakan di Dewan Aminuddin Baki. Waktu yang diadakan pada pukul 9 pagi hingga 3 petang. Semua warga IPGM Kampus Tuanku Bainun telah terlibat dalam kempen tersebut. Menurut pihak hospital, mereka telah berjaya mengumpul lebih kurang 96 paket darah pada kali ini. Syabas diucapkan kepada yang menderma.

Gambar lain sila KLIK


PROGRAM MENELUSURI KEMERDEKAAN

Pada 21 hingga 23 April 2009, kumpulan Deakin dan KPLI telah menganjur Program Menelusuri Kemerdekaan yang telah diadakan di Dewan Aminuddin Baki dan Perpustakaan Za’ba. Pameran berkaitan dengan sejarah , tokoh- tokoh , budaya Malaysia telah diadakan di Perpustakaan Za’ba selama tiga hari berturut-turut. Manakala pada 23 April 2009, persembahan telah diadakan di Dewan Aminuddin Baki. Antara persembahan yang diadakan ialah bersajak, tarian dan juga nyayian lagu patriotik. Majlis telah berakhir pada pukul 10.30 pagi.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE HATYAI

Pada 11 hingga 12 April 2009, ahli jawatankuasa blok Damai telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Hatyai, Thailand. Pada hari pertama, peserta lawatan telah melawat beberapa tempat, iaitu Nora Plaza, yang terdapat barangan kulit. Kemudiaan kami dibawa untuk melihat Pasar Terapung. Seterusnya, kami telah ke Kilang Gajus dan Samilla Beach di Songklah. Pada hari kedua, kami telah dibawa ke Bazar yang menjual barangan murah. Sebelum kami balik ke Penang, Malaysia, kami telah ke Danouk untuk makan tengah hari. Kami telah pergi ke Hatyai sempena musim pesta air iaitu Pesta Songklan. Bagi masyarakat Thai, mereka percaya air yang direnjis boleh membuangkan dosa. Kami telah sampai ke kampus pada pukul 12 tengah malam.


Gambar lain sila KLIK


MAJLIS TRADARUS AL-QURAN DAN CERAMAH MAULIDUR RASUL

Pada 14 April 2009 , Majlis Tilawah Al-Quran telah diadakan bertempat di Dewan Kirkby dan Dewan Tun Hamdan . Pada kali ini, pertandingan Tilawah Al-Quran ,tafsir Al-Quran dan hafazan telah dibuka kepada semua guru pelatih. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat – bakat baru. Pertandingan ini merupakan anjuran JAPIM IPGM Kampus Tuanku Bainun.

Majlis penutupan ujian tadarus Al-Quran,hafazan, syarahan dan tafsir telah diadakan pada keesokan harinya, iaitu 15 April 2009 bertempat di Dewan Kirkby pada jam 8.30 malam. Majlis tersebut turut diserikan dengan ceramah bersempena Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Salmi bin Suhaimi. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan perasmian penutup seterusnya majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan yang telah disempurnakan oleh Tuan Timbalan Pengarah Institut Perguruan Malaysia Kampus Tuanku Bainun ,Tuan Haji Daud Bin Md. Saman.

Berikut merupakan keputusan pertandingan yang telah diadakan:

Kategori Keputusan
Tilawah Al-Quran Johan
L: Muhammad Khairul Anuar Bin Ishak
P: Sirah Nasriah Bt Mohd Tajuddin
Hafazan Johan
L: Anas Bukhari Bin Derani
P: Nur Su’aidah Bt Mohd Amin
Tafsir Al-Quran Johan
L: Shikh Nur Hashim Bin Shikh Hasan
P: Azlia Syakiela Bt Mohd Yusof
Syarahan Maulidur Rasul (Bahasa Melayu) Johan
L: Mohd Fariq Bin Aziz
P: Nazneen Bt Abdul Halim
Syarahan Maulidur Rasul (Bahasa Arab) Johan
L: Mohd Hidayat
P: Nurul Syahida Bt Ariffin


Kejohanan Bola Jaring IPGM Kampus Tuanku Bainun 2009

Kejohanan Bola Jaring IPGM Kampus Tuanku Bainun 2009 telah diadakan pada 18 April 2009 yang bertempat di padang bola jaring IPGM Kampus Tuanku Bainun. Pertandingan ini dianjurkan oleh 3 PISMP PJ VIRTUS yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kaum lelaki mengenai pertandingan bola jaring. Kejohanan ini disertai oleh kaum wanita dan juga kaum lelaki.

Pertandingan bermula pada jam 8 pagi dan tamat pada pukul 6 petang. Bagi kategori perempuan tertutup IPGM Kampus Tuanku Bainun, johan telah disandang oleh pasukan Koko Jola manakala bagi kategori lelaki terbuka IPGM Kampus Tuanku Bainun, johan dirangkul oleh kumpulan Fabulous.

Tuntasnya pertandingan ini secara tidak langsungnya telah merapatkan hubungan silaturahim antara peserta-peserta, memupuk semangat berpasukan serta semangat daya saing. Akhir kata, kejohanan ini tidak akan berjaya jika tidak mendapat sokongan dari warga IPGM Kampus Tuanku Bainun. Oleh itu, wajarlah kita sebagai warga IPGM Kampus Tuanku Bainun melibatkan diri dengan aktif dalam setiap program mahupun pertandingan yang dianjurkan oleh pihak IPGM Kampus Tuanku Bainun.