Objektif
Penubuhan KRS
• Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan,
memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, kreatif serta inovatif dalam
menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan.
• Membantu
mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan
amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan
nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara
demi menjayakan Wawasan 2020.
• Menangani masalah salah laku di kalangan para remaja seperti
salah guna dadah, melepak dan juvana.
• Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan
para pelajar memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan
mengurus dan memimpin.
• Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan
agama, bangsa dan negara.
• Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati
dan mengamalkan nilai-nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi
kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara
• Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan
mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk
bertindak sewajarnya.