LAPORAN TAHUNAN UNIT LATIHAN
DALAM PERKHIDMATAN
BAGI TAHUN 2006
Terima kasih kepada Pengarah, Timbalan Pengarah, semua Ketua Jabatan,
Setiausaha dan Pegawai Eksekutif, di IPTB atas kerjasama kepada Unit LDP
sepanjang tahun 2006.
- Kursus Dalaman untuk staf IPTB
-Ikut Matriks Kompetensi (Analisis
Keperluan Latihan)
-Ikut Perancangan Semua Jabatan,
Unit, Jawatankuasa, dsb
-In-House tiap Isnin Minggu ke-3 tiap bulan
-Kursus Luaran (Agensi Kerajaan selain BPG dan Agensi
Swasta)
i.
KDP 14 Minggu (Pra PKPG, KPM-OUM),
ii.
KDP 4 Minggu Bestari,
iii.
KDP 6 Minggu Conversion (Sains, Matematik
dan Bahasa Inggeris)
iv.
KDP 2 Minggu Pendidikan Agama Islam Prasekolah,
v.
KDP 1 tahun (PKPG, KSPK)
Kebanyakan sekolah Kedah dan P. Pinang
Banyak kursus KPKI perlu dilaksanakan untuk
membantu guru-guru sekolah (Sasaran BPG 2000 orang peserta tiap tahun)
-Merancang program/aktiviti projek
-Menyelaras dengan pihak JPN dan sekolah
-Menyelaras dengan Jabatan, Jawatan kuasa,
fasilitor IPTB
Memainkan peranan yang besar
untuk memastikan Continuous Profesional
Development
(CPD) berlaku di kalangan staf IPTB dan guru-guru sekolah.
Terdapat bebrapa faktor,
-LDP pernah dikenakan CAR dan OBS sebelum 2004.
Tetapi mulai 2004 hingga sekarang LDP berjaya menjaga Dokumentasi ISO dengan
kemas.
Tiada lagi dikenakan CAR atau OBS. Harap kekuatan
ini dapat dipertahankan.
-Terima kasih kepada semua AJKLDP kerana telah
bekerjasama untuk memastikan prosedur ISO dipatuhi.
- Kebanyakan Jabatan telah mengembalikan Borang
LAM-PUS03-02A (Jadual Cadangan & Perancangan Kursus) yang diedarkan bagi
tujuan cadangan kursus untuk tahun 2007.
Borang-borang yang diterima telah diproses oleh unit LDP.
LAPORAN PELAKSANAAN KURSUS:
Sebanyak 32 kursus telah dilaksanakan sehingga bulan 1 November 06.
Berdasarkan analisis borang LAM-PUS03-04 dan LAM-PUS03-05 bagi setiap kursus,
secara keseluruhan pelaksanaan kursus-kursus ini adalah sangat memuaskan.
LAPORAN PENILAIAN PROGRAM LPS:
Berdasarkan borang LAM-PUS03-08, jumlah kursus yang telah dilaksanakan
sehingga 1 November 06 ialah 32 (94.12%). Manakala 2 (5.88%) kursus lagi akan
dilaksanakan pada 3-5 Disember 06. Semua kursus yang dilaksanakan adalah
berdasarkan keperluan semasa iaitu sama ada dalam skop Matriks Kompetensi atau
kursus tambahan yang telah dicadangan oleh jabatan.
Makluman Analisis Aras Kompetensi:
Dapatan Analisis Aras Kompetensi Pensyarah dan Staf 2007 diedarkan kepada
semua ahli mesyuarat M3P dalam mesyuarat ini. Ketua Jabatan hendaklah
memaklumkan dapatan analisis ini kepada semua pensyarah/staf dijabatan
masing-masing. Analisis ini juga hendaklah diguna pakai oleh semua Ketua
Jabatan sebagai panduan semasa mengisi LAM-PUS03-02B (Borang Pencalonan Peserta
Kursus). Pihak LDP juga akur kepada analisis ini semasa membuat pemilihan
akhir/muktamad ke atas peserta-peserta yang dicalonkan bagi sesuatu kursus.
ORGANISASI UNIT LDP
Jawatankuasa LDP diwakili oleh 6 orang pensyarah dari Unit LDP dan 8 orang
dari jabatan lain. Kesulitan timbul kepada pensyarah dari jabatan lain kerana
sukar bagi mereka memberi tumpuan dan komitmen yang sepenuhnya terhadap
tugas-tugas LDP yang memerlukan komitmen dari aspek masa dan pergerakkan di
luar stesen (contohnya kursus di luar IPTB, projek KIA, KPKI dan Salinatan).
Oleh itu diadangkan:
Mohon dibesarkan Unit LDP kepada sekurang-kurangnya 14 orang pensyarah
tetap. Ini bermakna J/Kuasa LDP terdiri
daripada semua pensyarah dari Unit LDP sendiri tanpa perlu pinjam daripada
jabatan lain. Dengan ini perancangan dan pengawasan aktiviti LDP akan lebih
kemas dan bermakna. Sebenarnya struktur yang besar ini adalah juga selaras
dengan struktur LDP dalam IPG.
2007
P E N Y E L A R A S P E N Y E L A R A S
![]()

![]()
![]()
![]()
![]()


![]()
![]()



![]()


PENSYARAH / STAF YANG MENGHADIRI KURSUS LUAR
Sering kali SULDP tidak mendapat maklumat tentang pensyarah/staf yang hadir
kursus luar. Kursus luar adalah semua kursus, seminar, konferens dan semua
aktiviti yang seumpamanya anjuran BPG atau pihak luar (bermakna bukan anjuran
IPTB). Akibatnya SULDP sukar mengenalpasti peserta yang telah menghadiri kursus
luar. Oleh itu jadual in-house sukar disusun bagi Hari Profesional pada hari
Isnin minggu ketiga setiap bulan.
Cadangan:
Mohon Ketua Jabatan yang terlibat menyerahkan salinan surat panggilan
kursus pensyarah/staf dalam jabatan masing-masing kepada SULDP untuk
direkodkan.
Kriteria Pemilihan Peserta Kursus:
Dalam mesyuarat M3P ditimbulkan isu bahawa 'peserta dipilih ikut minat
sahaja dan tidak ikut keperluan'. Isu ini sebenarnya adalah tidak berasas
kerana
Asas utama pemilihan peserta adalah berdasarkan Analisis Aras Kompetensi.
Disamping itu KJ juga dikehendaki menandatangani Borang Pencalonan Peserta. Ini
bermakna KJ sedia maklum atas pencalonan peserta. Pihak LDP yang membuat
pemilihan akhir ke atas calon peserta juga akan akur kepada Analisis Aras
Kompetensi kerana LDP diaudit berdasarkan analisis. Sama ada peserta yang
terpilih itu terdiri daripada calon cadangan KJ atau pun calon yang tidak
dicadang oleh KJ, pemilihan ke atas peserta tetap akur kepada Analisis Aras
Kompetensi.
Kriteria pemilihan peserta kursus adalah seperti berikut :-
a) Analisis Aras Kompetensi (Setiap tahun semua
ahli M3P diberi salinan
sebagai
panduan/rujukan).
b) Minat peserta.
c) Kekerapan peserta
berkursus.
d) Sikap peserta yang ditawarkan
kursus, contohnya sama ada sering menolak/ganti/merungut-rungut bila diminta
menghadiri kursus.
PENUTUP
Kami dari Unit LDP memohon maaf kepada semua di atas segala kesulitan dan
ketidakselesaan yang mungkin timbul semasa kami menjalankan tugas sepanjang
tahun 2006. Semoga JKLDP akan lebih
cemerlang pada tahun ini.