Search this site or the web powered by FreeFind

Site search Web search

 

______________________________________

Selamat Datang ke Laman Web Institut Perguruan Tuanku Bainun Pulau Pinang. Semoga anda akan mendapat maklumat-maklumat terkini berkaitan dengan kursus-kursus yang ditawarkan serta aktiviti institut dari masa ke semasa.

Majlis Penutupan GERKO 2009

Majlis Penutupan GERKO pada tahun telah dijalankan pada 29 Oktober 2009. Seperti biasa majlis ini dimulakan dengan upacara perbarisan, diikuti dengan pertandingan-pertandingan antara unit, kelab peratuan serta permainan. Majlis penutupan GERKO kali ini telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Daud Md. Saman (Timbalan Pengarah IPTB KTB). Di dalam pertandingan kawad kaki unit KRS telah menduduki tempat pertama manakala Pengakap tempat ke dua. Di dalam pertandingan perkhemahan dan gajet, Pengakap menduduki tempat pertama sementara KRS tempat ke dua. Manakala dalam pertandingan kraf, Pengakap menduduki tempat pertama sementara Pandu Puteri menduduki tempat ke dua. Tahniah kepada kumpulan KPLI Ambilan Januari 2009 kerana telah berjaya mengelolakan majlis tersebut dengan lancar.

Timbalan Pengarah IPGM KTB sedang memeriksa perbarisan tamat GERKO IPGM KTB bagi tahun 2009

Pasukan KRS telah menjuarai Pertandingan Kawad antara Unit Beruniform pada tahun ini. Gambar lain sila KLIK

Program Mahrojan Lughah Arabiy Peringkat Zon Utara

Pada 27 Oktober 2009 bersamaan dengan 8 Dzulka'edah 1430 Hijrah yang lalu telah berlangsung Program Mahrojan Lughah Arabiy (Festival Bahasa Arab) peringkat zon utara. Antara objektif utama program ini adalah untuk memantapkan lagi penguasaan bahasa arab di kalangan pelajar dan pensyarah IPGM Kampus Tuanku Bainun. Antara pengisian program sehari itu ialah aktiviti jualan di Souk Arabiy (Pasar Arab) Pelbagai barangan dan makanan arab di jual di pasar tersebut. Pihak penganjur iaitu Jabatan Agama Islam dan Moral telah menjemput pelajar-pelajar arab yang sedang belajar di Universiti Sains Malaysia melibatkan diri dalam aktiviti ini. Di samping itu pelajar-pelajar IPGM zon utara serta sekolah-sekolah agama berhampiran telah turut serta menjayakan program tersebut. Semua pengunjung yang datang ke pasar tersebut diminta untuk berkomunikasi dalam bahasa arab. Mereka yang tidak boleh berbahasa arab dibimbing oleh pelajar-pelajar yang membuat pengkhususan dalam bahasa tersebut.

Disamping itu beberapa pertandingan telah di adakan iaitu; kalimah sobah, hiwar, turjumah dan nasyid antara IPGM zon utara. Secara keseluruhan IPGM Kampus Darul Aman telah menduduki tempat pertama, Kampus Tuanku Bainun tempat ke dua dan Kampus Pulau Pinang tempat ke tiga. Tahniah kepada semua yang telah terlibat di dalam menjayakan progam yang julung-julung kali diadakan di kampus ini.

Pengarah IPGM KTB serta para tetamu sedang menikmati hidangan di Sauk Arabiy

Pertandingan nasyid Arab

Ketua Jabatan JAPIM IPGM Kampus Darul Iman sedang menerima piala pusingan daripada Hjh Rohani Ismail (Pengarah IPGM KTB) selaku Johan keseluruhan acara-acara yang dipertandingkan pada tahun ini. Gambar lain sila KLIK

Pelancaran Bulan Memartabatkan Pendidikan Khas, Pendidikan Teknikal & Vokasional

Pada 26 Oktober yang lepas, Kumpulan KPLI (Pendidikan Khas dan KH) di bawah penyeliaan Jabatan Ilmu Pendidikan dan Kemahiran Hidup IPTB, telah menganjurkan Majlis Pelancaran Bulan Memartabatkan Pendidikan Khas, Pendidikan Teknikal & Vokasional. Majlis tersebut telah dilancar kan di Dewan Aminuddin Baki, oleh Pn. Hjh. Rohani Ismail (Pengarah IPGM KTB). Antara tetamu khas yang hadir ialah En. Abu Bin Hasan, Ketua Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang.

Pelbagai acara telah diadakan pada majlis pelancaran tersebut. Antaranya ialah seperti persembahan kanak-kanak pendidikan khas, tarian, nyanyian, sketsa dan sebagainya. Turut hadir pada majlis tersebut ialah pegawai-pegawai dari JPN, PPD, guru-guru Pendidikan Khas serta ibu bapa yang terlibat dari sekitar Pulau Pinang. Pada majlis tersebut juga diadakan pameran yang berkaitan dengan pedidikan khas dan teknik vokasional.

Tetamu khas sedang masuk ke Dewan Aminuddin Baki

Persembahan kanak-kanak sekolah.

Para tetamu sedang melawat ruang pameran. Gambar lain sila KLIK

Program Semarak Perpaduan & Patrotisme IPGM 2009 Peringkat Kebangsaan

Program ini telah berlangsung selama tiga hari mulai 21-23 Oktober 2009 di Dewan Aminuddin Baki IPGM Kampus Tuanku BainunPulau Pinang. Ia adalah adalah anjuran bersama, Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Malaysia, Bahagian Pendidikan Guru dan IPGM Kampus Tuanku Bainun. Program tersebut bertujuan untuk menyokong hasrat negara untuk membina negara bangsa Malaysia bagi memperkukuh perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta membangunkan bakal guru bersesuaian dengan keperluan negara. Selain itu program ini juga adalah untuk memantapkan pembinaan Guru Bangsa Malaysia melalui penghayatan yang mendalam dalam aspek perpaduan dan patriotisme. Usaha ini diharapkan dapat merealisasikan 1 Malaysia seperti yang diwarwarkan oleh pucuk kepimpinan negara.

Antara pengisisn program tersebut ialah WACANA ILMU yang telah membincangkan pelbagai tajuk yang berkaitan dengan perpaduan dan patriotisme. Antara pembentang kertas kerja ialah seperti, Prof. Emiritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim (UM), Y.Bhg Prof. Madya. Dr. Lim Swee Tin (UPM), Y.Bhg. Prof Dato’ Dr. Zainal Kling (UPSI) dan Y.Bhg. Prof Dr. Abdullah Zakaria b. Ghazali (UM). Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh oleh Y.Bhg. Dato’ Azman Amin b. Hassan, Ketua Pengarah JPNIN Malaysia.Di samping itu, Pameran Semarak Perpaduan dan Patriotisme juga telah diadakan sepanjang dua hari program tersebut berlangsung.

Tetamu utama Majlis Perasmian Pembukaan Y. Bhg. Datin Asariah bt Mior Shaharuddin, wakil Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Y.Bhg. Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim (Universiti Malaya) sedang membentangkan kertas kerja

Persembahan Okestra Perpaduan oleh para pelajar dan pensyarah IPGM KTB

Y.Bhg. Dato’ Azman Amin b. Hassan, Ketua Pengarah JPNIN Malaysia diiringi oleh Pn. Hjh. Rohani sedang keluar dari Dewan Aminuddin Baki selepas upacara Perasmian Penutupan Program Semarak Perpaduan. Gambar lain sila KLIK

Audit Dalaman 2/2009 MS ISO

Seluruh warga IPGM KTB mengalu-alukan kehadiran para juru audit yang akan hadir ke IPGM Kampus Tuanku Bainun Pada 14 Oktober 2009.

Pameran "Mengenali Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran"

Satu pameran berkaitan dengan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran telah diadakan di Pusat Sumber Za'ba akan diadakan pada 13-15 Oktober 2009. Pameran tersebut adalah hasil projek yang telah dijalankan oleh kumpulan pelajar PISMP Semester 4 dengan kerjasama JK Inovasi & Rekacipta serta Jabatan Teknologi Pendidikan. Semua warga IPGM KTB dijemput hadir untuk menyaksikan pameran tersebut.

Pengunjung-pengunjung Pameran “Mengenali Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran” tergamam melihat letusan model gunung berapi buatan kumpulan 4 PISMP MT/PJ/PI. Tahniah kepada kumpulan 4 PISMP MT/PJ/PI kerana telah menjuarai pertandingan tersebut. Laporan lanjut tentang pameran dan pertandingan tersebut sila KLIK pada pautan berikut. Berita lanjut oleh Zen Sheng Lim.

Perkhemahan Unit Berunifom Kumpulan PISMP dan KEMAS Semester 4 2009.

Perkhemahan selama empat hari tiga malam telah diadakan di Pusat Latihan Kokurikulum (PULAKO) Sungai Petani Kedah pada 7-10 Oktober 2009 yang lalu. Perkhemahan ini merupakan perkhemahan wajib seperti yang terkandung di dalam Sukatan PISMP dan KDPM KEMAS. Pelbagai aktiviti telah dijalankan mengikut unit masing-masing. Di IPGM KTB terdapat lima unit berunifom iaitu; Pengakap, PBSM, Pandu Putri, Putri Islam dan Kadet Remaja Sekolah (KRS). Sementera itu kumpulan KPLI ambilan Jun 2009 akan mengadakan perkhemahan di tempat yang sama mulai 11-14 Oktober 2009.

Sebahagian pelajar PISMP Semester 4 dan KDPM Kemas. Gambar lain KLIK

Seminar Integriti Warga Pendidik

Program ini akan di adakan di Dewan Aminuddin Baki pada 8 September 2009. Seminar ini adalah program kerjasama antara IPGM Kampus Tuanku Bainun dengan Institut Integriti Malaysia. para peserta seminar ini adalah terdiri daripada warga pensyarah dan pelajar IPGM KTB. Slamat Berseminar.

Seluruh warga IPGM Kampus Tuanku Bainun Pulau Pinang ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Bathin" kepada para mengunjung laman Web ini.

Perhimpunan Sambutan Hari Raya 2009

Sempena cuti panjang sambutan Aidil fitri (18-27 September 2009) telah di adakan perhimpunan khas di Dataran Perhimpunan untuk saling mengucapkan salam antara pelajar dan para pensyarah. Majlis seperti ini diharap akan dapat merapatkan ukhuwah antara warga IPGM KTB yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama. Di dalam majlis tersebut juga para pelajar diingatkan supaya berhati-hati semasa pulang ke kampung serta merayakannya seperti yang dikhendaki oleh ajaran Islam sebenar. Di dalam kesempatan ini seluruh warga IPGM KTB ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Bathin kepada seluruh pengunjung Laman Web ini. Jamauan Aidil Fitri telah diadakan selepas kembali dari bercuti.

Sebahagian pelajar dan pensyarah IPGM KTB sedang beratur untuk menikmati Jamuan Hari Raya yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Ihya' Ramadhan dan JPPP. Gambar lain sila KLIK

Sebahagian pelajar sedang bersalaman dengan para pensyarah sebelum pulang berhari raya ke kampung masing-masing. Gambar lain sila KLIK

Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat IPGM Kampus Tuanku Bainun

Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-52 Peringkat IPGM Kampus Tuanku Bainun telah berlangsung di Dewan Aminuddin Baki pada 21 Ogos 2009 yang lalu. Pelbagai acara telah dipersembahkan bagi mengingati peristiwa kemerdekaan negara 52 tahun yang lalu. Antaranya ialah deklamasi sajak, nyanyian lagu-lagu patriotik, dan persembahan teater oleh para pelajar dan pensyarah IPGM KTB.Tahniah dan syabas kepada Jabatan Kajian Sosial khususnya Unit Pendidikan Seni yang telah bertungkus lumus menjayakan program tersebut.

Pn. Hjh Rohani Ismail (Pengarah) sedang merasmikan Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-52 Peringkat IPGM Kampus Tuanku Bainun. Gambar lain sila KLIK

Ihya' Ramadhan 1430H/2009

Ihya' Ramadhan kembali lagi. Setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana masih memanjangkan umur kita untuk bertemu lagi di Ramadhan kali ini. Marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan dan takaruf kita ke hadrat Allah SWT dengan memperbanyakkan mengingati Allah dan memperbanyakkan ibadah di bulan yang mulia ini. Mudah-mudahan madrasah Ramadhan kali ini benar-benar dapat mendidik jiwa dan rohani kita untuk terus istiqomah dengan amalan-amalan yang mulia dan dapat menjauhi segala kemungkaran di masa-masa yang akan mendatang.

Jawatankuasa Program Ihya' Ramadhan 1403 IPGM Kampus Tuanku Bainun telah merancang pelbagai aktiviti, seperti iftar, solat tarawikh, tazkirah dan sebagainya. Sehubungan dengan itu bagi pihak Jawatankuasa program, kami sangat-sangat mengalukan seluruh warga IPGM KTB untuk sama-sama memberikan sumbangan mengikut kebolehan masing-masing di dalam menjayakan semua aktiviti yang dirancang secara berjamaah. Mudah-mudahan disamping menambahkan bekalan yang akan kita bawa menemui Maha Pencipta, melalui program-program tersebut ianya akan merapatkan lagi ukhuwah dan tali persaudaraan sesama kita.

 

Sumber: Khairudin Ahmad

Seminar Penyelidikan Pendidikan IPGM Zon Utara 2009

Pada tahun ini IPGM Kampus Tuanku Bainun telah diberi amanah untuk menganjurkan Seminar Penyelidikan Pendidikan peringkat IPGM Zon Utara. Seminar tersebut juga telah mendapat kerjasama daripada IPGM Kampus Darul Aman, Kampus Sultan Abdul Halim, Kampus Pulau Pinang, Kampus Perlis, Jamaah Nazir dan Jaminan Kualiti, IAB, JPN Pulau Pinang, JPN Kedah, JPN Perak dan JPN Perlis. Seminar tersebut telah berlangsung selama tiga hari mulai 22 hingga 24 Julai 2009 di Hotel Copthorn Orchid, Pulau Pinang. Sebanyak 44 kertas kerja telah dibentangka secara lisan dan 18 pembentangan poster. Selain itu sebanyak lapan bengkel telah dikendalikan sepanjang seminar tersebut berlangsung. Majlis perasmian pembukaan telah disempurnakan oleh Yg, Bhg. Datok Haji Kamaruzaman Bin Hj. Mohd Noor, Timbalan Ketua Setiausha (Pengurusan) KPM. Sementara majlis perasmian penutupan pula telah disempurnakan oleh Yg. Bhg Datin Dr. Asariah Binti Mior Shahruddin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Pihak institut ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan seminar tersebut.

Yg, Bhg. Datok Haji Kamaruzaman Bin Hj. Mohd Noor, Timbalan Ketua Setiausha (Pengurusan) KPM sedang merasmikan pembukaan Seminar Penyelidikan Pendidikan IPGM Zon Utara 2009.

Yg. Bhg Datin Dr. Asariah Binti Mior Shahruddin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. sedang melancarkan buku-buku terbitan IPGM Kampus Tuanku Bainun,

Yg. Bhg Datuk Mary Yap Kain Ching sedang menyampaikan Ucap Utama. Gambar lain sila KLIK

Selamat Datang Kepada Pelajar Baru Ambilan Julai 2009

Seluruh warga IPGM Kampus Tuanku Bainun ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah serta mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar baru PPISMP Ambilan Julai 2009. Menurut maklumat awal yang dikeluarkan oleh Jabatan HEP sebanyak 10 kumpulan telah mendaftarkan diri pada 13 Julai 2009. Sehingga 12.30 tengahari serama 172 orang pelajar telah mendaftarkan diri. Sepanjang minggu orentasi ini para pelajar akan mengikuti pelbagai aktiviti dan sesi penerangan yang telah dirancang oleh Jabatan HEP dan JPP sebelum memulakan kuliah pada minggu hadapan. Berikut adalah data terkini kumpulan PPISMP ambilan Julai 2009 yang dikeluarkan oleh Jabata HEP.

Sumber: Jabatan HEP

Pendaftaran pelajar baru ambilan Julai 2009 di Dewan Aminuddin Baki

Ketua Jabatan HEP, En. Iberahim sedang memberikan taklimat kepada para waris yang hadir. Gambar lain sila KLIK


Sehubungan dengan itu para pelajar baru yang akan mendaftar pada tarikh tersebut supaya melayari web Jabatan HEP untuk mengetahui perkembangan serta maklumat-maklumat terkini berkaitan dengan pendaftaran. Anda boleh melayarinya melalui pautan berikut; http://hepiptb.blogspot.com

Sambutan Hari Guru Peringkat IPGM Kampus Tuanku Bainun 2009

Pada 27 Jun yang lalu telah diadakan sambutan Hari Guru Peringkat IPGM Kampus Tuanku Bainun. Pelabagai acara telah dijalankan sempena sambutan tersebut. Acara dimulakan dengan penyampaian ucapan dan perutusan hari guru serta majlis perasmian yang diadakan di hadapan Astaka. Seterusnya di adakan pertandingan sukaneka antara jabatan yang disertai oleh para pelajar dan pensyarah. Di Dewan Aminuddin Baki pula dilangsungkan pelbagai acar persembahan oleh pelajar dan pensyarah. Antaranya ialah, bacaan puisi, nyanyian lagu-lagu patriotik, drama, dikir barat, nasyid, dan sebagainya. Tahniah kepada Jabatan Kajian Sosial, JPP serta semua yang terlibat di dalam menjayakan majlis tersebut. Diharapkan sambutan hari guru pada tahun ini telah mencapai objektif dan bertepatan dengan tema hari guru iaitu "Guru Pembina Negara Bangsa".

Pn. Hjh Rohani Ismail (Pengarah IPGM Kampus Tuanku Bainun) sedang menatap Kad Ucapan Hari Guru yang diterima daripada wakil pelajar. Gambar lain sila KLIK

Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Pendidikan Guru Malaysia Zon Utara 2009

IPGM Kampus Tuanku Bainun akan menjadi tuan rumah Seminar Penyelidikan Pendidikan IPGM Zon Utara. Seminar tersebut akan berlangsung pada 22-24 Julai 2009 bertempat di Hotel Copthorne Orchid Pulau Pinang. Thema Seminar pada tahun ini ialah "PENYELIDIKAN KE ARAH PEMBANGUNAN INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN" dan sub-tema ialah;

1. Inovasi pendidikan dalam pengajaran & pembelajaran.
2. Keperluan dan masalah semasa dalam pengajaran dan pembelajaran.
3. Amalan baik dalam pengajaran & pembelajaran.

RASIONAL

Globalisasi yang melanda dunia kini berikutan perkembangan teknologi dan ICT yang pesat menuntut semua pendidik berpandangan global, iaitu berpandangan jauh dan global tanpa mengabaikan kehendak dan konteks tempatan. Oleh yang demikian, semua pendidik harus sentiasa peka terhadap perubahan semasa dan berusaha untuk menangani cabaran berikutannya. Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran atau reka bentuk instruksi (instructional design) yang baru yang mengambil kira tentang situasi dan kehendak tempatan seperti kelas yang terdiri daripada pelajar pelbagai kaum dan budaya merupakan satu aspek yang perlu diterokai dan diselidiki oleh para pendidik. Sehubungan itu, satu forum yang mempertemukan para penyelidik yang terdiri daripada para pensyarah dan guru sekolah untuk membentang, mengupas dan berbincang tentang hasil dapatan penyelidikan inovasi dalam bidang pengajaran dan pembelajaran wajar disediakan. Justeru Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun bersama-sama Kampus IPGM di Zon Utara (IPPP, IPSAH, IPDA dan IPPPP) serta JPN, IAB, Jemaah Nazir Zon Utara telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan seminar ini.

Objektif Seminar

1. Menyediakan satu forum yang sesuai untuk mendalami, berkongsi serta menyebarkan ilmu dan inovasi baru, sama ada empirikal atau bukan empirikal.

2. Meningkatkan kefahaman peserta tentang isu dan permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

3. Memberi galakan kepada penyelidik dan bakal penyelidik untuk memulakan dan meneruskan usaha menyelidik sejajar dengan hasrat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

4. Mengeratkan perhubungan dan kefahaman antara pensyarah-pensyarah IPGM, pegawai-pegawai JPN, IAB, Jemaah Nazir dan guru-guru sekolah mengenai isu-isu semasa dalam bilik darjah.

 

Majlis Perasmian Penutup Bulan Pembestarian Sekolah 2009 dan Laluan Tn. Hj. Mohd. Adnan Deraman

Pada 8 Mei 2009 yang lalu telah diadakan Majlis Perasmian Bulan Pembestarian Sekolah 2009 di Dewan Aminuddin Baki oleh Tn. Hj. Mohd. Adenan Deraman Pengarah Bahagian Buku Teks KPM. Tn. Hj. Mohd. Adenan adalah merupakan mantan Pengarah IPGM Kampus Tuanku Bainun sebelum berpindah ke BPG. Antara aktiviti di majlis penutupan tersebut ialah eksperimen digital sketsa, imbasan Bulan Pembestarian Sekolah 2009, Laporan Bulan Pembestarian Sekolah 2009 dan Perasmian Laluan Tn. Hj. Mohd Adenan Deraman.

Tn. Hj. Mohd Adenan sedang merasmikan Penutupan Bulan Pembestarian Sekolah

Tn. Hj. Mohd. Adenan sedang merasmikan Laluan Tn. Hj. Mohd Adenan Deraman Gambar lain KLIK

Berita-Berita JPP IPGM Kampus Tuanku Bainun

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang aktiviti yang telah dijalankan oleh pata pelajar terutam di bawah JPP IPGM Kampus tuanku Bainun sila KLIL Pada pautan Ruangan JPP IPTB di sebelah. JPP IPTB.

Sumber; Biro Penerbitan JPP IPGM Kampus Tuanku Bainun

Konvokesyen Kali ke-15 IPGM Kampus Tuanku Bainun

Pada 23 April 2009 bersamaan 27 Rabiulakhir 1430H telah berlangsung Majlis Konvokesyen IPGM Kampus Tuanku Bainun kali ke-15. Majlis tersebut telah diadakan di Sunway Carnival Convention Centere, Seberang Jaya Pulau Pinang. TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr) Hj. Abdul Rahman bin Haji Abbas Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Y.A.Bhg. Toh Puan Dato' Seri Utama Hajjah Majimor binti Shariff telah berkenan menyempurnakan serta menyampaikan diploma serta sijil kepada para graduan. Seramai 327 graduan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI-SR) telah berjaya dianugerahkan diploma pendidikan sementara 10 orang graduan telah dianugrahkan sijil perguruan khas (KSPK). Selain daripada itu seramai 13 orang pelajar telah dianugerahkan pelajar terbaik pengkhususan. Helmy Irwan Bin Md Jusoh telah dipilih sebagai pelajar terbaik keseluruhan KPLI. Beliau juga telah menerima anugerah terbaik kepimpinan. Hoo Chia Yee pula telah terpilih menerima anugerah terbaik keseluruhan KSPK dan Terbaik Akademik (Bahasa Cina). Anugerah terbaik Akademik KPLI telah diberikan kepada Aw Ai Yin. Anugerah terbaik Praktikum telah diberikan kepada Norliza Binti Baharudin dan Tan Bee Ling. Sementara Anugerah GERKO terbaik telah diberikan kepada Wan Nor Elyza Binti Md. Nor.

Tetamu Kehormat berada di atas pentas utama

Sebahagian pensyarah dan graduan yang berada di dewan konvokesyen

Penerima anugerah Terbaik Keseluruhan KPLI, Helmi Irwan Bin Md. Jusoh. Gambar lain sila KLIK

Persiapan Terakhir Konvokesyen Kali ke 15 IPGM Kampus Tuanku Bainun

Konvokesyen ke 15 IPGM Tuanku Bainun kali ini akan diadakan di luar institut iaitu di Sunway Carnival Convention Centre, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Jarak tempat berlangsung nya majlis tersebut dari institut lebih kurang 10 KM. Walaubagaimanapun pelbagai aktiviti turut diadakan di kampus Tuanku Bainun sempena majlis tersebut. Antaranya ialah pameran, pertandingan-pertandingan yang akan disertai oleh pelajar-pelajar sekolah serta acara sukan di padang..Tahniah kepada semua yang terlibat di dalam menganjurkan konvokesyen kali ini kerana semuanya telah berjalan dengan lancar.

Sebahagian pelajar yang akan mengadakan persembahan pada majlis konokesyen ke-15

Juruacara dan kumpulan koir. Gambar lain sila KLIK

Ceramah Pendidikan Kewarganegaraan di IPGM kampus Tuanku Bainun

Satu ceramah Pendidikan Kewarganegaraan telah diadakan di IPGM kampus Tuanku Bainun pada 22 hb April 2009 oleh dua orang pensyarah dari Denmark. Mereka adalah Dr Britt Due Tienmensma dan Dr Anne Mette Hald dari Universiti Kolej Sealand, Denmark. Ceramah mereka adalah berkaitan dengan pengajaran Pendidikan Kewarganegaraan di negara Denmark. Pendekatan yang digunakan di sekolah rendah dan sekolah menengah di negara Denmark adalah pendekatan tematik iaitu pengajaran subjek ini adalah berdasarkan tema seperti Hak Kemanusiaan, Demokrasi, Agama, Etika dan Falsafah. Dr Britt dan Dr Anne juga berkongsi dengan kita kaedah ‘storyline’ dan pembelajaran koperatif dalam pengajaran Pendidikan Kewarganegaraan.

Ceramah ini melibatkan pelajar PISMP-Deakin dan pelajar KPLI (R) Kajian Sosial. Pensyarah-pensyarah dari Jabatan Ilmu Pendidikan dan Jabatan Kajian Sosial juga menyertai ceramah ini. Cenderhati telah pun disampaikan kepada kedua pelawat dari Denmark oleh Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan En Rashid b Ismail.

Dr Chin, Dr Anne, Dr Britt dan En Rashid. Gambar lain KLIK

Minggu Menelusuri Kemerdekaan 2009

Jabatan Kajian Sosial IPGM Kampus Tuanku Bainun telah menganjurkan Minggu Menelusuri Kemerdekaan bermula 20 hingga 23 April 2009. Program ini dikelolakan oleh pelajar-pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Deakin University dan KPLI Ambilan Januari 2009. Program ini juga bertepatan dengan Majlis Konvokesyen IPGM Kampus Tuanku Bainun yang akan di adakan pada 23 April 2009. Perasmian Program ini telah disempurnakan oleh Pn. Hjh. Rohani Ismail, Pengarah IPGM Kampus Tuanku Bainun pada 22 April 2009 di Dewan Aminuddin Baki. Dalam majlis tersebut dua orang tetamu dari Denmark yang sedang membuat kajian tentang kebudayaan Asia telah diberi penghormatan untuk menyertai program tersebut. Di antara objektif program ini ialah untuk memberikan pendedahan tentang kepentingan perpaduan dan patriotisme kapada warga institut. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu tersebut ialah, nyanyian lagu-lagu patriotik, sajak, tarian kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia serta pameran.

Puan Pengarah, Timbalan Pengarah serta tetamu dari Denmark bersama-sama pelajar menyanyikan lagu-lagu patriotik di Pentas Dewan Aminuddin Baki. Gambar lain sila KLIK

Pameran Kebudayaan dan Kemerdekaan di Pusat Sumber Zaa'ba

Kenali Barisan Exco JPP IPGM Kampus Tuanku Bainun Sesi 2001/2010

Tahniah kepada barisan kepimpinan JPP yang baru dilantik bagi sesi 2009/2010. Diharapkan barisan kepimpinan kali ini lebih mantap dan menyerlah dalam menaikan lagi imej dan pencapaian institut dalam pelbagai bidang dan lapangan. Mungkin ada di kalangan warga IPGM KTB belum lagi berkesempatan mengenali mereka. Sila klik pada ruangan JPP IPTB di pautan sebelah. Ruangan JPP IPTB.

MOHD SYUKRI ALIFF B. MOHD AZIZ - Yang Di Pertua JPP Sesi 2009/2010

67 Pelajar KPLI Ambilan Januari 2009 Ditauliahkan Leftenan Muda (KRS)

Pada 13 hingga 16 April yang lalu seramai 67 orang pelajar KPLI Ambilan Januari 2009 telah mengikuti Perkhemahan KRS Wilayah Utara yang dijalan kan di PULAKO, IPSAH dan Pantai Merdeka. Pelbagai latihan dan ujian telah dilalui sepanjang tempoh tersebut. Antaranya ialah ujian kawat, perkhemahan, tali-temali, pertolongan cemas, orienteering, kembara, air, kayak dan sebagainya. Di akhir kursus semua ahli KRS dari IPGM Kampus Tuanku Bainun telah lulus dalam ujian tersebut dan berjaya ditauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda (KRS).

Kumpulan KPLI Ambilan Januari 2009 bersama sebahagian jurulatih di akhir Majlis Pentauliahan Leftenan Muda (KRS). Gambar lain sila KLIK

Pertunjukkan Seni Mempertahankan Diri

Pada 20 April yang lalu telah diadakan satu pertunjukkan Seni Mempertahankan Diri anjuran pelajar-pelajar 2PISMP PJ/PI/PM di hadapan Astaka. Pertunjukan ini telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Daud Timbalan Pengarah IPGM Kampus Tuanku Bainun. Antara kumpulan pelajar yang membuat persembahan ialah Seni Silat Pulut, Muay Thai, Silat Teralak Asli Kelantan, Islamic Taekwando dan Silat Pusaka Gayung.

Timbalan Pengarah sedang memukul gong bagi merasmikan pertunjukan seni mempertahankan diri

Antara pelajar yang mengambil bahagian. Gambar lain sila KLIK

Pelancaran Bulan Pembestarian sekolah IPGM Kampus Tuanku Bainun

Pada 4 April yang lalu telah diadakan satu majlis Pelancaran Bulan Pembestarian Sekolah yang telah disempurnakan oleh Pn. Hjh. Rohani Ismail (Pengarah IPGM Kampus Tuanku Bainun). Pelbagai program telah dirancang dan telah dilaksanakan sepanjang bulan April tahun ini. Antaranya ialah seminar, bengkel, kursus Adobe Photoshop, Microsoft Word 2007, Microsoft Eccess, KursuPortal, PBL, penyelenggaraan komputer dan sebagainya. Sepanjang program tersebut pelbagai pihak akan dilibatkan, antaranya ialah pelajar, pensyarah, staf bukan akademik dan juga guru-guru sekolah.

Pn. Hjh. Rohani Ismail (Pengarah) sedang merasmikan Pelancaran Bulan Pembestarian Sekolah peringkat IPGM Kampus Tuanku Bainun. Gambar lain sila KLIK

Antara guru-guru dari SK Kampung Baru yang menghadiri Kursus Adobe Photoshop sempena Bulan Pembestarian sekolah di IPTB. Gambar lain sila KLIK

KONVOKESYEN IPGM KAMPUS TUANKU BAINUN KALI KE-15 200

IPGM Kampus Tuanku Bainun ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua lulusan KPLI ambilan Januari 2008 dan guru KSPK yang telah berjaya menamatkan kursus masing-masing. Majlis tersebut akan di jalankan pada 23 April 2009 bertempat di Sunway Carnival Convention Centere, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Seramai 317 lulusan KPLI dan 10 lulusan KSPK akan diraikan pada majlis tersebut. Penganugerahan akan disempurnakan oleh T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Maklumat lanjut sila layari Blog Jabatan HEP

Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT)

Pada 31 March 2009 satu Kejohanan Olahraga Tahunan(KOT) kali yang ke-13 telah diadakan yang bertempat di padang Astaka Waja IPTB. Ucara sukan tahunan ini telah dikelolakan oleh guru-guru pelatih Kursus Perguruan Lepasan Ijazah(KPLI). Setiap kelas telah diberikan tanggungjawab dalam mengendalikan kejohanan sukan KOT ini yang diwakili oleh setiap ketua kumpulan kelas masing-masing. Sebagai selaku Pengarah Program saudara Noor Isahisham Bin Ismail telah bertukus lumus dalam menjayakan KOT kali yang ke-13 ini. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Tuanku Bainun, Puan Hajah Rohani Binti Ismail. Rumah sukan yang mendapat tempat pertama ialah rumah Bestari dengan pungutan mata sebanyak 662 mata diikuti dengan rumah Dinamik, Rumah cemerlang dan Rumah Amanah.

Johan KOT 2009, Rumah Bestari sedang menerima hadiah dari Pn. Pengarah IPGM Kampus Tuanku Bainun

Johan Perbarisan KOT 2009 Pasukan Bulan Sabit Merah

Bagi unit beruniform pula juara perbarisan jatuh kepada Persatuan Bulan Sabit Merah diikuti dengan Puteri Islam. Bagi tempat ketiga pula jatuh kepada Pengakap, seterusnya diikuti dengan Pandu Puteri dan Kadet Remaja Sekolah mendapat tempat kelima. Penilian yang dibuat dalam perbarisan merangkumi aspek tingkah laku guru pelatih dalam perbarisan, pergerakan dalam kumpulan, pakaian dalam perbarisan, kepekaan pada arahan yang diberikan, serta kekemasan perbarisan. Laporan: Sanusi Omar JK Dokumentasi KOT . Gambar lain sila KLIK

Kampus Dalam Taman

Persekitaran IPGM Kampus Tuanku Bainun yang hijau dan ceria selepas musim hujan,awal bulan Mac 2009. Gambar lain sila KLIK

Kejohan Olahraga Tahunan SK Mengkuang bersama Pelajar Kursus KPLI

Pada 12 Februari 2009 yang lepas telah berlansung Kejohanan Olahraga SK Mengkuang di Padang IPGM Kampus Tuanku Bainun. Program ini adalah kerjasama antara SK Mengkuang dengan guru-guru pelatih, Jabatan PJK, Unit Gerko dan Jabatan HEP IPGM Kampus Tuanku Bainun. Antara objektif program ini ialah untuk memberi senario awal tentang pengurusan sukan olahraga sekolah rendah kepada bakal-bakal guru. Melalui program seperti ini guru pelatih mendapat pengalaman secara praktikal bagaimana menguruskan peserta rumah untuk setiap acara yang diadakan. Selain itu guru pelatih juga akan mempelajari tentang pengurusan secara teknikal, pemarkahan, pengadilan dan sebagainya. Diharapkan melalui program seperti ini juga akan dapat mengeratkan silaturahim antara guru-guru sekolah di sekitar Mengkuang dengan warga IPGM Kampus Tuanku Bainun..

Sebahagian Pelatih KPLI bersama pelajar-pelajar SK Mengkuang. KLIK untuk gambar lain.

Selamat Berforum Kembali

Kepada semua warga IPGM kampus Tuanku Bainun selamat berforum kembali. Pihak pengurusan tertinggi institut ini telah membenarkan ruangan ini dibuka kembali setelah ditutup pada akhir tahun lepas. Ruangan Forum IPTB telah dimurnikan dari segi rekabentuknya, dimana pengunjung perlu mendaftar dengan menyertakan alamat e-mail sebenar terlebih dahulu sebelum dibenarkan mengikuti ruangan forum tersebut. Disamping itu pengguna berdaftar juga boleh berbincang secara sinkroni melalui Ruangan Chating. Walau bagaimanapun semua yang terlibat di dalam forum ini perlu sentiasa mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Pengarah IPTB kerana memberikan kepercayaan kepada webmaster untuk mengendalikan ruangan ini. - Admin Forum IPTB

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina - Gong Xi Fat Chai

Semua warga IPGM kampus Tuanku Bainun ingin merakamkan ucapan Gong Xi Fat Chai kepada warganya yang berbangsa Tionghua. Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting masyarakat Cina dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Tahun ini merupakan tahun chou (lembu).

Bagi kaum Cina tahun baru melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei

Wakil pelajar menyerahkan kad ucapan Gong Xi Fat Chai kepada wakil pensyarah En. Chin Swee Thoon

Pelancaran Tabung Palestin dan Sambutan Maal Hijrah

Jawatan kuasa Penghayatan Islam dan Moral, dengan kerjasama Badan Kebajikan surau IPGM kampus Tuanku Bainun telah mengadakan pelancaran Tabung Palestin dan Sambutan Maal Hijrah pada 19 Januari yang lalu. Di antara objektif sambutan ini adalah untuk mendedahkan para pelatih mengenai sejarah, dan erti sebenar Maal hijrah. Disamping itu adalah sebagai melahirkan rasa simpati di atas penderitaan rakyat Palestin yang sedang diserang oleh tentera Israil. Di antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang minggu ini ialah kutipan derma tabung Palestin, ceramah, pameran, tayangan video, jualan buku, dan gotong royong menyediakan bahan dan memasak bubur a'syura.

Pelancaran Tabung Palestin oleh Pn. Hjh. Rohani Ismail. Pengarah IPGM Kampus Tuanku Bainun. Gambar lain sila KLIK

Pendaftaran Pelajar KPLI ambilan Januari 2009

Warga IPTB mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar baru yang telah mendaftarkan diri di institut ini pada 12 Januari yang lalu. Berdasarkan data yang telah dikeluarkan oleh Jabatan HEP sehingga 13 Januari 2009 seramai 336 pelajar dari pelbagai kursus telah disahkan pendaftarannya. Antara kursus yang akan diikuti ialah Kursus Sijil Perguruan Khas, Kurusus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI SR ), dan Program KPLI SR LPBS-jQAF. Berikut adalah perincian pengambilan pelajaran baru Ambilan Januari 2009 IPGM Kampus Tuanku Bainun.

Sumber: Jabatan HEP IPTB

Semak Penempatan Praktikum dan Nama Pensyarah Pembimbing

Para pelajar yang terlibat dengan rancangan praktikum boleh menyemak penempatan serta pensyarah pembimbing masing-masing dalam pautan Berita Praktikum di ruangan sebelah. Anda digalakkan untuk menghubungi pensyarah pembimbing untuk mendapatkan bimbingan seawal yang mungkin. Selamat menjalani praktikum.

 

Slia KLIK untuk membaca berita-berita yang lepas 1I 2 I 3


Sekiranya anda ada pandangan atau cadangan

Sila Hubungi Webmaster;

Jabatan Teknologi Pendidikan
IPGM Kampus Tuanku Bainun
14000 Mengkuang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tel: 04-5215227 Fax: 04-5214955
Website ini dibangunkan menggunakan Macromedia DreamWeaver, Flash & Adobe Fhotoshop

 



widget 


SEMAK KEPUTUSAN Peperiksaan Akhir Nov 2008

KUMPULAN PPISMP


 


27 IPG Seluruh Malaysia

  1. IP Perlis
  2. IP Darul Aman
  3. IP Sultan Abdul Halim
  4. IP Persekutuan P.Pinang
  5. IP Tuamku Bainun
  6. IP Ipoh
  7. IP Bahasa Melayu Malaysia
  8. IP Bahasa-Bahasa Antarabangsa
  9. IP Ilmu Khas
  10. IP Teknik
  11. IP Islam
  12. IP Raja Melewar
  13. IP Perempuan Melayu Melaka
  14. IP Tun Hussein Onn
  15. IP Temenggung Ibrahim
  16. IP Tengku Ampuan Afzan
  17. IP Kuala Terengganu
  18. IP Sultan Mizan
  19. IP Kota Baharu
  20. IP Gaya
  21. IP Kent
  22. IP Tawau
  23. IP Keningau
  24. IP Batu Lintang
  25. IP Serawak
  26. IP Rajang
  27. IP Tun Abdul Razak