|
AKTIVITI PRAKTIKUM JANUARI 2007
Program praktikum 2007 telah
dirancang pelaksanaannya sejak November 2006. Pemilihan pensyarah pembimbing
opsyen dan elektif Praktikum KDPM – LPBS Fasa 2 telahpun disempurnakan dengan
kerjasama Ketua Jabatan Sains, Ketua Jabatan Matematik, Ketua Unit Pengajian
Cina dan Pengajian Tamil sejak November 2006.
Pemilihan pensyarah pembimbing Praktikum
KPLI SR – LPBS j-QAF masih dalam proses dan dijangkakan akan disiapkan pada
atau sebelum 8 Januari 2007.
Berikut
disenaraikan aktiviti Unit Praktikum untuk Januari 2007:
1. Taklimat Pengurusan Praktikum
j-QAF untuk Pensyarah Pembimbing dari Jabatan Pendidikan Islam
dan Moral dan Unit Praktikum akan diadakan pada 4 Januari 2007, jam 9.30 pagi di Bilik Persidangan Abdul Rafie.
Surat-surat jemputan taklimat telahpun diedarkan kepada para pensyarah yang berkenaan
pada 18 Disember 2006.
2. Taklimat Pengurusan Praktikum KDPM-LPBS Fasa 2 untuk Pensyarah
Pembimbing akan diadakan pada 8
Januari 2007, jam 9.00 pagi di Bilik Persidangan Abdul Rafie.
3. Taklimat Pengurusan Praktikum KDPM-LPBS Fasa 2 untuk Guru Pembimbing
akan diadakan pada 9 Januari 2007,
jam 8.30 pagi di Bilik Persidangan Abdul Rafie.
4.
Taklimat Pengurusan Praktikum
KDPM-LPBS Fasa 2 untuk Guru Pembimbing akan
diadakan pada 11 Januari 2007, jam
8.30 pagi di Institut Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur.
5. Taklimat Pengurusan Praktikum j-QAF untuk Pensyarah Pembimbing akan diadakan pada 23 Januari
2007, jam 9.30 pagi di Bilik Persidangan Abdul Rafie.
6. Taklimat Pengurusan Praktikum j-QAF
untuk Guru Pembimbing akan diadakan pada 24 Januari 2007, jam 8.30 pagi di Dewan
Kirkby.
7.
Taklimat Pengurusan Praktikum j-QAF
untuk Guru Besar akan diadakan pada 25 Januari 2007, jam 8.30 pagi di Dewan
Kirkby.
Saya memohon
kerjasama tuan/puan Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit, Penyelaras KDP 14M
OUM dan para pensyarah agar memberi laluan kepada Unit Praktikum untuk menggunakan
Bilik Persidangan Abdul Rafie dan Dewan Kirkby pada tarikh dan masa yang dinyatakan
di atas.
Sekian untuk makluman tuan/puan, terima
kasih.