|
1. Audit Dalaman Bil. 1/2007
Proses
pengauditan telah dijalankan di institut ini pada 6 dan 7 Mac 2007 yang lalu. Seramai
9 juruaudit yang diketuai oleh En. Kwan Kow Cheun (Ketua Audit IPIK) telah
melaksanakan tugas-tugas pengauditan tersebut
secara profesional di institut ini. Dalam proses pengauditan pada kali ini,
Pengurusan Praktikum (PT12) IPTB bukan sahaja
dikenal pasti telah mematuhi ketetapan dan prosedur MS ISO, malah PT12
juga telah menjadi salah satu daripada kekuatan institut ini dalam pelaksanaan
sistem pengurusan MS ISO 9001:2000. Syukur alhamdulillah atas kejayaan yang
membanggakan seluruh warga IPTB ini.
Sehubungan
dengan itu, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih khasnya
kepada Tuan Pengarah dan Timbalan Pengarah IPTB serta para pensyarah, pelajar dan staf sokongan yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung, yang sentiasa prihatin dan
memberikan sepenuh komitmen kepada Unit Praktikum dalam menjayakan pelbagai
program praktikum dan PBS yang telah ditetapkan oleh BPG.
Untuk
makluman tuan/puan, semenjak saya diamanahkan menguruskan praktikum iaitu
bermula pada Januari 2004 sehingga sekarang, PT12 telahpun diaudit sebanyak 8
kali. Sebenarnya, menguruskan praktikum adalah suatu tugas yang sangat mencabar
dan memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Justeru itu, kerjasama daripada
tuan/puan sangat diperlukan bagi memastikan agar pengurusan praktikum IPTB
sentiasa cemerlang.
2. Pengalaman Berasaskan
Sekolah (PBS)
2.1 Kumpulan PISMP dan PISMK OUM
Seramai 114 orang pelajar PISMP
Ambilan Januari 2007 (Semester 1) akan menjalani program PBS di tempat
masing-masing pada 18/19 hingga 22/23 Mac 2007 (5 hari). Taklimat Pengurusan
PBS telah disampaikan kepada para pelajar pada 9 Mac 2007 yang lalu oleh Ketua
Unit Praktikum IPTB di Dewan Kirkby. Semasa program PBS, para pelajar
dikehendaki menyediakan portfolio PBS dan menyediakan tugasan Pengajian
Profesional berdasarkan Buku Panduan PBS yang telah disediakan oleh Unit Kurikulum,
BPG.
Seramai 45 orang pelajar PISMK
OUM Ambilan Januari 2006 (Semester 3) pula akan menjalani program PBS di tempat
masing-masing pada 25/26 Mac 5/6 April 2007 (10 hari). Taklimat Pengurusan PBS
telah disampaikan kepada para pelajar pada 9 Mac 2007 yang lalu oleh Ketua Unit
Praktikum IPTB di Dewan Kirkby. Semasa program PBS, para pelajar dikehendaki
menyediakan tugasan bagi subjek minor PJK (Kumpulan PT) dan tugasan bagi subjek
minor Muzik (Kumpulan Prasekolah).
Penyelaras Program PBS PISMP dan PISMK OUM ialah En. Shaari b. Husin.
2.2 Kumpulan KPLI SR
Pada pelajar KPLI SR Ambilan
Januari 2007 dijangkakan akan menjalani program PBS di sekolah-sekolah rendah
di sekitar Bukit Mertajam selama 10 hari mulai bulan Mac ini. Pengurusan PBS
bagi kumpulan ini akan dikendalikan oleh jabatan-jabatan subjek major
masing-masing.
Penyelaras PBS KPLI SR ialah En. Lau Tun Kong, Ketua Jabatan Matematik.