BERITA PRAKTIKUM

BIL. 07/SEPT 2006

 
                                               
 
Disediakan oleh: SU Praktikum

 


  1. Penyerahan Borang PR 1

 

            Para pensyarah pembimbing perlu menyerahkan borang tersebut kepada SUPr       selepas sesi bimbingan dan penyeliaan praktikum. Hal ini  sangat penting    untuk memastikan agar para pensyarah pembimbing melaksanakan            tugas   bimbingan      dan penyeliaan praktikum dengan berkesan.             Bimbingan dan          penyeliaan praktikum yang mencukupi      bilangannya dan        dilaksanakan             secara            berkala dapat dikesan melalui borang       tersebut.         Tindakan        yang segera dapat diambil sekiranya seseorang pensyarah   pembimbing tidak     dapat menyempurnakan tugas tersebut disebabkan oleh    tugas-tugas rasmi     yang lain.        Setiausaha Praktikum akan berbincang             dengan ketua-ketua jabatan yang berkenaan untuk mencadangkan agar       para pensyarah             pembimbing yang lain          mengambil alih tugas tersebut sebelum     praktikum       berakhir.

 

      Penyerahan borang tersebut ialah salah satu langkah penambahbaikan         dalam pengurusan praktikum 2006. Oleh yang demikian, kerjasama            para    pensyarah pembimbing dalam hal ini sangat diharapkan dan         dihargai.

 

  1. Kes Cemerlang Praktikum KPLI SR dan SM

 

            Bagi kes cemerlang praktikum tersebut, Borang PR 2 perlu diserahkan kepada        SUPr   pada minggu ini (4 hingga 8 September 2006) agar pemantauan rentas       oleh ketua-ketua jabatan/ketua-            ketua unit        dapat dilaksanakan sebelum 15     September 2006. Perkara ini telah             ditaklimatkan kepada para pensyarah       pembimbing pada 19 Jun 2006. Oleh yang           demikian, tindakan segera para           pensyarah pembimbing sangat diharapkan bagi             memastikan agar urusan             ini        dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya dalam sama          ada pada       minggu ini atau pada minggu hadapan.

 

  1. Penyerahan Buku Panduan Praktikum

 

            Para guru pembimbing perlu menyerahkan buku panduan tersebut kepada para    pensyarah pembimbing opsyen/major semasa penyeliaan      bersama dijalankan.    Oleh    yang demikian, diharapkan     agar     para             pensyarah       pembimbing    opsyen/major dapat merekodkan penerimaan buku panduan tersebut        dan             menyerahkannya        bersama-sama Borang PR 2             kepada SUPr (Sila rujuk Senarai Semak Pengurusan    Praktikum untuk pensyarh pembimbing).

           

            Buku panduan tersebut ialah sebahagian daripada dokumen sokongan (rekod       kualiti   MS ISO 9001:2000) dalam       pengurusan praktikum IPTB. Oleh itu,  semua guru pembimbing wajib menyerahkannya kepada SUPr apabila praktikum berakhir.

 

            Sekian, terima kasih.