
Pn. Hajah Rohani Binti Ismail
Assallammualaikum,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan salam sejahtera kepada semua warga pendidik di Institut Perguruan Tuanku Bainun ini. Kita telah meninggalkan tahun 2007 dengan memperoleh beberapa kejayaan dalam beberapa bidang. Kini kita melangkah pula ke tahun 2008. Apa yang paling baik ialah kita perlu melakukan muhasabah diri dan mengambil langkah-langkah kolektif untuk menyempurnakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita selaras dengan visi, misi dan piagam pelanggan yang telah kita janjikan.
Selaras dengan perkembangan teknologi ICT Laman Wen ini diharapkan dapat memberikan maklumat kepada semua pihak terutama para pensyarah para pelajar serta masyarakat terhadap aktiviti pendidikan khususnya yang dijalankan di IPTB Pulau Pinang. Disamping itu para pengunjung boleh bertukar-tukar idea terutama dalam isu-isu pendidikan melalui ruangan-ruangan yang telah disediakan seperti e-Forum, bicara, buku pelawat dan melalui e-mail.
Besarlah harapan saya semoga Laman Web ini dapat memberikan maklumat-maklumat yang diperlukan oleh para pengunjung yang melayarinya. Saya juga berdoa agar harapan dan usaha kita untuk menjadikan Institut Perguruan Tuanku Bainun sebagai sebuah institut yang cemerlang, gemilang dan terbilang akan menjadi kenyataan.
( HAJAH ROHANI BINTI ISMAIL)
Pengarah,
Institut Perguruan Tuanku Bainun,
Pulau Pinang.
Institut Perguruan Tuanku Bainun, Mengkuang, Bukit Mertajam siap sepenuhnya pada awal tahun 1993. Nama Institut telah digunakan bagi mengantikan nama Maktab selaras dengan dasar Kerajaan yang menikkan taraf maktab-makatab perguruan di negara ini menjadi Institut mulai bulan April 2006. Keluasan kampus ini adalah 66.38 ekar dan kos pembinaannya ialah RM 38 juta. Kampus institut ini merupakan antara kampus yang termoden dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi kakitangan dan guru pelatih.
Majlis perasmian institut ini telah disempurnakan oleh Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun pada 18 April 1994. Perasmian institut ini merupakan hari bersejarah dan ianya telah dihadiri oleh tokoh-tokoh seperti Tuan Yang Terutama Gabenor Pulau Pinang, YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Menteri Pendidikan, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pengetua Maktab Perguruan dari seluruh Malaysia pada masa itu.
Antara kemudahan yang dimiliki oleh institut ini termasuklah sebuah dewan perhimpunan yang boleh menampung 1,000 orang, astaka sukan yang mengandungi satu padang bola sepak dan trek larian 400 meter, gimnasium, gelanggang sukan terbuka, 5 blok asrama, surau, kuarters dan rumah kakitangan, kafetaria, kantin, Pusat Sumber, bangunan prasekolah, 2 buah dewan kuliah, 3 blok akademik dan bengkel.
Ambilan pertama seramai 376 orang guru pelatih telah melaporkan diri pada 1 disember 1992. Pengkhususan yang ditawarkan bagi pengambilan pertama ini ialah Pengajian Melayu, Pengajian Inggeris, Pengajian Cina, Pengajian Matematik dan Pengajian Muzik. Kumpulan ini merupakan kumpulan pertama menerima sijil perguruan mereka dan anak sulung serta perintis institut ini. Pengambilan kedua guru pelatih seramai 459 orang dalam 14 unit telah mendaftar diri di maktab ini pada Julai 1993.
Kursus yang ditawarkan ialah Pengajian Melayu, Pengajian Inggeris, Pengajian Cina, Pengajian Matematik, Pengajian Muzik dan kursus baru iaitu Pengajian Agama Islam dan Pengajian Tamil. Pada bulan Disember 1993 seramai 229 guru pelatih baru telah melaporkan diri. Bagi sesi ini satu lagi kursus baru telah diperkenalkan di institut ini iaitu Pengajian Sains. Bilangan pelatih yang berdaftar semasa institut ini dirasmikan adalah seramai 1063 orang, sementara tenaga pengajar pula berjumlah 73 orang. Selain itu, bilangan staf sokongan adalah 38 orang.
Seramai 540 guru pelatih baru untuk sesi 1994/1997 dalam 18 unit telah mendaftarkan diri pada Julai 1994. Mulai sesi ini kumpulan pertama guru pelatih untuk Kursus perguruan Sekolah Menengah Kemahiran Hidup tambahan (PSM-(KMT)), Kemahiran hidup Ekonomi Rumahtangga (KH-(ERT)) dan Kemahiran Hidup Pertanian (KH-(P)) telah memulakan pengajiannya. Pada tahun 1996 berakhirlah kursus KPA dan pengambilan pertama Kursus Diploma Perguruan Malaysia.
Kumpulan ini sekarang ialah perintis kepada Kursus Diploma Perguruan Malaysia (DPM) dan kumpulan kedua DPM telah mendaftar diri pada bulan Julai 1997 diikuti kumpulan ketiga DPM pada bulan Julai 1998. Sejak diasaskan, institut ini telah mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum. Kejayaan ini telah dicapai sejak Pengetua yang pertama lagi iaitu En. Adnan bin Abd. Rahman. Ini diikuti pula oleh En. Ariffin bin Yahaya yang memulakan tugas pada 1994.
Dengan sokongan semua warga institut dan pentadbiran IPTB akan terus maju dan berjaya melahirkan bakal guru yang cemerlang dalam semua bidang.
Logo IPTB adalah gabungan antara huruf dan representasi iaitu huruf ‘G’ dan buku.Simbol Buku
Di dalam logo ini bentuk buku adalah melambangkan ilmu. Ianya telah disusun menjadi lima lapisan bertingkat yang menggambarkan Lima Rukun Islam dan Lima Rukun Negara. Ia juga bermaksud untuk melahirkan generasi yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial bersesuaian dengan inspirasi yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Negara. Bentuk bertingkat juga mengambarkan perkembangan di dalam pendidikan yang telah berlaku secara berperingkat-peringkat khususnya di IPTB. Antaranya ia bermula dengan Kursus Perguruan Asas (KPA), Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM), Kursus Perguruan Lepasan Diploma dan Ijazah (KPLD & KPLI), Kurus Pra Ijazah Sarjana Muda Perguruan dan Kursus Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Pendidikan adalah satu proses yang berterusan.
Huruf ‘G’Huruf ‘G’ adalah singkatan bagi;
GURU - GIGIH - GENERASI - GEMILANG - GLOBAL
IPTB
IPTB adalah singkatan bagi Institut Perguruan Tuanku Bainun
WARNA
PUTIH - Bersih, Suci, Murni dan Tulin
KUNING - Intelek dan Cemerlang
UNGGU -Unggul dan Terbilang
BIRU - Perpaduan dan Harmoni
MOTO IPTB: BERILMU MENDIDIK
Institut Perguruan Tuanku Bainun terletak di Mengkuang Bukit Mertajam Pulau Pinang. Kedudukannya di pinggir Lebuhraya Butterworth-Kulim iaitu kira-kira 10 KM daripada Bandar Seberang Jaya Pulau Pinang.

• Dewan perhimpunan
• Bangunan Pentadbiran
• Bilik Pembelajaran Dewan Kuliah
• Pusat Sumber
• Asrama
• Surau
• Astaka sukan
• Kantin
• Kafeteria
• Kuarters kakitangan
• Bangunan GERKO
• Gimnasium
• Bangunan persatuan & kelab
• Pra Sekolah
• Stor
• Garaj Kenderaan
• Padang Permainan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan untuk mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan dan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai keyakinan diri serta dapat menyumbang terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara"
" Guru yang berperketi mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara"
Bagi menyedia dan melaksanakan Program Pendidikan Guru seperti yang digariskan dan dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Bahagian Pendidikan Guru selaras dengan aspirasi pendidikan di Malaysia yang menuju ke arah Kecemerlangan Akademik , Ko-kurikulum dan peribadi.
- Mampu mengguna teknologi terkini dalam pedagogi serta cekap dan mahir dalam mengurus/ mengakses dan mengguna maklumat
- Berdaya saing, komited terhadap tugas dan bijaksana dalam tindakan.
- Mempunyai keperibadian mulia dan beretika.
- Unggul dan kotemporari dalam komuniti.
- Memberi perkhidmatan profesional kepada guru pelatih dalam bidang tugas dan tanggungjawab pendidikan.
- Menyempurnakan kurikulum dan kokurikulum kursus dua minggu sebelum tarikh peperiksaan bagi setiap kumpulan.
- Memulakan sesi kuliah pada hari pertama bagi setiap permulaan semester.
- Mematuhi peruntukan jadual waktu kuliah dan gerak kerja kokurikulum (GERKO) yang telah ditetapkan oleh pihak institut.
- Mematuhi jadual penyeliaan praktikum dan menyerahkan markah kepada Setiausaha Peperiksaan seminggu selepas tamat praktikum.
- Melahirkan guru-guru pelatih yang berketrampilan dalam bidang pendidikan serta bersifat kreatif, inovatif dan iltizam dalam tugas dan tanggungjawab mereka.
- Memastikan elaun guru pelatih dibayar tidak lewat daripada 10 haribulan pada setiap bulan.
- Menentukan peraturan kewangan institut dilaksanakan dengan wajar dan sempurna.
- Memaklumkan maklumat pendidikan terkini kepada semua pihak yang berkaitan.
- Memastikan semua pelanggan diberi layanan sewajarnya mengikut budaya masyarakat yang unggul.
- Memberi latihan peningkatan kepada guru pelatih mengikut keperluan.
"Untuk menyediakan perkhidmatan Pengurusan Pendidikan Keguruan secara profesional, cekap dan berkesan untuk menghasilkan guru yang berketrampilan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Guru, Visi dan Misi BPG serta Falsafah Pendidikan Negara. Dasar ini mengutamakan usaha penambahbaikan yang berterusan ke arah mewujudkan pengurusan pendidikan keguruan yang bertaraf dunia bagi memenuhi kehendak Negara.”
Objektif Operasi Institut Pergurua
- Semua pelajar baru memenuhi syarat yang ditetapkan
semasa proses pendaftaran.- Pelajar menguasai 95% aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai melalui pengajaran dan pembelajaran.
- Pelajar mengusai 95% aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai melalui program GERKO.
- Pelajar menguasai 95% aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai melalui program Praktikum.
- Sekurang-kurangnya 99.5% aspek pelajar yang menduduki peperiksaan lulus berdasarkan peraturan-peraturan semasa yang berkuatkuasa.
- Semua aduan pelanggan diambil tindakan dalam tempoh tujuh hari bekerja selepas aduan diterima.
- 85% pelajar yang mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berpuas hati dengan perkhidmatan yang diterima.
- Elaun pelajar bulan berkenaan dibayar dalam tempoh 10 hari bekerja pertama bulan tersebut dengan syarat peruntukan diterima daripada BPG kecuali bulan Januari.
Berdiri Megah tersergam indah Institut Perguruan Tuanku Bainun Gedung sebaran ilmu budaya Teras cemerlang impian semua Dari setiap negeri kami datang Dengan tekad waja berjuang Membina memaju serta menjulang Demi anak tersayang Marilah berusaha segera Menuju arah hidup sejahtera Itulah sumpah dan ikrar kami Penghuni suci institut terpuji Menyimpan hasrat cemerlang diri Khidmat kepada Ibu pertiwi
Jabatan Teknologi Maklumat IPTB