ABSTRAK KAJIAN PENYELIDIKAN 2005
Institut Perguruan Tuanku Bainun
____________________________________________
WINIK : BELAJAR
SISTEM TERBUKA DAN SISTEM OPERASI *nix
MENGGUNAKAN PLATFOM WINDOWS.
Oleh
NIK IBRAHIM BIN NIK MAT
Jabatan Teknologi
Pendidikan
Maktab Perguruan Tuanku Bainun Pulau
Sistem
terbuka telah diterima sebagai alternatif untuk penggunaan perisian pengguna.
Linux merupakan sistem operasi paling popular bagi sistem terbuka tetapi
dianggap sebagai lebih sukar untuk digunakan. Winik dicadangkan sebagai sistem
alternatif yang boleh digunakan untuk merendahkan lengkuk pembelajaran sistem
terbuka. Winik bukan hanya sebagai aplikasi windows biasa tetapi Winik mampu
memberi pengalaman menggunakan *nix untuk pengguna baru. Pengalaman ini seterusnya
akan membuka dunia sistem terbuka
kepada pengguna baru.
SATU TINJAUAN TERHADAP TEMA-TEMA DALAM
SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN NEGARA BANGSA UNTUK KURSUS PERGURUAN LEPASAN
IJAZAH
Oleh
SIVARAJAN A/L PONNIAH
Jabatan Kajian Sosial
Maktab Perguruan Tuanku Bainun Pulau
Negara bangsa merupakan elemen yang penting
dalam sesebuah negara. Konsep negara
bangsa perlu diterapkan dalam setiap penduduk di negara Malaysia. Proses
pembinaan negara bangsa melibatkan penerapan unsur-unsur patriotisme. Semangat
kenegaraan, semangat cintakan negara dan semangat taat setia kepada negara
ditekankan dalam unsur patriotisme ini. Persekitaran sekolah merupakan tempat
yang sesuai untuk menerapkan unsur patriotisme terutama d kalangan pelajar sekolah
rendah dan menengah. Guru merupakan pemangkin utama dalam menerapkan proses
pembinaan negara bangsa di kalangan pelajar sekolah. Pendidikan negara bangsa
telah diperkenalkan di maktab perguruan agar guru pelatih medapat kemahiran
serta idea-idea mengenai proses pembinaan negara bangsa berlandaskan negara
Malaysia. Kajian dilakukan untuk melihat tema-tema yang diperkenalkan dalam
sukatan pelajaran pendidikan negar bangsa menepati dengan kehendak ciri-ciri
negara bangsa yang ditekankan dalam proses pembinaan negara bangsa.
PENGGUNAAN STESEN
PENDIDIKAN ALAM SEKITAR (SePAS)
DALAM PELAKSANAAN
PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
MERENTAS KURIKULUM: SATU
KAJIAN KES
DI NEGERI PULAU PINANG
Oleh
AHMAD JASMI BIN DON
Jabatan Teknologi
Pendidikan
Maktab Perguruan Tuanku
Bainun Pulau Pinang
Kajian ini bertujuan
untuk menyingkap kadar penggunaan
Stesen Pendidikan Alam Sekitar (SePAS)
oleh guru dalam melaksanakan Kurikulum Pendidikan Alam Sekitar (KuPAS) dan meninjau persepsi
guru mengenai kegunaan SePAS serta halangan-halangan
kepada penggunaannya di sekolah. Seramai 121 orang
guru dari sepuluh buah sekolah di
daerah Seberang Prai Pulau Pinang
telah dipilh sebagai responden dalam kajian ini.
Hasil kajian mendapati sebahagian besar sekolah-sekolah menengah di daerah ini
tidak mempunyai stesen pendidikan alam sekitar yang dibangunkan khusus untuk tujuan pengajaran
pembelajaran KuPAS. Kadar penggunaan SePAS di
kalangan guru juga amat rendah dan tidak mencapai tahap memuaskan walaupun
terdapat beberapa stesen belajar sedia ada disekolah tersebut yang boleh
digunapakai bersama,. Didapati hanya 6.91% guru sahaja dari sampel yang dikaji
pernah menggunakan stesen belajar sebanyak 1 hingga 3 kali setahun dalam
pengajaran pembelajaran mereka. Pengkaji mendapati kurang pendedahan dan
latihan terhadap kurikulum PAS ini, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang,
kekurangan sumber dan prasarana serta kekangan masa merupakan faktor utama yang
mempengaruhi kegagalan guru dalam menjayakan kurikulum ini di sekolah.
Sehubungan itu cadangan supaya pelaksanaan program ini dikaji dan dinilai
semula dan sebahagian besar guru bersetuju supaya mata pelajaran ini diajar
secara berasingan dan bukan secara merentas kurikulum seperti sekarang.
LEVEL OF BILINGUAL COMPETENCY AND ITS
RELATIONSHIP WITH THE ACHIEVEMENTS OF PRIMARY YEAR 1 STUDENTS IN MATHEMATICS
AND SCIENCE
SCIENCE AND MATHEMATICS DEPARTMENT
Bukit Mertajam,
Teaching
Mathematics and Science in English while other subjects in other languages or
the students’ mother tongues concurrently has been a
new development in education system of
KECERDASAN PELBAGAI DALAM SAINS SEKOLAH RENDAH :
PERBANDINGAN
PENCAPAIAN MURID
TAHUN LIMA DI SEBUAH SEKOLAH
DI PULAU PINANG
Oleh :
ISMAIL BIN HJ. ABDULLAH
Maktab Perguruan Tuanku Bainun
Bukit Mertajam
Kajian ini bersifat quasi-experimental yang membandingkan pencapaian akademik, dan juga
proses pengajaran dan pembelajaran, di antara dua
kumpulan murid Tahun
THE LEVELS OF REFLECTION OF THE TRAINEE
TEACHERS IN THE POSTGRADUATE DIPLOMA IN PRIMARY EDUCATION PROGRAMME (ENGLISH
STUDIES)
By
QUAH SEOK HOON
&
MUHAMMAD RAJA ABDULLAH
English
Language Unit,
Maktab Perguruan Tuanku Bainun
Writing
post-teaching reflections and weekly journals by trainee teachers is a common
practice in teacher preparation in
SATU TINJAUAN MASALAH PENYELESAIAN DIRI GURU
PELATIH KPLI SEKOLAH RENDAH DENGAN PERSEKITARAN KERJA DI SEKOLAH KETIKA
MENJALANI PRAKTIKUM
HJ. ISHAK BIN SAAT
SHAARI BIN HUSAIN
Jabatan Ilmu Pendidikan
Maktab Perguruan Tuanku Bainun
Penulisan refleksi
selepas mengajar dan jurnal mingguan
oleh guru pelatih adalah amalan biasa
dalam penyediaan guru di
THE THEORETICAL ORIENTATIONS TO READING
PROFILE OF TESL UNDERGRADUATE TEACHERS IN MPTB: AN EXPLORATORY STUDY
LEE LAY SEE
English Language
Unit,
Maktab Perguruan Tuanku Bainun
In
attempting to enhance the standards of reading instruction for Etems (English for the teaching of Science and Mathematics)
in
TAHAP
PENGUASAAN PENULISAN JAWI PEDOMAN BARU DI KALANGAN GURU PELATIH KDPM DAN KPLI
OPSYEN PENGAJIAN AGAMA
MAHADZIR BAHARI
RAFUAN
OTHMAN
Jabatan Pendidikan Islam Dan
Moral
Maktab Perguruan Tuanku Bainun
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap penguasaan
tulisan jawi di kalangan guru-guru pelatih Pengajian Agama. Satu ujian bertulis
telah dibina bagi kajian ini dan diberikan kepada 30 orang pelatih Pengajian
Agama major KDPM dan KPLI. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pencapaian sample
adlaah sederhana di dalam terjemahan Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Bahasa
Melayu ke penulisan Jawi Pedoman Baru. Di antara faktor-faktor yang
mempengaruhi dapatan ini adalah sikap kurang minat terhadap tulisan jawi.
Beberapa cadangan juga diberikan untuk kajian masa depan di dalam laporan
penyelidikan ini.
KEPERCAYAAN GURU TERHADAP PERKEMBANGAN
PENAAKULAN ALGEBRA PELAJAR
KIM TENG SIANG
JONG CHERNG MEEI
Unit Matematik
Maktab Perguruan Tuanku Bainun
Guru
matematik sering menyusun pengajaran soalan aritmetik dan algebra berdasarkan
kesukaran soalan-soalan tersebut. Biasanya guru hanya meramal tahap kesukaran
soalan-soalan ini berasaskan tanggapan mereka, cadangan buku atau pengalaman
sendiri dan jarang sekali berdasarkan dapatan-dapatan kajian atau pencapaian
sebenar yang ditunjukkan oleh murid. Nathan dan Koedinger (2000) telah menunjukkan
ramalan-ramalan guru (dan juga penyelidik) ini terpesong secara sistematik
daripada pencapaian algebra pelajar yang sebenar tetapi bersepadanan secara
hampir-hampir sama dengan pandangan implisit yang terdapat dalam buku teks.
Kajian ini melanjutkan penyiasatan tersebut dengan menggunakan sampel yang
berlainan iaitu guru matematik dan pelajar sekolah menengah rendah tempatan di
Malaysia. Dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa trend kepercayaan
kedua-dua sampel guru dan pelajar adalah hampir sama iaitu lebih memiripkan
kepada Model Perkembangan Pendahuluan Simbol daripada Model Perkembangan
Pendahuluan Verbal khususnya untuk soalan-soalan algebra. Sebab-sebab percanggahan dapatan ini dengan
dapatan Nathan dan Koedinger (2000) juga dibincangkan dalam laporan ini.
ARBA
BIN KASSIM
Jabatan
Ilmu Pendidikan
Maktab Perguruan Tuanku Bainun
Umumnya, teori atau pendekatan utama yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh seperti Marx, Weber, Durkheim, Parsons
dan McCelland, dan mereka yang mendominasikan himpunan penulisan tentang pembangunan dan perubahan, dapat dibahagikan kepada dua kumpulan
perspektif teoretis yang luas. Dua kumpulan perspektif teoretis ini merupakan penerangan
alternatif tentang pembangunan dan kurang pembangunan. Dua perspektif teori pembangunan yang umum
oleh Rahimah Abdul Rahim dalam bukunya Pengantar SOSIOLOGI PEMBANGUNAN ialah pertamanya,
konservatif / tradisional dan keduanya,
progresif / radikal. Teori ini muncul akibat dari reaksi terhadap
keadaan-keadaan khusus ekonomi dan politik. Pengelompokan teori-teori
pembangunan ini kepada dua kumpulan boleh dilakukan berdasarkan fakta bahawa
wujud beberapa ciri umum yang dikongsi
bersama oleh setiap himpunan teori yang tergolong sama ada dalam
kumpulan konservatif / tradisional ataupun progresif / radikal.
KEBERKESANAN
PEMBELAJARAN SEJARAH DAN KOMPONEN KOMPUTER BERASASKAN WEB BAGI GURU PELATIH
SEMESTER 1 DI MPTB
AHMAD BASRI HASHIM
AZIZAN ARIFFIN
Maktab Perguruan Tuanku Bainun
Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Laman web akan memainkan peranan yang sangat penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Dengan adanya bahan-bahan pengajaran dalam laman web, proses pengajaran
dan pembelajaran tidak hanya akan bergantung kepada pengajar tetapi juga kepada
kebijaksanaan pelajar untuk mencari bahan. Kajian ini dijalankan untuk melihat
keberkesanan pembelajaran web dalam matapelajaran Teknologi Maklumat. Ianya
juga akan membandingkan pembelajaran web secara campuran dengan pembelajaran
berasaskan web sepenuhnya. Topik yang dipilih adalah sejarah dan komponen
computer dan subjek kajian ini adalah terdiri dari 62 orang pelatih Semester 1
ambilan Julai 2002. Data dikumpul melalui soal selidik dan ujian pra dan post.
Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pembelajaran berasaskan web adalah
berkesan. Dapatan juga menunjukkan bahawa pembelajaran berasaskan web secara
campuran adalah lebih berkesan. Pelatih juga mempunyai sikap yang positif
terhadap pembelajaran berasaskan web.
PENGUASAAN TATABAHASA BAHASA MELAYU DI
KALANGAN GURU-GURU PELATIH SEMESTER DUA AMBILAN JANUARI 2001 MAKTAB PERGURUAN
TUANKU BAINUN
ZAHARIAH BINTI ZAINUDDIN
Jabatan Pengajian Melayu
Maktab Perguruan Tuanku Bainun
Bukit Mertajam, Pulau Pinang
LEARNING STYLE PREFERENCES AND
ACADEMIC ACHIEVEMENTS
AMONG PKPG (TESL) STUDENTS
By
SHARIFAH
AMNAH BT SYED AHMAD
ENGLISH LANGUAGE UNIT
Maktab Perguruan Tuanku Bainun
Bukit Mertajam, Pulau Pinang
The purpose of the study is to identify students’
preference of learning styles and matching them with their academic
performance. Instrument used was the Reid’s(1987)
learning style inventory. Participants consisted of 49 respondents undergoing
their first year Bachelor of Education programme at the teachers’
college. Data was analyzed using descriptive statistics. Findings showed that
the major preferences of learning style for the respondents are kinesthetic
followed by tactile while the minor preferences for learning styles are
individual and visual. The major
preferences for learning styles for respondent in the excellence group are
individual and auditory while the minor preference is the group learning style.. For the credit group the major preference is kinesthetic
and the minor preference is tactile learning style. As for the pass group the
major preference is kinesthetic and the minor preference is individual learning
style.
Untuk mendapatlan kertas kerja yang lengkap sila hubungi
webmaster
IPTB