ABSTRAK KAJIAN PENYELIDIKAN 2006
Institut Perguruan Tuanku Bainun
____________________________________________
Pelaksanaan Program KPLI Mod LPBS Sekolah Rendah : Satu
Tinjauan Terhadap
Permasalahan dan Cabarannya
MOHD
KHALIL BIN MOHD YUSOFF &
NOOR
MIZA BT ABDUL RAHMAN
Jabatan Ilmu Pendidikan
Institut Perguruan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan
meninjau permasalahan dan cabaran yang dihadapi oleh guru pelatih KPLI Mod LPBS
dalam melaksanakan Program KPLI Mod LPBS di sekolah rendah. Aspek yang ditumpukan
ialah (i) Kuliah / Masa (ii) Pengajaran dan pembelajaran (iii) Bebanan Tugas (iv)
Jadual Waktu dan (v) Komponen Perancangan dan pelaksanaan (Menggunakan Borang
PR1 dan PR2). Sampel yang dipilih seramai 12 orang yang terdiri daripada 4
orang guru pelatih, 4 orang guru pembimbing dan 4 orang pensyarah pembimbing.
Rekabentuk kajian melibatkan pemerhatian, temubual dan analisis dokumen.
Dapatan kajian menunjukkan guru pelatih menghadapi pelbagai masalah semasa
mereka berada di sekolah seperti dalam aspek pengetahuan dan kefahaman terhadap
P & P yang masih lemah, masalah peruntukan waktu mengajar, kuliah semasa
cuti tidak banyak membantu, bebanan tugas yang banyak dan dilemma antara
mengikuti kehendak sekolah (PPD / JPN) dan keperluan IPG. Di samping itu
bimbingan pensyarah pembimbing didapati tidak banyak membantu. Guru pembimbing
pula berasa rendah diri kerana kelulusan akademik mereka lebih rendah daripada
guru pelatih KPLI. Terdapat juga pentadbir sekolah yang berasa tercabar dengan
kehadiran guru pelatih KPLI dan memandang negatif kepada mereka. Permasalahan
ini dikusutkan lagi kerana pentadbir sekolah sendiri kurang jelas tentang
status guru pelatih yang ditempatkan. Akhirnya beberapa cadangan untuk
menambahbaikkan pelaksanaan Program KPLI
Mod LPBS di sekolah rendah dinyatakan.
Pelaksanaan Program KPLI Mod LPBS Sekolah Rendah : Satu
Tinjauan Terhadap Permasalahan dan
Cabarannya
MOHD
KHALIL BIN MOHD YUSOFF &
NOOR
MIZA BT ABDUL RAHMAN
Jabatan Ilmu Pendidikan
Institut Perguruan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan
meninjau permasalahan dan cabaran yang dihadapi oleh guru pelatih KPLI Mod LPBS
dalam melaksanakan Program KPLI Mod LPBS di sekolah rendah. Aspek yang ditumpukan
ialah (i) Kuliah / Masa (ii) Pengajaran dan pembelajaran (iii) Bebanan Tugas (iv)
Jadual Waktu dan (v) Komponen Perancangan dan pelaksanaan (Menggunakan Borang
PR1 dan PR2). Sampel yang dipilih seramai 12 orang yang terdiri daripada 4
orang guru pelatih, 4 orang guru pembimbing dan 4 orang pensyarah pembimbing.
Rekabentuk kajian melibatkan pemerhatian, temubual dan analisis dokumen.
Dapatan kajian menunjukkan guru pelatih menghadapi pelbagai masalah semasa
mereka berada di sekolah seperti dalam aspek pengetahuan dan kefahaman terhadap
P & P yang masih lemah, masalah peruntukan waktu mengajar, kuliah semasa
cuti tidak banyak membantu, bebanan tugas yang banyak dan dilemma antara
mengikuti kehendak sekolah (PPD / JPN) dan keperluan IPG. Di samping itu
bimbingan pensyarah pembimbing didapati tidak banyak membantu. Guru pembimbing
pula berasa rendah diri kerana kelulusan akademik mereka lebih rendah daripada
guru pelatih KPLI. Terdapat juga pentadbir sekolah yang berasa tercabar dengan
kehadiran guru pelatih KPLI dan memandang negatif kepada mereka. Permasalahan
ini dikusutkan lagi kerana pentadbir sekolah sendiri kurang jelas tentang
status guru pelatih yang ditempatkan. Akhirnya beberapa cadangan untuk
menambahbaikkan pelaksanaan Program KPLI
Mod LPBS di sekolah rendah dinyatakan.
Tinjauan Kefahaman Dan Aplikasi Guru Dalam Latihan
Terhadap
Praktikum j-QAF Dalam Mata Pelajaran Tilawah Al-Quran
USTAZ
RAFUAN BIN OTHMAN
Jabatan Pendidikan Islam & Moral
Institut Perguruan Tuanku Bainun
Kursus Perguruan Lepasan
Ijazah Sekolah Rendah Mod Latihan Berasaskan Sekolah j-QAF (KPLI – SR LPBS j-QAF) merupakan satu
usaha memperkasakan Pendidikan Islam ( PI ) melalui penekanan khusus dalam
pemulihan jawi, al-Quran , kemahiran berbahasa Arab dan amalan farhu Ain yang
dilaksanakan peringkat Sekolah Rendah. Perlaksanaan ini menggunakan Modual
serta model yang tersendiri. Tenaga Guru yang terdiri dari Guru Dalam Latihan
yang berkelulusan dari Universiti sama di dalam atau luar Negara digunakan
untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan
murid di Sekolah. Guru dalam latihan ini mendapat latihan perguruan di Maktab-
Maktab Perguruan di semasa cuti
persekolahan. Tujuan kajian dibuat adalah untuk mengkaji sajauh Guru dalam
Latihan yang mengjalankan praktikum mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh
Bahagian Pendidikan Guru dan Jabatan Pendidikan Islam (JPIM). Disamping itu
kajian ini juga ingin meninjau sejauh manakah kaedah Tilawah al-Quran diaplikasikan
di dalam Pengajaran dan pembelajaran semasa Praktikum dijalankan. Simpel ini
terdiri daripada 30 responden dari 10 buah Sekolah Rendah.
Analisis Kesilapan Bahasa Melayu (Ejaan) Dalam Kalangan
Pelajar-Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Institut Perguruan
Tuanku Bainun: Satu Kajian Kes
AHMAD
RASOL BIN ARIFIN
MANIYAMIN
BIN HAJI IBRAHIM
Jabatan Bahasa Melayu
Institut Perguruan Tuanku Baianun
Kajian ini dijalankan
dengan tujuan memperoleh maklumat tentang analisis kesilapan Bahasa
Melayu(Ejaan) dalam Kalangan Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan,
Institut Perguruan Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Subjek kajian
terdiri daripada 100 orang pelajar telah dipilih sebagai sampel kajian. Mereka
terdiri daripada pelajar-pelajar Program Ijazah Sarjana Pendidikan yang berumur
di antara 18 hingga 19 tahun. Pengkaji melakukan analisis kesilapan ejaan
bahasa Melayu terhadap soal selidik yang dijawab oleh sampel. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa pelajar banyak melakukan kesalahan ejaan jenis kata ganti
singkat, kata sendi nama, kata majmuk, kata pinjaman, kata terbitan, kata
gandaan dan kata partikel. Antara cadangan yang boleh dilakukan ialah
mewujudkan pengajaran tatabahasa bahasa Melayu secara terancang. Pensyarah
hendaklah memperkenalkan modul-modul pengajaran tatabahasa terkini yang perlu
diperkenalkan kepada para pelajar. Pengkaji berharap agar cadangan-cadangan
yang dikemukakan dapat dipraktikkan oleh pensyarah untuk mengurangkan kelemahan
dalam aspek ejaan. Cadangan itu sedikit sebanyak dapat menjadi panduan kepada
para pensyarah untuk menyampaikan pengajarannya dengan lebih baik dan berkesan.
Reka
Bentuk, Pembangunan, dan Penilaian Pakej Digital “Speed-Reading”
CHIN FUAN
HONG
Jabatan Bahasa
Institut Perguruan Tuanku
Bainun
Kajian
ini bertujuan untuk mereka bentuk, membangunkan dan menilaikan satu pakej
pembelajaran kendiri tentang kemahiran membaca pantas berdasarkan satu model
reka bentuk dan penilaian softwer yang terkenal. Keberkesanan program dan
kemantapannya serta aspek-aspek kualiti lain adalah ditentukan secara statistik
dan juga berdasarkan penilaian kualititatif daripada pakar-pakar mata
pelajaran, pakar-pakar teknikal dan pengguna-pengguna.
Keberkesanan
softwer adalah berdasarkan penilaian statistik dengan membandingkan skor min
antara pra-ujian dan pos-ujian dalam kadar membaca yang diukur berdasarkan
bilangan perkataan dalam seminit (wpm). Dengan menggunakan ujian-t sampel
berpasangan, didapati bahawa terdapat impak yang berkesan daripada rawatan
berkenaan. Terdapat perbezaan yang signifikan antara pra-ujian dengan pos-ujian
(t35=19.28, p<.05).
Pertambahan min individu secara peratus ialah sebanyak 40.5%. Ini membawa
implikasi bahawa pelbagai latihan dalam pakej berkenaan seperti membaca melalui
kumpulan kata atau frasa, membaca terus ke bawah lajur dengan bidang visual
yang bertambah luas, penambahan laju membaca, “skimming”, dan sebagainya adalah
berkesan.
Kajian korelasi menunjukkan bahawa terdapat saling bertindak antara
pelbagai strategi membaca secara pantas itu untuk menghasilkan perbezaan kadar
membaca. Salah satu implikasi yang mustahak ialah demi menghasilkan pakej
pembelajaran yang amat merangsangkan dan memikat dari segi pengalaman
pembelajaran, aplikasi interaktiviti yang bijak amat penting. Banyak elemen konstruktivis dapat dimasukkan
ke dalam satu pakej pembelajaran seperti ini jika dalam proses reka bentuk dan
pembangunan program itu elemen-elemen perpekstif pembelajaran itu menjadi
pertimbangan dan rujukan utama. Dicadangkan bahawa demi menghasilkan pakej
pembelajaran digital yang merangsangkan pembelajaran, pelbagai aktiviti
berdasarkan perspektif konstruktivis boleh direka, seperti aktiviti yang
menjurus ke arah penyelesaian masalah, pembelajaran berarah kendiri, dan
penilaian kendiri.
Content
Elaboration in Writing among ESL Learners: Effects of Inserted Question-Type
and Question-Position
ZURAITI
BT ZABARUDIN &
SITI
ROHANI
Jabatan Bahasa
Institut Perguruan Tuanku Bainun
This study examines the effects of inserted
question-type (general vs. specific) and question-position (pre-writing vs.
post-writing) on measures of content elaboration in writing. 45 Semester 1
PISMK students of Institut Perguruan
Tuanku Bainun were randomly
assigned to one of the four groups: pre-writing/specific, pre-writing/general,
post-writing/specific, post-writing/general. They were
to write an essay using questions as prompts. Using the Meyer’s Hierarchy
Approach (1975), essay scripts were analysed for the level
of content elaboration: top level, mid-level, and base-level ideas. Results of a series of 2x2 repeated measures
of ANOVA indicated significant main effect was found for question position,
specifically, post-writing. The average number of mid-level ideas was higher in
groups that received post-writing questions than those that received
pre-writing questions. Results indicate questions given after writing can
facilitate elaboration of content in writing.
Epistemological beliefs and its
role in Malaysian classrooms.
FAIZA MOHAMMED ASARI
SMK Permai Indah
Pulau Pinang
(izan287@gmail.com)
An
individual's mind and thinking are shaped by culture and society and this has
been vouched by numerous researches. Studies have also found that how students
perceive the world around them affects the way they learn. The term
‘epistemological belief’ is used by educators to refer students’ belief on how
easy or difficult learning something is. An epistemological belief is a belief
system concerning the nature of knowledge and its process of acquisition. A
belief system held consciously or unconsciously, is critical to the learning
process as cognitive behaviors occur within it and are molded by it.
The Malaysian school system has a practice to
divide students into two main streams after they sat a public examination at
the age of 15: pure science stream which offers pure science subjects such as chemistry, biology
and physics; and the non-science stream where the students studied general
science together with other humanities subjects. The science stream students
are the high achievers and they are channeled into the science classes for the
sole purpose of excellence in science and mathematics.
Differences in grades in the annual national
examinations are normal indicators of achievement for students in this stream.
However, no attention has been given to the development or growth of soft
skills and epistemological beliefs. This is deemed critical as these skills are
essential to function in the real world. This study, therefore, aims to
discover students’ epistemological beliefs based on their academic achievement
and further investigate whether the epistemological beliefs differ by types of
curriculum the students enroll in.
Inovasi: “Instant Server
OnCD” untuk Pengguna Biasa
NIK
IBRAHIM BIN NIK MAT
Jabatan
Teknologi Pendidikan
Institut
Perguruan Tuanku Bainun
Paradigma lama
menganggap bahawa server hanya boleh dibangunkan oleh syarikat besar yang
mempunyai kepakaran tinggi dan sukar diakukan. Kajian ini ingin mencadangkan
satu penyelesaian lain di mana proses membangunkan server boleh dilakukan
secara segera tanpa instalasi atau dengan instalasi mudah. Kajian ini merupakan
satu pembuktian konsep di mana ianya boleh dilakukan. Diharap projek ini akan memberi
manfaat kepada warga sekolah yang biasanya tidak mempunyai kepakaran untuk
membangunkan server dan seterusnya menguruskannya. Kelebihan Server ini ialah
ia boleh dijalankan terus daripada CDROM (OnCD). CDROM mempunyai kelebihan
kerana murah, tahan, mudah untuk dibawa dan mudah untuk diperbanyakan. Dengan
itu, Instant Server OnCD ini berpontensi menjadi media pilihan untuk
mengedarkan kandungan seperti aplikasi, laman web interaktif, bahan multimedia
dan sumber berbentuk digital.
Pendekatan Inkuiri Terbimbing di Dalam Persekitaran
Pembelajaran Berasaskan Laman Web
SAJAP
MASWAN
Jabatan Teknologi Pendidikan
Institut Perguruan Tuanku Bainun
Pada masa ini
pembelajaran berasaskan Web dianggap oleh sebahagian pendidik sebagai satu cara
pembelajaran terkini yang sepatutnya diberikan kepada pelajar-pelajar terutama
di peringkat pengajian tinggi. Walau bagaimanapun samada ianya dapat mewujudkan
suasana pembelajaran yang lebih berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar
masih menjadi tanda tanya. Sebahagian besar modul-modul
dan laman web pendidikan yang ada pada
masa ini adalah menggunakan pendekatan tutorial yang berbentuk liner dan informatif. Umumnya, pembelajaran dalam
persekitaran bahan berasaskan tutorial dimulakan dengan penerangan tentang objektif
yang hendak dicapai, tutorial langkah demi langkah, dan diikuti dengan latihan
serta peneguhan. Pendekatan tutorial dikatakan lebih berfokuskan kepada proses
pemaparan dan pemindahan maklumat serta proses mendapatkan kembali maklumat
berkenaan. Pembelajaran seperti ini kurang melibatkan aktiviti pemikiran tahap
tinggi, kerana pelajar lebih banyak bertindak sebagai penerima maklumat yang
pasif dimana segala maklumat telah disediakan dan diberikan oleh pensyarah.
Kertas kerja ini akan cuba mencadangkan aplikasi pendekatan inkuiri terbimbing
sebagai inovasi atau alternatif kepada pendekatan tutorial dalam membangunkan
persekitaran pembelajaran berasaskan web. Bagi tujuan tersebut, satu contoh
pembelajaran berasaskan web yang telah dibangunkan penulis akan digunakan,
dengan merujuk kepada model Collin & Stevens (1999) serta model Kitar
Pembelajaran Lawson (1995). Berbanding pendekatan tutorial yang lebih berbentuk
deduktif, pendekatan inkuiri terbimbing adalah lebih bersifat induktif.
Pendekatan inkuiri terbimbing dikatakan berupaya membantu dalam pemindahan
maklumat secara aktif dengan menyediakan suasana pembelajaran yang dapat
mempertingkatkan kemahiran berfikir tahap tinggi.
Lesson Study:
An Innovative Approach to Teacher
Professional
Development
CHIEW CHIN MON
Jabatan Matematik
Institute Perguruan Tuanku
Bainun
Recent concept of teacher
professional learning proposes teachers to take initiative and be responsible
for their own professional development. This paper aims to introduce lesson
study as an innovative model of teacher professional development. The two key
features of lesson study are: (a) teacher collaboration and peer observation of
classroom teaching that enhances pedagogical content knowledge and skills via
peer’s discussion, review and comments, and (b) self reflection which offers a
process for improving teachers’ own teaching strategies. However, some
constraints were noted to introduce lesson study process in the Malaysian
school context.
Satu Tinjauan
Kefahaman Konsep Fizik Pelajar PISMP ( Sains )
MOHAMAD
FAKHRUDDIN BIN ABDULLAH
Jabatan Sains
Institute Perguruan Tuanku Bainun
Subjek sains dianggap
yang sukar dan abstrak dan dikatakan pelajar yang mempunyai kebolehan tertentu
sahaja mampu belajar. Oleh itu kajian ini dilakukan untuk meninjau dan mengenal
pasti kefahaman pelajar tentang konsep fizik. Seramai 50 pelajar PISMP (Deakin) semester 2 /2006 telah dipilih untuk
menyertai kaijian ini. Kajian ini penting bagi pelajar yang ingin meningkatkan
atau menyambung pelajaran dalam bidang fizik. Kajian ini juga boleh membantu
para guru menyediakan pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian ini juga
boleh membantu para pereka bahan alat membantu mengajar seperti interaktif
multimedia (IMM) dan arahan computer (CBI)
Aritmetik Mental dan Pembelajaran Matematik: Adakah
Abakus Sesuai dan Berdaya Maju (Viable)?
KIM
TENG SIANG
Jabatan R & D
Institut Perguruan Tuanku Bainun
Kertas kerja ini akan
membentangkan peranan abakus (sempoa) dalam aritmetik mental dan seterusnya
dalam pembelajaran matematik berdasarkan beberapa teori kognitif dan teori
pembelajaran matematik yang sedia ada dan terkini serta dapatan kajian-kajian
yang dilakukan khususnya dalam keadaan tempatan. Perhubungan antara abakus dan
aritmetik mental akan dihuraikan secara perinci berdasarkan teori-teori seperti
Teori Abakus, Teori Beban Kognitif, Teori Matematik Benar (Real Mathematics
Theory), Teori Imaginasi Mental dan Teori Dwiengekodan. Seterusnya kesesuaian
dan daya maju abakus dalam pembelajaran matematik khususnya untuk pelajar
sekolah rendah akan diperjelaskan berdasar teori-teori tersebut serta
dapatan-dapatan kajian yang berkaitan.
Jabatan Pendidikan Seni Visual
Institut Perguruan Tuanku Bainun
Kajian ini
dijalankan untuk meninjau tahap kefahaman
warna di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah Tingkatan 2 dalam
pembelajaran Pendidikan Seni Visual.
Sampel terdiri daripada 55 orang pelajar di sebuah sekolah menengah
harian di Pulau Pinang. Strategi
persampelan yang digunakan ialah rawak mudah. Soal selidik dan borang analisis
dokumen digunakan sebagai instrumen kajian.
Kaedah statistik deskriptif telah digunakan dan hanya melibatkan
peratusan dan jumlah min. Data yang
dikutip melalui borang analisis disusun mengikut data soal selidik. Dapatan menunjukkan pelajar-pelajar Tingkatan
2 di sekolah menengah yang dikaji
memberikan respons positif tentang pembelajaran warna cat air. Kajian juga mendapati pelajar berpengetahuan dan memahami konsep
warna dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Pengetahuan dan kefahaman pelajar dikenal
pasti berpunca daripada faktor guru, bahan-bahan rujukan sedia ada dan hasil
koleksi kerja mewarna terdahulu. Kajian
mendapati pelajar berada dalam lingkungan sederhana dalam aktiviti
mewarna. Faktor sikap pelajar itu
sendiri adalah penyebab kepada kurang mahir semasa pelajar mewarna. Faktor guru tidak opsyen dan kemudahan bilik
seni juga mempengaruhi asas kemahiran mewarna pelajar. Kesimpulan kajian ini mendapati bahawa
pelajar berpengetahuan tentang warna tetapi kurang mahir mewarna.
Persepsi
Guru-guru Pendidikan Alam Sekitar (PAS) Sekolah Rendah Terhadap Permasalahan
Dan Kekangan Yang Dihadapi Dalam Menerapkan Mata Pelajaran PAS Merentasi
Kurikulum
NAGAMAH
A/P MARIMUTHU
Jabatan Kajian Social
Institut Perguruan Tuanku Bainun
Untuk mendapatkan kertas kerja yang lengkap sila hubungi webmaster
IPTB